Ahad, 9 Oktober 2011

Lawatan ke Melaka

KRT Taman Intan telah mengadakan lawatan ke Melaka untuk ahli dan penduduk Taman Intan. Lawatan diadakan pada 06 Oktober 2011 hingga 08 Oktober 2011. Lawatan bertujuan  memberikan pendedahan kepada mereka yang belum pernah melawat Melaka.

Seramai 42 orang yang terdiri dari 34 orang dewasa dan 8 orang remaja menyertai rombongan ini. Pecahan ethnik adalah Melayu (28) India (10) dan Cina (4).

Semua peserta berkumpul di hadapan Masjid Taman Intan dan bas mulai bergerak pada jam 10.00 malam. Semua yang mendaftar hadir untuk rombongan tersebut. Perhentian pertama ialah di R&R Bukit Merah pada jam 11.30 malam untuk penumpang minum dan makan dan untuk ke tandas. Bas bergerak semula pada jam 12.30 malam dan berhenti di R&R Behrang untuk ke tandas. Rombongan sampai ke R&R Alor Gajah Melaka pada jam 5.15 pagi untuk peserta mandi dan sarapan pagi. Kepada peserta Islam menunaikan Solat Subuh.

Rombongan bergerak untuk memulakan siri lawatan pada jam 8.10 pagi. Destinasi pertama adalah Zoo Negeri Melaka, Taman Buaya dan Burung. Peserta diberi tempuh sehingga jam 11.30 pagi. Destinasi seterusnya ialah ke Perigi Hang Tuah. Peserta juga berkesempatan meninjau rumah tradisi Melaka di belakang tapak perigi Hang Tuah.

Bas bergerak ke Bandar Hilir Melaka pada jam 12.15 tengah hari untuk 'check in' di Mahkota Hotel Apartment dan menghantar peserta rombongan lelaki untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Terapong bandar Hilir.

Peserta rombongan kemudian di hantar ke Bandar Hilir untuk memulakan lawatan bebas di sekitar tempat tersebut. Diantara tempat yang dicadangkan kepada peserta ialah ;
  • Muzium kapal
  • Menara Taming Sari
  • Pasar Budaya
  • Dataran Pahlawan
  • Bukit A Farmosa
  • Muzium disekitar
  • Jonker streer 
  • dan lain lain
Tepat jam 7.00 petang semua peserta berkumpul semula di kawasan jeti untuk menaiki bot river cruise. Rombongan mendapat potongan harga tiket sebanyak 20%. Peserta dapat menikmati pelbagai pemandangan di sepanjang sungai.

Kebetulan ada pertunjukkan di Menara Taming Sari - Menifestasi Puisi dan Koir Patriotik yang bermula pada jam 9.00 malam. Kebanyakkan peserta rombongan tidak melepaskan peluang menonton persembahan tersebut. Ramai juga yang pergi membeli belah 'up-town market' yang diadakan bersebelahan dengan pasar budaya.

Keesokkan hari rombongan bertolak awal selepas sarapan pagi menuju ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk membeli belah. Rombongan berhenti makan tengah hari di R&R Dengkil sebelum menuju ke Putrajaya. Destinasi terakhir adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman / Masjid India sebelum bertolak pulang pada jam 6.00 petang.

KRT Taman Intan menganggap lawatan tersebut amat berjaya dan tiada sebarang perkara buruk yang tidak diingini berlaku.

Perigi Hang Tuah
Bandar Hilir .. muzium
St Paul Cathederal
Menyusuri Sungai Melaka
Nilai 3
Putrajaya