Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Berpuasa

KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua warga Taman Intan yang beragama Islam. Semoga amalan pada bulan puasa ini akan diterima Allah dan dapat mensucikan diri dengan dengan amalan tersebut.


Bersamalah kita mengimarakkan Masjid Taman Intan. Ini adalah tahun kedua kita dapat melakukan solat Tarawikh di masjid yang dibuka pada April 2010. Juga buat kali keduanya, Imam untuk sembahyang Tarawikh adalah seorang pelajar Tahfiz dari Timur Tengah yang pernah mengimamkan sembahyang Tarawikh pada Ramadhan tahun lepas.

Masjid juga mengadakan Tadarus Al Quran selepas selesai solat Tarawikh.

Disamping itu Masjid Taman Intan menyediakan 'bubur lambuk' yang diberikan kepada orang ramai sebagai sedekah jariah sempena bulan puasa ini.  Bubur akan diedarkan kepada orang ramai selepas Solat Asar setiap petang.

Dana untuk penyediaan bubur lambuk ini adalah sumbangan anak anak kariah dan orang ramai. Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bolehlah berbuat demikian kepada AJK masjid pada bila bila masa. Lebih mudah pada sebelah petang selepas Solat Zuhor.

Masjid juga menyediakan jamuan berbuka puasa di sepanjang bulan Ramadhan ini. Jamuan hanya untuk 60 orang sahaja termasuk lelaki dan wanita.

.... SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA ...

Isnin, 11 Julai 2011

Lawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al-Barakah

Seramai 20 orang ahli wanita KRT Taman Intan mengadakan lawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al-Barakah pada Isnin 11 Julai 2011.

Peseta lawatan berkumpul di Masjid Taman Intan dan bertolak ke destinasi pada jam 09.00 pagi.

    

Ahad, 10 Julai 2011

Mesyuarat Jiran Usia Mas 2/2011

Mesyuarat Jiran Usia Mas KRT Taman Intan diadakan pada Ahad 10 Julai 2011 pada jam 5.00 petang berlangsung di Dewan Seri Intan Taman Intan.

Perlantikan Setiausaha

Kekosongan jawatan Setiausaha Jiran Usia Emas kerana setiausaha sedia ada kini menjawat Pengerusi. En Zubir dilantik sebulat suara sebagai Setiausaha baru.

Peraduan Laman Cantik

Program 'Peraduan Laman Cantik' dihidupkan kembali. Sebanyak 10 unit rumah telah disenarai pendekkan.

Ziarah

Ahli Jiran Usia Emas secara terus menerus melakukan aktiviti menziarahi warga emas Taman Intan yang sakit.

Lawatan ke Melaka

Tarikh lawatan ke Melakan telah ditetapkan pada Khamis 06 Oktober 2011 hingga Sabtu 08 Oktober 2011. Keutamaan akan diberikan kepada AJK KRT Taman Intan dan serta keluarga. Jika terdapat kekosongan akan diberikan penduduk Taman Intan.

Lawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al-Barakah

Jiran Usia Mas dan Jiran Wanita memohon peruntukkan perbelanjaan kenderaan untuk laawatan ke Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al Barakah di Mukim Kota Kuala Muda, Kedah. Lawatan akan diadakan pada Isnin 11 Julai 2010.

Mesyuarat meluluskan peruntukkan sebanyak RM100.00.
  
Kumpulan Warga Emas di Lorong 8

Setiap petang ramai warga emas keturunan Cina berkumpul di padang di lorong 8 Taman Intan. Mereka berkumpul untuk berbual dan berinteraksi sambil berkongsi makanan yang dibawa. KRT menyarankan untuk sesekali mendekati mereka dan memberikan sumbangan.