Selasa, 13 Disember 2011

Futsal - Remaja Bawah 15

Sempena dengan cuti persekolahan akhit tahun dan setalah tamat semua peperiksaan, KRT Taman Intan dengan initiatif dan usaha 'Jiran Remaja' menganjurkan Pertandingan Futsal untuk remaja di bawah 15 tahun pada hari Selasa 13 Disember 2011. Pertandingan ini diadakan untuk remaja Taman Intan dan taman berdekatantermasuk Taman Sinar Intan, Taman Pekan Baru dan Taman Emas Suria.

Pertandingan diadakan di padang bersebelahan Dewan Sri Intan, Taman Intan bermula pada jam 08.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Makanan dan minuman ringan disediakan kepada pemain. Keperluan keperluan lain termasuk bola dan wisel juga disediakan. KRT melantaik dua orang remaja sebagai pengadil perlawanan. Sebelum perlawanan bermula, pemain diberi taklimat tentang peraturan dan syarat pertandingan.

Pertandingan disertai oleh enam pasukan. Setiap pasukan diwakili lima orang pemain. Perlawanan dibuat secara kalah mati dan bermain selama 30 minit. Semua yang menyertai perlawanan ini diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan tiga pasukan teratas menerima medal.



Pertandingan atau perlawanan ini dianggap  berjaya dan ia dapat menyuntik semangat kepada remaja untuk menggunakan masa mereka pada musim cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berguna dan bermanfaat.

Berikutan dengan perlawanan hari ini, remaja remaja tersebut masih belum berasa puas dan memohon untuk mengadakan perlawaan bolasepak futsal secara liga. Setelah mendapat persetujuan, liga tersebut akan bermula pada 17 Disember dan akan berakhir pada 24 Disember 2011.

Ahad, 11 Disember 2011

Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2011

Seperti lazim pada setiap penghujung tahun KRT Taman Intan mengadakan jamuan makan malam AJK. Ia bertujuan sebagai penghargaan kepada sumbangan sukarela yang diberikan disepanjang tahun dan diharapkan semua AJK akan terus berusaha dan memberikan khidmat kepada perpaduan dan kesejahteraan warga Taman Intan. Jamuan ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan perhubungan semua AJK.

Jamuan untuk akhir tahun ini telah diadakan pada Jumaat 10 Disember 2011 jam 8.30 malam. Jamuan diadakan di Restoren 'Kimeyz', Lot 88 Sungai Petani. Restoren menyajikan makanan timur dan barat. Makanan dan minuman dipesan bersingan mengikut citarasa masing masing.

Semua yang hadir datang dengan  kenderaan sendiri. Pengerusi memberikan ucapan ringkas untuk berterima kasih kepada semua AJK keatas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun. Kebanyakkan aktiviti RT dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Diharapkan semua dapat meneruskan memberi khimat di masa hadapan dan bersama memikirkan untuk penambahbaikan KRT Taman Intan.

Pengerusi juga berharap agar AJK sekarang dapat menarik minat penduduk lain untuk menyertai   aktiviti aktiviti yang dilakukan atau mencadangkan sebarang aktiviti yang boleh menyatu padukan penduduk.


Gerhana bulan penuh mulai jam 07.45 malam 11 Dis 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Mesyuarat AJK

AJK KRT Taman Intan bermesyuarat kali terakhir untuk tahun 2011 pada Jumaat 09 Disember 2011 pada jam 5.00 petang di Dewan Seri Intan, Taman Intan. Kehadiran amat menggalakkan dan hampir 90% AJK hadir.

Perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut:-

1.   Borang untuk geran tahun 2012


2.  Makan malam akhir tahun 2011. Cadangan jenis makanan dan lokasi


3.  Gotong royong

di Klinik Kesihatan Bakar Arang. Gotong royong yang dianjurkan bersama panel penasihat klinik yang pertama telah diadakan pada 01 Disember 2011. Beberapa ahli KRT Taman Intan hadir pada gotong royong tersebut. Mesyuarat meluluskan perbelanjaan sebanyak RM20.00  hingga RM30.00 pada setiap aktiviti gotong royong.


4.  Aktiviti Remaja

Perlawanan bolasepak 'futsal' yang akan diadakan pada hari Selasa 13 Disember 2011 mulai jam 08.00 pagi. Mesyuarat diberitahu pecahan perbelanjaan dan meluluskan jumlah yang dipohon.


5.  Cadangan Aktiviti untuk Tahun 2012

5.1  Kem Kesihatan akan dianjurkan oleh Jiran Usia Emas dan dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2012

5.2 Lawatan ke Taman Negara. Lawatan akan dianjurkan oleh AJK Induk bergantung kepada sambutan oleh ahli. Dicadangkan pada bulan Mei atau Jun

5.3  Jiran Wanita akan meneruskan Penambahan Ilmu dengan mengatur khursus pendek bersama dengan Kolej Komuniti.

       Jiran wanita juga ingin mempelbagaikan khursus termasuk mengadakan khursus pertanian dan penyediaan baja organik.

5.4  Jamuan hari raya pada akhir bulan Ogos 2012 akan diadakan bersama dengan sambutan Hari Kebangsaan/Merdeka. Jamuan akan dibuat pada skala kecil dan akan diadakan di perkarangan dewan Sri Intan.

5.5   Aktiviti biasa termasuk

a.   Senaman Wai Tan Kung yang diadakan setiap pagi mulai jam 07.00 pagi.

b.   Senaman Tai Chi juga diadakan setiap hari

c.   Berjogging

d.   Berjogging di Bukit Semarak

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

   

Khamis, 1 Disember 2011

Gotong Royong di Klinik Kesihatan Bakar Arang

Satu program anjuran bersama dengan panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang diadakan :
    Tarikh :          Khamis 01 Disember 2011
    Masa :            0800 pagi
    Lokasi :          Klinik Kesihatan Bakar Arang

KRT Taman Intan telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai gotong royong tersebut. Ini kerana lokasi klinik tersebut terletak di jalan utama masuk ke Taman Intan dan sewajarnya dijemput pada sebarang aktiviti yang dijalankan.

Diantara kerja yang dilakukan termasuk
  • memotong rumput (mesin)
  • mengumpulkan sampah, daun kering dan buangan
  • mencantas dahan pokok
  • menerangkan kawasan pagar dari pokok menjalar
  • membersihkan longkang
  • memotong pokok bunga
  • lain lain kerja bersangkutan.
KRT Taman Intan akan terus memberi kerjasama dimasa masa akan datang, Bukan sahaja mengadakan gotong membersihkan kawasan tetapi juga sebarang aktiviti kesihatan dan kimuniti.
    

Isnin, 28 November 2011

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua warga Taman Intan dan juga kepada semua rakyat Malaysia


Ahad, 9 Oktober 2011

Lawatan ke Melaka

KRT Taman Intan telah mengadakan lawatan ke Melaka untuk ahli dan penduduk Taman Intan. Lawatan diadakan pada 06 Oktober 2011 hingga 08 Oktober 2011. Lawatan bertujuan  memberikan pendedahan kepada mereka yang belum pernah melawat Melaka.

Seramai 42 orang yang terdiri dari 34 orang dewasa dan 8 orang remaja menyertai rombongan ini. Pecahan ethnik adalah Melayu (28) India (10) dan Cina (4).

Semua peserta berkumpul di hadapan Masjid Taman Intan dan bas mulai bergerak pada jam 10.00 malam. Semua yang mendaftar hadir untuk rombongan tersebut. Perhentian pertama ialah di R&R Bukit Merah pada jam 11.30 malam untuk penumpang minum dan makan dan untuk ke tandas. Bas bergerak semula pada jam 12.30 malam dan berhenti di R&R Behrang untuk ke tandas. Rombongan sampai ke R&R Alor Gajah Melaka pada jam 5.15 pagi untuk peserta mandi dan sarapan pagi. Kepada peserta Islam menunaikan Solat Subuh.

Rombongan bergerak untuk memulakan siri lawatan pada jam 8.10 pagi. Destinasi pertama adalah Zoo Negeri Melaka, Taman Buaya dan Burung. Peserta diberi tempuh sehingga jam 11.30 pagi. Destinasi seterusnya ialah ke Perigi Hang Tuah. Peserta juga berkesempatan meninjau rumah tradisi Melaka di belakang tapak perigi Hang Tuah.

Bas bergerak ke Bandar Hilir Melaka pada jam 12.15 tengah hari untuk 'check in' di Mahkota Hotel Apartment dan menghantar peserta rombongan lelaki untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Terapong bandar Hilir.

Peserta rombongan kemudian di hantar ke Bandar Hilir untuk memulakan lawatan bebas di sekitar tempat tersebut. Diantara tempat yang dicadangkan kepada peserta ialah ;
  • Muzium kapal
  • Menara Taming Sari
  • Pasar Budaya
  • Dataran Pahlawan
  • Bukit A Farmosa
  • Muzium disekitar
  • Jonker streer 
  • dan lain lain
Tepat jam 7.00 petang semua peserta berkumpul semula di kawasan jeti untuk menaiki bot river cruise. Rombongan mendapat potongan harga tiket sebanyak 20%. Peserta dapat menikmati pelbagai pemandangan di sepanjang sungai.

Kebetulan ada pertunjukkan di Menara Taming Sari - Menifestasi Puisi dan Koir Patriotik yang bermula pada jam 9.00 malam. Kebanyakkan peserta rombongan tidak melepaskan peluang menonton persembahan tersebut. Ramai juga yang pergi membeli belah 'up-town market' yang diadakan bersebelahan dengan pasar budaya.

Keesokkan hari rombongan bertolak awal selepas sarapan pagi menuju ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk membeli belah. Rombongan berhenti makan tengah hari di R&R Dengkil sebelum menuju ke Putrajaya. Destinasi terakhir adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman / Masjid India sebelum bertolak pulang pada jam 6.00 petang.

KRT Taman Intan menganggap lawatan tersebut amat berjaya dan tiada sebarang perkara buruk yang tidak diingini berlaku.

Perigi Hang Tuah
Bandar Hilir .. muzium
St Paul Cathederal
Menyusuri Sungai Melaka
Nilai 3
Putrajaya

Khamis, 29 September 2011

Selamat Mengerjakan Haji 1342

KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Mengerjakan Haji kepada penghuni Taman Intan yang telah menerima saruan menunaikan haji di Baitullah. 

Seramai 11 orang penduduk Taman Intan serta taman taman dibawah qariah Masjid Taman Intan akan menunaikan haji pada tahun ini. Malam ini 29 September 2011 diadakan bacaan Yassin dan doa selamat selepas Solat Maghrib untuk mereka yang akan berangkat ke Tanah Suci pada bulan Oktober ini. Jamuan ringan disediakan di Masjid Taman Intan selepas solat Isyak.

Isnin, 26 September 2011

Jamuan Hari Raya Pejabat JPNIN Kuala Muda

Pejabat JPNIN Kuala Muda mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada Isnin 26 September 2011 pada jam 12.00 tengah hari. Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional.

Selain dari Pengerusi KRT Daerah Kuala Muda, jamuan turut dihadiri oleh kakitangan tadika Kemas.


Selasa, 20 September 2011

Gangguan bekalan elektrik

Seluruh Taman Intan serta taman taman berdekatan mengalami gangguan bekalan elektrik mulai jam 09.00 pagi hingga jam 7.00 petang iaitu hampir 10 jam. TNB melakukan kerja kerja senggaraan pada talian  bekalan lektrik.

Lampu isyarat Taman Nilam dan lampu isyarat Lebuh Intan turut tidak berfungi mengakibatkan sedikit kesulitan kepada pengguna.

Notis gangguan telah dihantar kepada penduduk sebulan lalu. Ada juga penduduk yang tidak mendapat notis berkenaan gangguan tersebut.
    

Jumaat, 16 September 2011

HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA

KRT Taman Intan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia semua penduduk Taman Intan khasnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya.

   

Selasa, 13 September 2011

Mesyuarat Jiran Usia Mas 3/2011

Jiran Usia Emas KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada Selasa  13 September 2011 bertempat di Dewan Seri Intan. Mesyuarat bermula pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Pengerusi Jiran Usia Emas Puan Haminah Binti Rejab membincangkan persediaan lawatan untuk ahli dan penduduk Taman Intan ke Melaka.

1.     Tarikh lawatan

Tarikh lawatan ditetapkan pada Khamis 06 Oktober 2011 selama tiga hari. Rombongan akan sampai ke Sungai Petani sebelum tengah malam 08 Oktober 2011.

2.     Tempat

AJK bersetuju untuk melangmbuat lawatan ke Melaka Bandar Bersejarah. Rombongan dijangka akan singgah di Nilai 3 Negeri Sembilan, di Putra Jaya dan di Kuala Lumpur dalam perjalan pulang

3.     Peserta

Keutamaan akan diberikan kepada AJK KRT serta penduduk Taman Intan. Sekiranya terdapat kekosongan maka tempat akan diberikan kepada penduduk disekitar taman termasuk taman Emas Suria dan Taman Sinar Intan,
AJK akan mengedarkan borang kepada individu yang berminat untuk menyertai lawatan tersebut. Semua AJK KRT Taman Intan digalakkan untuk menyertai rombongan tersebut.

4.     Bayaran

Setiap peserta rombongan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 untuk pengangkutan dan tempat penginapan.

5.     Tempahana Bas

Tempahan bas akan dibuat oleh En. Zubir Ismail. Pihak bas juga diminta mengaturkan penginapan untuk rombongan.

6.     Bayaran

Semua peserta rombongan diminta membuat bayaran penuh sebelum 28 September 2011.

7.    Lain lain.

a.    AJK akan menentukan peserta rombongan mematuhi jadual perjalanan.

b.    Peserta yang mempunyai penyakit dikehendaki memberi tahu penganjur penyakit yang dihidapi. Mereka juga diminta untuk membawa sendiri ubat ubatan.
   

Sabtu, 10 September 2011

Jamuan Hari Raya 2011

KRT Taman Intan menganjur Jamuan Hari Raya Aidil Fitri :-

      Tarikh :     Sabtu 10 September 2011
      Masa :       10.00 pagi
      Lokasi :     Kawasan Hijau Fasa 1, Taman Intan

Tiga khemah disewa dan didirikan di kawasan lapang. Pemilihan lokasi ini adalah kerana ia lebih strategik berbanding dengan lokasi Dewan Orang Ramai Seri Intan. Dewan tersebut terletak jauh dibelakang manakala kawasan jamuan diadakan terletak di laluan utama. Sambutan dan khadiran penduduk taman lebih menggalakkan.

Beberapa streamer (banner) dipasang di lokasi strategik di Lebuh Intan dan hebahan juga dibuat oleh AJK KRT. Pengumuman juga dibuat kepada penduduk Taman Intan pada pesta Tanglung kaum Cina yang diadakan pada 08 September 2011.

Walaupun hujan turun sejak awal pagi, tetapi sambutan penduduk amatlah menggalakkan. Hampir 300 orang datang ke majlis jamuan tersebut. Lebih 60% pengunjung terdiri dari kaum Cina. Ketika jamuan selesai pada jam 12.00 tengahari masih ada pengunjung yang datang.


Selasa, 30 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ...

KRT Taman Intan mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1342H' kepada semua muslimin dan muslimat warga Taman Intan khasnya dan semua rakyat Malaysia.

Insyaallah KRT akan mengadakan sambutan/jamuan Hari Raya dalam masa terdekat seperti yang selalu dilakukan setiap tahun.

Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa

KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua warga Taman Intan yang beragama Islam. Semoga amalan pada bulan puasa ini akan diterima Allah dan dapat mensucikan diri dengan dengan amalan tersebut.


Bersamalah kita mengimarakkan Masjid Taman Intan. Ini adalah tahun kedua kita dapat melakukan solat Tarawikh di masjid yang dibuka pada April 2010. Juga buat kali keduanya, Imam untuk sembahyang Tarawikh adalah seorang pelajar Tahfiz dari Timur Tengah yang pernah mengimamkan sembahyang Tarawikh pada Ramadhan tahun lepas.

Masjid juga mengadakan Tadarus Al Quran selepas selesai solat Tarawikh.

Disamping itu Masjid Taman Intan menyediakan 'bubur lambuk' yang diberikan kepada orang ramai sebagai sedekah jariah sempena bulan puasa ini.  Bubur akan diedarkan kepada orang ramai selepas Solat Asar setiap petang.

Dana untuk penyediaan bubur lambuk ini adalah sumbangan anak anak kariah dan orang ramai. Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian kepada AJK masjid pada bila bila masa. Lebih mudah pada sebelah petang selepas Solat Zuhor.

Masjid juga menyediakan jamuan berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini. Jamuan hanya untuk 60 orang sahaja termasuk lelaki dan wanita.

.... SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA ...

Isnin, 11 Julai 2011

Lawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al-Barakah

Seramai 20 orang ahli wanita KRT Taman Intan mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al-Barakah pada Isnin 11 Julai 2011.

Peseta lawatan berkumpul di Masjid Taman Intan dan bertolak ke destinasi pada jam 09.00 pagi.