Khamis, 26 November 2009

Selamat Meyambut Hari Raya AidilAdha

KRT Taman Intan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang jatuh pada hari Jumaat 27 Nov 2009, kepada semua penghuni yang beragama Islam di taman ini khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Seperti tahun lepas qariah Taman Intan tidak dapat mengadakan ibadah qorban pada tahun ini kerana ketiadaan kawaasan untuk melakukan sembelihan, melapah, memasak dan khemah makan. Ini kerana pembinaan masjid baru yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini. Walaupun tiada qorban dilakukan diharapkan ia tidak mengurangkan sambutan hari raya qorban ini. Insyallah tahun hadapan qariah ini akan dapat mengadakan ibadah qorban seperti biasa. Masjid baru yang masih dalam pembinaan akan menjadi mercu tanda yang prominent bagi taman ini dan juga bagi bandar Sungai Petani, Difahamkan pembinaan masjid ini menelan belanja hampir RM2.5 juta.

Kepada warga taman yang mempunyai waris yang sedang mengerjakan ibadah haji, pihak KRT mendoakan mereka dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Semoga sihat dan selamat kembali ketanah air.

Bagi mereka yang akan membuat perjalan jauh, diingatkan agar berhati hati di jalan raya. Semoga sampai kedestinasi yang dituju dengan selamat.

.

Selasa, 24 November 2009

Jenayah Di Taman Intan

Petang tadi sempat sembang dengan jiran sebelah rumah yang juga seorang AJK KRT Taman Intan. Beliau bertanya samaada ada orang beritahu kes jenayah yang berlaku dalam seminggu ini di kawasan Taman Intan.

Menurut jiran tersebut, kes pertama berlaku pada malam Jumaat 21hb November 2009 kepada salah seorang yang berjawatan di taman ini. Pada hari kejadian, tuan rumah mengadakan majlis kenduri kahwin. Disebelah petang semasa jemputan masih ramai berkunjung, tuan rumah mendapati beberapa barang berharga termasuk handphone, kelengkapan perkahwinan, beg tangan dan beberapa barangan lain didapati hilang.

Wah berani sungguh penjenayah tersebut, dengar cerita penjenayah menyamar sebagai tetamu atau rombongan pengantin dan masuk kedalam rumah kenduri. Kes sebagini susah nak di kesan. Semua orang hendaklah memastikan barangan berharga semasa majlis janganlah diletakkan tanpa pengawasan. Kalau boleh jangan diletakkan atau dibiarkan. Bawa atau jika betul perlu berikan kepada orang yang dipercayai untuk menyimpan atau menjaga barangan tersebut. Tuan rumah yang mengadakan majlis hendaklah berhati hati, kalau boleh, simpan barangan berharga dalam bilik yang terkunci. Kes seperti ini telah beberapa kali berlaku dan kita semua sepatutnya mengabil teladan dan iktibar. Kita perlu peka kejadian masa kini.

Kes kedua pulak berlaku semalam, Isnin 23hb Nov 2009 melibatkan seorang warga emas wanita. Nak jadi cerita, kes berlaku pada lewat pagi. Wanita tersebut yang baru pulang dan memasuki kawasan rumah didatangi dua lelaki menaiki motorsikal. Seorang dari lelaki tersebut memperkenalkan diri sebagai pekerja IWK dan meminta kebenaran untuk masuk ke kawasan rumah untuk memeriksa tangki najis. Walaupun wanita tersebut menyatakan bahawa beliau tidak pernah memanggil IWK, beliau membenarkan lelaki tersebut masuk kekawasan rumah apabila lelaki tersebut bertegas untuk membuat pemeriksaan pada tangki. Sebaik saja masuk, lelaki tersebut meluru kearah wanita tersebut dan menghunuskan pisau. Lelaki tersebut mengarahkan warga emas itu untuk menyerahkan semua barang kemas yang dipakai dan melarikan diri dengan motorsikal satelah mendapat barang kemas tersebut. Kerugian dianggarkan melebihi sepuloh ribu.

Pihak KRT Taman Intan sebelum ini telah beberapa kali menasihatkan penduduk agar berhati supaya berhati hati dan berwaspada. Jika ada orang mengatakan pekerja mana agenji, pasti pekerja tersebut menunjukkan kad kerja dan memakai uniform. Jangan benarkan sesiapa masuk. Pastikan pintu pagar berkunci selalu. Yang penting sekali wanita tak kira peringkat umur, janganlah memakai barang kemas berlebihan yang boleh mengundang jenayah berlaku. Simpan lah barang kemas di tempat selamat dan gunakan bila perlu sahaja.

Mengikut pandangan, pattern jenayah kecurian meningkat apabila dekat perayaan atau hujung tahun.

Kenapa KRT Taman Intan tak adakan skim rondaan sukarela SRS. Lain kali pula le....

.

Isnin, 23 November 2009

GRANT UNTUK TAHUN 2010

Lapuran perlu disediakan dan di hantar ke Pejabat JPN pada atau sebelum 15 Disember 2005.

Masih menunggu lapuran dan cadangan aktiviti oleh Jiran Emas, Jiran Wanita dan Jiran Remaja.

Antara aktiviti yang diatur untuk tahun 2010 termasuk :
- kayuhan basikal ke Peranginan Tupah sejauh 14kilometer
- lawatan ke tempat bersejarah di negeri Kedah
- pertandingan futsal
- kursus memasak untuk jiran wanita
- Treasure Hunt berbasikal
.

Karnival Perpaduan Perigkat Negeri Kedah 2009

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menganjurkan program Karnival Perpaduan Peringkat negeri Kedah :
Tarikh : 22 November 2009
Tempat : Padang HICOM-HONDA, Taman Sejati, Sungai Petani, Kedah

Pelbagai acara diatur. Tujuh daerah mengambil bahagian.

Majlis bersurai pada jam 1.00

Pantun yang disertakan pada surat jemputan:
- Lembayang senja menggamit malam
- Menangis jentayu menanti hujan
- Hajat mulia menyusul salam
- Kehadiran tuan/puan amat diharapkan


.