Sabtu, 23 April 2011

Program Kem Kesihatan 2011

KRT Taman Intan berjaya dengan program Kem Kesihatan pada Sabtu 23 April 2011 bermula dari jam 8.30 pagi. Program diadakan di Dewan Sri Intan, Taman Intan.

Aktiviti pertama dijalankan pada program tersebut adalah persembahan atau demonstrasi senaman Wai Tan Kung. Demostrasi bertujuan untuk memperkenalkan senaman tersebut kepada warga taman yang masih belum berpeluang mengenali secara dekat. Kumpulan Wai Tan Kung ini menerima ahli ahli baru yang berminat. Senaman dilakukan setiap hari bemula jam 7.00 pagi kecuali hari Sabtu selama satu atau dua jam.

Pemeriksaan kesihatan bermula jam 9.00 pagi dilakukan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang. Antara pemeriksaan termasuk
  • BMI 
  • Tahap gula dalam darah
  • Tekanan Darah
  • Pap Smear 
Pemeriksaan kesihatan dihentikan pada jam 9.30 untuk memberi laluan kepada taklimat.
  • Prostanita - mengenai HIV dan Aids
  • Menjaga Kesihatan dan Pemakanan
  • Penjagaan Makanan untuk pesakit diabetis
Sambutan dari warga Taman Intan amat menggalakkan. KRT Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panel Penasihat dan Staf Klinik Kesihatan Bakar Arang keatas khidmat yang diberikan.


Dewan Seri Intan, Taman Intan Sungai Petani
Bukan Poco Poco ... Senaman Wai Tan Kung
Cenderahati (goodies) selepas demostrasi
Mendaftar untuk pemeriksaan kesihatan
Menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan
Merekodkan keputusan pemeriksaan
Puan Seroja dari Prostanita ... ceramah mengenai HIV dan AIDS
Sebahagian yang hadir untuk ceramah
Dr. Nor Azah dari Klinik Kesihatan Bakar Arang
Ceramah mengenai pemakanan pesakit Diabetik .. PZM
Pengerusi KRT Taman Intan
Demonstrasi masakan menggunakan periuk (pemasak) tekanan ..

Isnin, 11 April 2011

Belajar Bahasa Arab


KRT Taman Intan menganjurkan 'Kelas Bahasa Arab' untuk warga Taman Intan yang berminat. Kelas dianjurkan bersama dengan Kolej Komuniti Sungai Petani yang menyediakan tenaga pengajar.

Kelas diadakan di bilik mesyuarat Masjid Taman Intan dan dihadkan kepada kaum muslimah sahaja. Kelas dimulakan pada jam 09.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari Isnin dan hari Selasa.

Kelas bermula pada Isnin 11 April 2011 dan akan berlangsung selama tiga bulan. Setakat ini seramai 32 orang muslimah telah mendaftar dan mengikuti kelas tersebut. Setiap peserta dikenakan bayaran minima RM10.00 seorang. Peserta perlu membeli bahan seperti buku untuk latihan dan buku rujukan tambahan.

Beberapa kekurangan telah dikenal pasti termasuk ketiadaan kelengkapan seperti white board, marker pen dan pemadam. Juga peserta terpaksa duduk bersila diatas lantai. Pihak KRT akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dan akan membuat soal selidik dan kajian samada tempat belajar boleh di pindahkan ke Dewan Sri Intan. Dewan tersebut mempunyai  kelengkapan termasuk kerusi meja dan whiteboard yang sesuai untuk pembelajaran.
  

Ahad, 10 April 2011

Gotong Royong - Dewan Seri Intan

   
Satu aktiviti gotong royong membersihkan persekitaran Dewan Seri Intan diadakan pada 10hb. April 2011. Ia sebagai persediaan aktiviti Kem Kesihatan yang akan diadakan pada 23 April 2011 nanti.

Diantara kerja yang dilakukan termasuk 
  • memotong rumput disekeliling dewan
  • menyapu sampah  
  • membakar sampah
  • membersihkan longkang 
  • membaiki mana bahagian yang rosak