Isnin, 17 Mei 2010

Mesyuarat AJK Jiran Warga Emas

Mesyuarat AJK Jiran Warga Emas yang kedua untuk tahun 2010 diadakan pada hari Sabtu 15 Mei 2010 di Dewan Sri Intan mulai jam 5,00 petang.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang terbengkalai sejak hadir tahun kerana masalah AJK  yang sakit. Setakat ini AJK yang mengalami sakit termasuk :
a.    Ismail Hashim
b.    Solhi
c.    Puan Mahani

Pengerusi AJK Jiran Emas pula berada di luar kawasan.

Mesyuarat hari ini membincangkan tentang aktiviti utama iaitu pertanding halaman cantik untuk rumah di Taman Intan. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk menggalakkan penduduk mencantikkan rumah mereka dengan tanaman pokok dan bunya dan hiasan luaran yang lain selain menjadikan kawasan bersih.

Pertanding akan dibahagikan kepada dua katogori iaitu :
a.    Katogori Rumah Berkembar
b.    Katogori Rumah Teres

Tiga hadiah akan diberikan. Hadiah tersebut berrupa peralatan dan barangan untuk kegunaan kebun bunga termasuk benih, baja, pasu, cangkul kecil, sarung tangan dan sebagainya.

Aktiviti lain yang dilakukan  ialah kunjungan dan menziarah warga emas yang sakit dan uzsur di Taman Intan. 

.

Gotong Royong - Jiran Wanita

Jiran Wanita KRT Taman Intan menganjurkan gotong royong di Masjid baru Taman Intan pada hari Sabtu 15 Mei 2010 mulai jam 0900 pagi hingga 1100 pagi.

Gotong royong diadakan di bahagian tandas dan bilik wuduk wanita yang masih tidak dibersihkan sepenuhnya oleh pihak kontraktor. Gotong royong disertai oleh muslimah Taman Intan dan juga taman taman yang menjadi qariah masjid ini.

Seramai 15 orang muslimah hadir untuk aktiviti gotong royong ini. Aktiviti ini akan diadakan dari masa kesemasa dan usaha akan dibuat agar lebih ramai lagi ahli jiran wanita akan terlibat dan hadir.

.

Selasa, 4 Mei 2010

Mesyuarat AJK Jiran Wanita

AJK Jiran Wanita KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada 04 Mei 2010 di Dewan Seri Intan pada jam 5.30 petang

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2010. Antara aktiviti yang dipersetujui pada mesyuarat kali ini adalah :-

a.    Kursus memasak di Kolej Komuniti Sungai petani. Peruntukan perjalanan dan makanan sebanyak RM15.00 bagi setiap peseerta dimohon dari KRT Induk sebagai pembiayaian perbelanjaan peserta kursus. AJK di  minta untuk mengumpulkan seramai 25 orang peserta untuk kursus ini.

b.   Demostrasi memasak Nasi Dagang yang akan diadakan di Dewan Seri Intan, Taman Intan. Tenaga pengajar adalah warga Taman Intan. Peruntukkan sebanyak RM150.00 diperlukan untuk aktiviti ini.

c.   Kursus mengendalikan mayat muslimah yang akan diadakan di Masjid Taman Intan. Perbincangan dengan pihak AJK Masjid akan diatur untuk penyediaan tempat dan tenaga pengajar.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.00 malam.