Selasa, 13 Disember 2011

Futsal - Remaja Bawah 15

Sempena dengan cuti persekolahan akhit tahun dan setalah tamat semua peperiksaan, KRT Taman Intan dengan initiatif dan usaha 'Jiran Remaja' menganjurkan Pertandingan Futsal untuk remaja di bawah 15 tahun pada hari Selasa 13 Disember 2011. Pertandingan ini diadakan untuk remaja Taman Intan dan taman berdekatantermasuk Taman Sinar Intan, Taman Pekan Baru dan Taman Emas Suria.

Pertandingan diadakan di padang bersebelahan Dewan Sri Intan, Taman Intan bermula pada jam 08.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari. Makanan dan minuman ringan disediakan kepada pemain. Keperluan keperluan lain termasuk bola dan wisel juga disediakan. KRT melantaik dua orang remaja sebagai pengadil perlawanan. Sebelum perlawanan bermula, pemain diberi taklimat tentang peraturan dan syarat pertandingan.

Pertandingan disertai oleh enam pasukan. Setiap pasukan diwakili lima orang pemain. Perlawanan dibuat secara kalah mati dan bermain selama 30 minit. Semua yang menyertai perlawanan ini diberikan sijil penyertaan sebagai penghargaan dan tiga pasukan teratas menerima medal.



Pertandingan atau perlawanan ini dianggap  berjaya dan ia dapat menyuntik semangat kepada remaja untuk menggunakan masa mereka pada musim cuti persekolahan ini dengan aktiviti yang berguna dan bermanfaat.

Berikutan dengan perlawanan hari ini, remaja remaja tersebut masih belum berasa puas dan memohon untuk mengadakan perlawaan bolasepak futsal secara liga. Setelah mendapat persetujuan, liga tersebut akan bermula pada 17 Disember dan akan berakhir pada 24 Disember 2011.

Ahad, 11 Disember 2011

Majlis Makan Malam Akhir Tahun 2011

Seperti lazim pada setiap penghujung tahun KRT Taman Intan mengadakan jamuan makan malam AJK. Ia bertujuan sebagai penghargaan kepada sumbangan sukarela yang diberikan disepanjang tahun dan diharapkan semua AJK akan terus berusaha dan memberikan khidmat kepada perpaduan dan kesejahteraan warga Taman Intan. Jamuan ini juga bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan perhubungan semua AJK.

Jamuan untuk akhir tahun ini telah diadakan pada Jumaat 10 Disember 2011 jam 8.30 malam. Jamuan diadakan di Restoren 'Kimeyz', Lot 88 Sungai Petani. Restoren menyajikan makanan timur dan barat. Makanan dan minuman dipesan bersingan mengikut citarasa masing masing.

Semua yang hadir datang dengan  kenderaan sendiri. Pengerusi memberikan ucapan ringkas untuk berterima kasih kepada semua AJK keatas kerjasama yang diberikan sepanjang tahun. Kebanyakkan aktiviti RT dapat dilaksanakan dalam suasana harmoni. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Diharapkan semua dapat meneruskan memberi khimat di masa hadapan dan bersama memikirkan untuk penambahbaikan KRT Taman Intan.

Pengerusi juga berharap agar AJK sekarang dapat menarik minat penduduk lain untuk menyertai   aktiviti aktiviti yang dilakukan atau mencadangkan sebarang aktiviti yang boleh menyatu padukan penduduk.


Gerhana bulan penuh mulai jam 07.45 malam 11 Dis 2011

Jumaat, 9 Disember 2011

Mesyuarat AJK

AJK KRT Taman Intan bermesyuarat kali terakhir untuk tahun 2011 pada Jumaat 09 Disember 2011 pada jam 5.00 petang di Dewan Seri Intan, Taman Intan. Kehadiran amat menggalakkan dan hampir 90% AJK hadir.

Perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut:-

1.   Borang untuk geran tahun 2012


2.  Makan malam akhir tahun 2011. Cadangan jenis makanan dan lokasi


3.  Gotong royong

di Klinik Kesihatan Bakar Arang. Gotong royong yang dianjurkan bersama panel penasihat klinik yang pertama telah diadakan pada 01 Disember 2011. Beberapa ahli KRT Taman Intan hadir pada gotong royong tersebut. Mesyuarat meluluskan perbelanjaan sebanyak RM20.00  hingga RM30.00 pada setiap aktiviti gotong royong.


4.  Aktiviti Remaja

Perlawanan bolasepak 'futsal' yang akan diadakan pada hari Selasa 13 Disember 2011 mulai jam 08.00 pagi. Mesyuarat diberitahu pecahan perbelanjaan dan meluluskan jumlah yang dipohon.


5.  Cadangan Aktiviti untuk Tahun 2012

5.1  Kem Kesihatan akan dianjurkan oleh Jiran Usia Emas dan dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2012

5.2 Lawatan ke Taman Negara. Lawatan akan dianjurkan oleh AJK Induk bergantung kepada sambutan oleh ahli. Dicadangkan pada bulan Mei atau Jun

5.3  Jiran Wanita akan meneruskan Penambahan Ilmu dengan mengatur khursus pendek bersama dengan Kolej Komuniti.

       Jiran wanita juga ingin mempelbagaikan khursus termasuk mengadakan khursus pertanian dan penyediaan baja organik.

5.4  Jamuan hari raya pada akhir bulan Ogos 2012 akan diadakan bersama dengan sambutan Hari Kebangsaan/Merdeka. Jamuan akan dibuat pada skala kecil dan akan diadakan di perkarangan dewan Sri Intan.

5.5   Aktiviti biasa termasuk

a.   Senaman Wai Tan Kung yang diadakan setiap pagi mulai jam 07.00 pagi.

b.   Senaman Tai Chi juga diadakan setiap hari

c.   Berjogging

d.   Berjogging di Bukit Semarak

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

   

Khamis, 1 Disember 2011

Gotong Royong di Klinik Kesihatan Bakar Arang

Satu program anjuran bersama dengan panel penasihat Klinik Kesihatan Bakar Arang diadakan :
    Tarikh :          Khamis 01 Disember 2011
    Masa :            0800 pagi
    Lokasi :          Klinik Kesihatan Bakar Arang

KRT Taman Intan telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai gotong royong tersebut. Ini kerana lokasi klinik tersebut terletak di jalan utama masuk ke Taman Intan dan sewajarnya dijemput pada sebarang aktiviti yang dijalankan.

Diantara kerja yang dilakukan termasuk
  • memotong rumput (mesin)
  • mengumpulkan sampah, daun kering dan buangan
  • mencantas dahan pokok
  • menerangkan kawasan pagar dari pokok menjalar
  • membersihkan longkang
  • memotong pokok bunga
  • lain lain kerja bersangkutan.
KRT Taman Intan akan terus memberi kerjasama dimasa masa akan datang, Bukan sahaja mengadakan gotong membersihkan kawasan tetapi juga sebarang aktiviti kesihatan dan kimuniti.