Sabtu, 27 November 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

.
Jiran Wanita KRT Taman Intan menganjurkan 'Kursus Pengurusan Jenazah Wanita' yang diadakan pada Sabtu 27 November 2010 mulai jam 8.30 pagi di Masjid Taman Intan. Sambutan dari ahli sangatlah menggalakkan. Seramai 34 orang muslimath Taman Intan, Taman Sinar Intan dan Taman Pekan Baru menghadiri kursus tersebut yang disampaikan oleh Uztazah Jamaliah.

Kursus setengah hari bertujuan memberikan pendedahan, pelajaran dan tunjuk ajar  kepada peserta cara cara mengendalikan jenazah wanita termasuk :
  1. Adab dan peraturan semasa menziarah
  2. Adab semasa meniarah orang sakit
  3. Adab semasa menziarah mayat
  4. Kelengkapan diperlukan untuk menguruskan jenazah
  5. Penyediaan mandian dan menyediakan kain kapan
  6. Memandikan mayat
  7. Mengenakan kain kapan
Kursus tamat pada jam 12.00 tengahari. Makanan disediakan untuk peserta. Nota tambahan juga disediakan kepada peserta dengan sedikit bayaran.

Kursus akan dianjurkan secara berterusan untuk memberi peluang kepada orang lain yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kursus kali ini.


Memandikan mayat.                                                                  Mengenakan kain kafan

 .

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua muslimin dan muslimat warga Taman Intan dan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk maklumat, Masjid Taman Intan akan mengadakan ibadah korban pada pagi hari raya kedua iaitu  Khamis 18 November 2010. Mengikut perancangan sebanyak enam ekor lembu akan disembelih. Hanya setengah ekor akan dimasak untuk jamuan makan tengahari, manakala yang lain akan diagihkan kepada orang orang yang memerlukan.

Semua anak qariah dijemput datang ke masjid Taman Intan untuk bersama melaksanakan ibadah qorban.

Tempat menyembelih yang bersih dan lengkap
Melapah kulit lembu. Sebanyak tujuh ekor lembu yang disembelih tahun ini.
Daging dipotong, di timbang dan dibungkus untuk diagih sebagai sedekah dan hadiah
Memotong tulang dan kepala lembu

Sabtu, 13 November 2010

Program Mesra Indah Water Bersama Pelanggan

.

Program bermula pada jam 0700 dengan senamrobik untuk penduduk Taman Nilam.


Senamrobik mendapat sambutan hangat dari penduduk
Lagi gambar senamrobik di sertai oleh gulongan muda dan tua
Sebahagian hadiah untuk pertandingan sukan dan cabutan bertuah
Persediaan sarapan dan minuman pagi untuk peserta
Sebahagian AJK KRT Taman Intan
Pendaftaran untuk penyertaan sukan serta untuk cabutan bertuah
Demostrasi Silat Gayong dari kumpulan silat gayong Taman Nilam
Pertunjukkan senamam 'Tai Chi' dari KRT Taman Intan
Pertandingan Ping Pong
Pemeriksaan Kesihatan untuk pengunjung oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang
Pegawai dari Indah Water Konsortium mengadakan cabutan bertuah
DJ memainkan peranan penting untuk perjalanan program
Pertandingan Tarik Tali wanita
Larian dalam guni
Sukan membawa bola ping pong dalam sudu

Khamis, 11 November 2010

Mesyuarat IWK/4 - Program Mesra IWK

Mesyuarat kali terakhir untuk program 'Mesra Bersama Pelanggan' anjuran Indah Water Konsortium sebelum tarikh program pada Sabtu 13 November 2010. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dan diadakan di Dewan Taman Nilam. Selain dari AJK Taman Nilam, wakil dari KRT Taman Intan, Taman Emas Suria dan Taman Delima, pihak Indah Water Konsortium menghantar empat orang wakil.

Mesyuarat ini menyemakkan semua persiapan secara terperinci supaya semua yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang.
  • Kebersihan padang oleh E-Idaman
  • Persediaan khemah utama, khemah untuk pameran, pentas, khemah pelawat dan peserta yang disediakan oleh MPSPK
  • Bilik untuk pemeriksaan kesihatan dibangunan tadika
  • Tempat makan VVIP di dewan
  • Penyediaan makanan dan minuman untuk sessi pagi, tengahari dan malam
  • Kelengkapan sukan termasuk haiah
  • Ceramah agama yang akan diadakan di surau Taman Nilam
  • Bantuan Pasukan Bulan Sabit Merah dari Sekolah Menengah Tunku Ismail
  • Kumpulan keselamatan tempat
  • Pasukan Silat, Tai Chi dan Silambam akan akan mengadakan demostrasi
  • serta lain lain keperluan
Pihak Indah Water turut membahagikan T-Shirt berwarna merah untuk dipakai oleh AJK yang akan bertugas pada program tersebut. Sebanyak 5 helai T shirt diperuntukkan kepada KRT Taman Intan dan 5 helai lagi untuk kumpulan Tai Chi.


Selasa, 9 November 2010

Mesyuarat Jiran Wanita

.
AJK Jiran Wanita KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada 09 Nov 2010 di rumah Pengerusi Jiran Wanita No.68, Lorong Intan B/6, Taman Intan mulai jam 5.00 petang. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 12 orang AJK.

Kursus Pengendalian Jenazah

      Kursus akan diadakan di masjid taman intan. Peserta kursus akan dihadkan kepada hanya 30 orang kerana bilik yang agak kecil. KRT Taman Intan telah memperuntukkan perbelanjaan kursus sebanyak RM250.00 termasuk bahan yang akan digunakan, makan dan upah tenaga pengajar.

Cadangan AJK 
    
     Mesyuarat mencadangkan AJK Jiran Wanita sedia ada disambung untuk sessi 2011 ~ 2012. Beberapa nama tambahan dicadangkan terutama dari kaum Cina.

Aktiviti 2011

i.     Lawatan

       AJK akan mencadangkan tempat dan tarikh untuk lawatan jiran wanita untuk tahun 2011.

ii.    Kursus untuk ahli - Kolej Komuniti

        AJK akan meneliti kursus yang sesuai yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Sungai Petani untuk ahli.

iii.   Agama

       Beberapa kegiatan agama untuk muslimah jiran wanita akan dicadangkan

iv.   Jamuan Tahun Baru Cina

       Jamuan kecil sempena Tahun Baru Cina yang akan datang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu di tapak senaman Tai Chi dan di tapak senaman Wai Tan Kung.

       Jamuan hanya anggota yang menyertai senaman tersebut serta AJK Krt Taman Intan akan dijemput.


Program IWK Taman Nilam

      Mesyuarat telah megagihkan senarai peserta yang akan mengambil bahagian pada program yang akan diadakan di Taman Nilam pada Sabtu 13 Nov. 2010
.

Sabtu, 6 November 2010

Mesyuarat AJK Induk - 5/2010

.
Mesyuarat AJK Induk KRT Taman Intan diadakan berturut  turut dengan mesyuarat Jiran Usia Mas pada Sabtu 06 Nov 2010 mulai jam 0500 petang di dewan Sri Intan.

Apabila semua yang hadir memasuki dewan, satu kejutan menunggu. Pintu sebelah belakang dewan didapati telah dipecahkan. Pemeriksaan mendapati kesan dewan dimasuki orang dan menggunakan tempat tersebut untuk tujuan yang tidak sihat. Beberapa cermin tingkap dipecahkan. Walau bagaimanapun kebanyakkan barang barang masih ada ditempat asal kecuali kabinet yang dipecahkan.

 Mesyuarat menbicangkan beberapa isu penting untuk tindakan AJK.

1.     Hari Kesihatan

        Hari kesihatan yang dirancang dan dicadangkan oleh Jiran Usia Emas pada akhir tahun terpaksa dibatalkan kerana pihak Klinik Kesihatan mempunyai jadual dan program yang agak sibuk menjelang hujung tahun. Juga bajet untuk sesetengah ujian seperti 'pep smear' juga hampir kehabisan dan mungkin tidak dapat diadakan pada program Hari Kesihatan

        Dicadangkan agar rancangan hari kesihatan dimasa depan diadakan lebih awal  sebelum pertengahan tahun untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

       Seramai 8 orang jiran wanita KRT Taman Intan telah melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010 yang telah diadakan pada 04 Nov 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang. Bagi mereka yang tidak berpeluang dan berkesempatan, mereka boleh  membuat pemeriksaan pada satu lagi kem kesihatan yang dianjurkan bersama oleh IWK (Indah Water Konsortium) dan KRT. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Nov 2010 di Dewan Taman Nilam, Sungai Petani. KRT Taman Intan terlibat sebagai penganjur bersama.


2.      Uniform

        Mesyuarat bersetuju untuk membuat uniform baru untuk AJK mengantikan uniform lama yang telah berusia lebih 6 tahun. Walaubagaimanapun ia ditangguhkan sehingga perlantikan AJK baru untuk sessi 2011 dan  2012.


3.     Lawatan Sambil Belajar

       Program lawatan untuk ahli KRT yang di rancang pada bulan November ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca iaitu musim hujan dan banjir yang melanda negara sekarang ini. Mesyuarat bersetuju untuk menangguhkan laatan tersebut hingga keawal tahun 2011.

       Lawatan anjuran JPNIN ke Sabah sedang dirancang untuk tahun 2011. KRT Taman Intan memohon untuk diberi peruntukkan kepada 10 orang ahli menyertai lawatan tersebut.


4.    Pelantikan AJK Rukun Tetangga

      Pihak JPNIN telah menghantar surat untuk mengemukakan Cadangan Senarai Nama Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk menggantikan AJK yang akan tamat tempoh pada 31 Disember 2010.

       Cadangan senarai tersebut hendaklah dihantar ke pejabat JPNIN Kuala Muda dengan mengisi borang B pada atau sebelum 21 November 2010.

        Semua AJK diminta mengemukakan senarai tersebut kepada pengerusi secepat mungkin dan membuat cadangan senarai individu yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Rukun Tetangga.


5.      Borang Penilaian Prestasi

        Juga pihak JPNIN menghantar Borang Penilaian Prestasi KRT bagi Tahun 2010 yang mesti diisi dan dikembalikan semual sebelum 05 Januari 2011.


 6.     Program Majlis Bersama Penduduk Taman Nilam dan Taman Taman Sekitar

        Program ini adalah program tahunan  IWK sebagai salah satu khidmat sosial masyarakat. Pada tahun ini IWK memilih Taman Nilam untuk bahagian selatan Negeri Kedah. Program dianjurkan oleh KRT Taman Nilam dengan kerjasama KRT Taman Taman sekitar iaitu Taman Delima 1, Taman Delima 2,  Taman Semarak, Taman Arked, Taman Emas Suria dan Taman Intan.

       Antara program yang akan dilakukan termasuk Demostrasi Senamrobik, Tai Chi, Sukaneka, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Agama. KRT Taman Intan akan mengambil bahagian dalam persembahan Tai Chi. AJK diminta memberikan sokongan sepenuhnya pada program ini dan menghebahkan kepada jiran dan rakan untuk bersama hadir pada hari tersebut.

       Mesyuarat juga diberitahu bahawa KRT telah mengeluar perbelanjaan sebanyak RM150.00 sebagai subsidi baju ahli kumpulan Tai Chi yang akan mengambil bahagian persembahan senaman Tai Chi pada program tersebut.


AJK diingatkan bahawa mesyuarat selanjutnya akan diadakan pada 10 Disember 2010 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Inntan.


Jumaat, 5 November 2010

Happy Deepavali

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali' kepada warga Taman Intan dan juga kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.


KRT juga mengharapkan lebih ramai lagi penduduk/warga India Taman Intan untuk bersama dalam aktiviti rukun tetangga KRT Taman Intan untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan mencapai hasrat kerajaan menuju 1 Malaysia.

.

Khamis, 4 November 2010

Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010

.
KRT Taman Intan menghantar beberapa orang wakil dari Jiran Wanita untuk mengambil bahagian pada 'Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010' yang diadakan :

   Tarikh :         04 November 2010
   Masa :           9.00 pagi ~ 3.00 petang
   Tempat :       Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai
                          Petani

Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Daerah Kuala Muda/Yan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, LPPKN Sungai Petani dan Hospital Metro. Peserta adalah terdiri darei ahli Jiran Wanita dari semua KRT Daerah Kuala Muda.

Objektif program ini adalah :

1.   Memberi kesedaran awal kepada semua wanita bahawa pendidikan kesihatan amat penting

2.  Mengajar asas pengesanan awal kanser pada wanita seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim, dan kanser servik.

3.  Menanamkan sikap keutamaan menjaga kesihatan bagi melahirkan generasi wanita sihat masa kini.

Ceramah diberikan oleh doktor yang bertugas di klinik tersebut diikuti dengan pemeriksaan kesihatan kepada semua peserta dari Jiran Wanita. Pemeriksaan kesihatan termasuk :

  -   Pemeriksaan Tekanan Darah
  -   BMI (Body Mass Index)
  -   Ujian Gula Dalam Darah
  -   Pap Smear

Juga diadakan demostrasi penyediaan makanan dan minuman makanan seimbang.

Pameran statik yang memberi penerangan beserta gambar kanser payu dara juga diadakan.

Sebagian Jiran Wanita dari KRT Daerah Kuala Muda yang hadir pada program