Isnin, 28 Mac 2011

Mesyuarat Khas 2011 - Kem Kesihatan


Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persediaan dan persiapan untuk aktiviti 'Kem Kesihatan' yang akan diadakan pada Sabtu 23 April 2011 di Dewan Seri Intan, Taman Intan.


1.     Peserta Ceramah

        Seramai sekurang kurangnya 50 peserta untuk menghadiri ceramah yang akan disampaikan oleh staf klinik kesihatan. Setiap peserta akan didaftarkan dan akan diberikan cenderahati apabila tamat ceramah.

2.     Demonstrasi Pembersihan Gigi

       Seramai 30 orang kanak kana berusia lingkung 5 dan 6 tahun akan mengambil bahagian dalam demonstrasi cara memberus gigi. Kanak tersebut akan dihadiahkan dengan sebiji epal dan satu minuman susu kultur.

3.     Cenderahati

        Mesyuarat bersetuju untuk memberikan cenderahati kepada penceramah serta staf klinik yang bertugas.

4.      Banner / Flyer / Surat Pemberitahuan

        Banner akan dipasang dilokasi utama Taman Intan seperti di tapak pasar pagi dan di Masjid Taman Intan sekurang kurangnya dua minggu sebelum aktiviti dijalankan. Manakala flyer atau surat pemberitahuan akan diedarkan tiga atau empat hari sebelum tarikh aktiviti.

5.     Jamuan

        Jamuan yang ringkas akan disediakan kepada pengunjung dan kepada staf.


6.    Ceramah
       Tajuk ceramah akan ditetapkan oleh pihak Klinik Kesihatan Bakar Arang.


Aturcara Program

     8.00 pagi           Pendaftaran
     8.00 pagi           Demosntrasi Wai tan Kung / Tai Chi
     8.30 pagi           Demonstrasi pembersihan gigi
     9.00 pagi           Pemeriksaan Kesihatan
     9.30 pagi           Ceramah I
   10.00 pagi           Ceramah II
   10.30 pagi           Ceramah oleh wakil KRT
   11.00 pagi           Jamuan dan bersurai

Sabtu, 12 Mac 2011

Aktiviti Remaja - Taman Rimba Teluk Bahang

     
KRT Taman Intan menghantar lima remaja untuk menyertai program aktiviti remaja di Taman Rimba Teluk Bahang Pulau Pinang pada Sabtu 12 Mac 2011. Program ini diadakan sempena dengan permulaan cuti sekolah sessi pertama untuk tahun 2011. Ia dianjurkan oleh KRT Taman Jeneris, Tikam batu yang bermurah hati menjemput penyertaan dari lain lain KRT di Kuala Muda.  KRT yang mengambil bahagian menyumbang RM100.00 untuk menampung kos insuran, baju T dan makanan.

Peserta berkumpul di bangunan Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Kuala Muda seawal jam 7.00 pagi untuk proses pendaftaran dan pengagihan baju T dan makanan pagi. Peserta menaiki bas ke Pulau Pinang sebelum jam 8.00 pagi.Turut serta dalam rombongan ialah anggota tentera,  pegawai JPNIN dan AJK KRT.