Sabtu, 29 Disember 2012

Jamuan Akhir Tahun

KRT Taman Intan mengadakan jamuan akhir tahun untuk AJK. 

Jamuan diadakan disebuah restoren berhampiran Taman Intan pada hari Jumaat 28 Disember 2012 pada jam 8.00 malam.

Jamuan ini diadakan setiap tahun untuk menghargai jasa dan sumbangan AJK KRT Taman Intan. Juga untuk menggalakkan ahli AJK terus memberikan kerjasama dan sumbangan terhadap kelancaran aktiviti dan program yang diadakan disepanjang tahun.   


Selasa, 25 Disember 2012

Program Mesra Rukun Tetangga

Program Mesra Rukun Tetangga Sungai Petani bersama Ketua Polis Negeri Kedah diadakan pada hari Selasa 25 Disember 2012 bermula pada jam 8.00 malam. Program diadakan di Kompleks Penyayang Sungai Petani. Program ini dianjurkan untuk memberi penerangan perkembangan terkini tentang keadaan yang terjadi di Sungai Petani

Program ini dihadiri oleh hampir 300 orang terdiri dari wakil dari KRT di kawasan Sungai Petani.

Penerangan diberikan oleh Ketua Polis Kedah tentang rintitan yang membawa kepada kejadian yang berlaku supaya semua faham apa yang sebenarnya berlaku. Kejadian bermula pada 16 Disember lalu disebabkan pergaduhan kumpulan mat rempit dan melarat kepada kumpulan kongsi gelap dan samseng. Beberapa kejadian lain yang tiada bersangkut paut kemudian dihebahkan menjadi seolah olah berlaku pergaduhan kaum.

Kedatangan beberapa kumpulan dari kawasan luar Sungai Petani memburukkan keadaan. Berita ini disebarkan melalui internet.



Selasa, 18 Disember 2012

Kem Memperkasa Kendiri

KRT Taman Intan menghantar 4 orang peserta remaja untuk menghadiri Kem Memperkasa Kendiri kepimpinan Jiran Muda 2012 (Program RIMUP Daerah Kuala Muda Yan) yang diadakan pada :

Tarikh :           16, 17 dan 18 Disember 2012
bertempat di :  Kem D'Omland Teluk Bayu, Tikam Batu

Seramai 52 remaja lelaki dan perempuan berumur diantara 14 hingga 17 tahun dari KRT di Daerah Kuala Muda penyertai kem ini.



Antara Objektif Program ini termasuk :
  • Memupuk dan memperkasa semangat kepimpinan dalam diri remaja
  • membentuk sekumpulan remaja yang dinamik, efisyen dan berkarisma dalam pelbagaiu aspek terutamanya dari aspek kepimpinan dan sahsiah diri
  • Menanam nilai nilai murni dan positif dikalangan remaja agar lebih bersemangat dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran global
  • Mencungkil bakat kepimpinan dan mengasah ideologi dikalangan remaja untuk menjadi individu berkredibiliti tinggi.

Remaja yang menghadiri kem ini didedahkan dengan pelbagai program termasuk
  • Flying Fox
  • Kuliah Agama
  • Night Self Tracking
  • Senaman Pagi
  • Water Confident / Kayak
  • Rentas Bakau
  • Pengurusan Diri
  • Solat
  • Ceramah
Remaja yang menyertai kem ini amat berpuas hati dan menyifatkan satu pengalaman yang amat berharga. Mereka berjaya mengatasi segala cabaran, kesulitan dan aktiviti didalam program tersebut. Walaupun pada mulanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain tetapi diakhir program mereka dapat bergaul dan berinteraksi dengan begitu baik sekali. 

Ibu bapa yang dijemput menghadiri majlis penutup kem remaja tersebut berasa amat berbangga anak anak mereka dapat melalui semua program yang diadakan dengan jayanya dan bergembira anak mereka dipilih menjadi peserta.



Sabtu, 8 Disember 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK kali terakhir untuk tahun 2012 diadakan pada Sabtu 08 Disember 2012 pada jam 5.00 petang di dewan Sri Intan Taman Intan.

Mesyuarat meluluskan perkara perkara berikut :

1.      Penyertaan Kem Memperkasa Kendiri

JPNIN Kuala Muda mempelawa penyertaan dari remaja yang berusia 14 hingga 17 tahun untuk menyertai 'Kem Memperkasa Kendiri Kepimpinan 2012 (Program RIMUP Daerah Kuala Muda) yang akan diadakan pada 16, 17 dan 18 Dismeber 2012 di Kem D'Omland, Teluk Bayu, Tikam Batu.

Setiap KRT diperlukan menghantar 4 orang peserta terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari pelbagai kaum.

2.     Jamuan AJK Akhir Tahun

Jamuan akhir tahun untuk AJK KRT Taman Intan akan diadakan pada hari Jumaat 28 Disember 2012. Tempat dan lokasi akan diberitahu kelak

3.    Lawatan sambil Belajar

Oleh kerana kesuntukkan masa, lawatan untuk ahli dirancang pada pertengahan bulan Januari 2013. Dicadangkan lawatan ke Betong Selatan Thailand untuk melawat tempat tempat menarik dan bersejarah termasuk terowong komunis dan kolam air panas.

Kos setiap peserta akan diberitahu kelak.

4.     Pemilihan AJK untuk Tahun 2013 ~ 2014

Semua AJK dikehendaki mengemukakan dan menyerahkan nama calon AJK untuk tahun 2013 ~ 2014 kepada setiausaha pada atau sebelum Ahad 23 Disember 2012.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.15 petang.