Khamis, 13 Ogos 2015
Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda mengadakan 'Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya dan Program Pintar Kreatif sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Daerah Kuala Muda pada :
Tarikh : 13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani
Tarikh : 13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani
Isnin, 10 Ogos 2015
Mesyuarat AJK - Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya
KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 10 Ogos 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.
Mesyuarat membincangkan tentang majlis yang akan dianjurkan oleh JPNIN Kuala Muda dan meluluskan peruntukan menyediakan jamuan yang akan disumbangkan oleh KRT Taman Intan. Mesyuarat juga membincangkan apakah jenis makanan yang akan disumbangkan. Majlis tersebut adalah :
'Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya dan Program Pintar Kreatif sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Daerah Kuala Muda'
Tarikh : 13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa : 0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani
Seramai 10 orang AJK dijemput dan mereka dikehendaki hadir pada jam 10.30 pagi dengan memakai pakaian seperti diarahkan.
Jumaat, 7 Ogos 2015
Mesyuarat AJK - Jamuan Makan Malam
KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 07Ogos 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.
Mesyuarat membincangkan 'Jamuan Makan Malam' sebagai menghargai jasa dan kerja keras yang diberikan oleh beberapa AJK semasa mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri KRT Taman Intan yang telah diadakan pada Sabtu 01 Ogos 2015.
Mesyuarat bersetuju untuk mangadakan jamuan makan tersebut pada hari Jumaat 14 Ogos 2015 pada jam 8.00 malam. Pengerusi diberi kebebasan memilih lokasi dan menu jamuan makan tersebut.
Mesyuarat bersetuju untuk mangadakan jamuan makan tersebut pada hari Jumaat 14 Ogos 2015 pada jam 8.00 malam. Pengerusi diberi kebebasan memilih lokasi dan menu jamuan makan tersebut.
Ahad, 2 Ogos 2015
Majlis Jamuan Hariraya KRT Zone 3 Kuala Muda
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda mengadakan 'Majlis Jamuan Hari Raya untuk Zone 3
Tarikh : Ahad 02 Ogos 2015
Masa : Mulai 2.30 petang
Tempat : Taipan Square, Sungai Petani
KRT Taman Intan diwakli oleh dua orang AJK walaupun jumlah yang dijemput hadir adalah seramai 10 orang. Yang lain walaupun telah diarahkan untuk hadir tidak dapat berbuat demikian atsa sebab dan alasan yang tidak dapat dielakkan.
Tarikh : Ahad 02 Ogos 2015
Masa : Mulai 2.30 petang
Tempat : Taipan Square, Sungai Petani
KRT Taman Intan diwakli oleh dua orang AJK walaupun jumlah yang dijemput hadir adalah seramai 10 orang. Yang lain walaupun telah diarahkan untuk hadir tidak dapat berbuat demikian atsa sebab dan alasan yang tidak dapat dielakkan.
Sabtu, 1 Ogos 2015
Jamuan Hari Raya - KRT TAMAN INTAN 2015
KRT Taman Intan menganjurkan majlis 'Jamuan Hari Raya 2015' pada :
Tarikh : Sabtu 01 Ogos 2015
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Lorong B/6, Taman Intan
Antara menu yang dihidangkan :
- Laksa
- Lemang, Ketupat dan Rendang
- Nasi Himpit
- Soto
- Lodeh
- Buah buahan
- Bubur Kacang
- Air Batu Campur
- Kuih raya
Sambutan yang diberikan oleh penduduk dan warga Taman Intan amatlah menggalakkan. Hampir 250 orang hadir pada majlis itu. Sambutan hangat diberikan oleh masyarakat Cina yang melebihi 60 peratus hadir keseluruhan.
KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada AJK yang bekerja keras menjayakan majlis tersebut.
Rabu, 29 Julai 2015
Mesyuarat AJK - Jamuan Hari Raya KRT Zone 3
KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 29 Julai 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.
Mesyuarat bertujuan membincangkan jemputan untuk Majlis Jamuan Hari Raya untuk KRT Zone 3 Kuala Muda yang alamn diadakan pada
Tarikh : Ahad 02 Ogos 2015
Masa : Mulai jam 2.30 petang
Lokasi : Taipan Square Bandar Puteri Jaya
Mesyuarat juga membincangkan dan meluluskan peruntukan kewangan yang diminta dari saetiap KRT Zone 3 oleh pihak penganjur.
Tarikh : Ahad 02 Ogos 2015
Masa : Mulai jam 2.30 petang
Lokasi : Taipan Square Bandar Puteri Jaya
Mesyuarat juga membincangkan dan meluluskan peruntukan kewangan yang diminta dari saetiap KRT Zone 3 oleh pihak penganjur.
Rabu, 22 Julai 2015
Mesyuarat AJK - Jamuan Hari Raya
KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat AJK pada hari Rabu 24 Julai 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.
Mesyuarat membincangkan
Mesyuarat membincangkan
- Tarikh mengadakan majlis jamuan hari raya
- Lokasi
- Peruntukan kewangan
- Menu jamuan
- Persediaan
- Pekakasan
- Jemputan
- Banner dan Flyer
- Tugasan
Sabtu, 11 April 2015
Kem Kesihatan 2015
KRT Taman Intan menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma pada hari Sabtu 11 April 2015 mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program tersebut diadakan di N0 68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.
Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan termasuk :
- Tekanan Darah
- RBS
- BMI dan
- Pap Smear
Sambutan diberikan amatlah menggalakkan dan lebih 60 orang membuat pemeriksaan kesihatan dan 20 wanita melakukan ujian 'pap smear'.
KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada ahli panel klinik kesihatan Taman Intan serta kakitangan klinik yang memberikan perkhidmatan percuma tersebut. Juga diucapkan terima kasih kepada AJK KRT serta penduduk yang memberikan sokongan kepada program tersebut.
Jumaat, 3 April 2015
Mesyuarat AJK - Kem Kesihatan
AJK KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada hari Jumaat 03 April jam 5.30 petang untuk membincangkan meluluskan peruntukkan program Kem Kesihatan - pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga Taman Intan.
Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 11hb April 2015 mulai jam 8.30 pagi. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti banner dibawah.
Mesyuarat bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dibentangkan untuk program kesihatan tersebut. Perbelanjaan melibatkan :
1. Jamuan ringan untuk kakitangan klinik kesihatan, peserta dan AJK KRT
2. Cenderahati kepada petugas kesihatan
3. Sewaan lokasi
4. Sewaan kerusi dan meja
5. lain lain.
Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 11hb April 2015 mulai jam 8.30 pagi. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti banner dibawah.
Mesyuarat bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dibentangkan untuk program kesihatan tersebut. Perbelanjaan melibatkan :
1. Jamuan ringan untuk kakitangan klinik kesihatan, peserta dan AJK KRT
2. Cenderahati kepada petugas kesihatan
3. Sewaan lokasi
4. Sewaan kerusi dan meja
5. lain lain.
Semua penduduk Taman Intan dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma.
Sabtu, 14 Mac 2015
Jamuan Tahun Baru Cina 2015
KRT Taman Intan mengadakan majlis jamuan sempena Tahun Baru Cina 2015 pada Sabtu 14 March 2015. Jamuan diadakan di Lorong B/6 Taman Intan bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Majlis mendapat sambutan dari penduduk Taman Intan. Dianggarkan lebih 100 hadir pada majlis tersebut.
Diantara menu yang disediakan termasuk :
- Satay
- Beehun
- Ketupat
- Karipap
- Buah buahan
- Ais kacang
- Air sirap
KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang menjayakan majlis tersebut.
Rabu, 11 Mac 2015
Ahad, 1 Mac 2015
Mesyuarat AJK 2
Perbincangan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina
Mesyuarat membincangkan :
1. Tarikh, masa dan lokasi
2. Melantik jawatankuasa kecil
3. Menu
4. Meluluskan bajet untuk majlis jamuan
5. Hal hal lain
a. Jemputan
b. Persediaan, peralatan
Mesyuarat membincangkan :
1. Tarikh, masa dan lokasi
2. Melantik jawatankuasa kecil
3. Menu
4. Meluluskan bajet untuk majlis jamuan
5. Hal hal lain
a. Jemputan
b. Persediaan, peralatan
Sabtu, 31 Januari 2015
Mesyuarat Perlantikan AJK Sessi 2015 ~ 2016
Mesyuarat diadakan pada 31 Jan 2015 untuk mengesahkan perlantikan AJK KRT Taman Intan sessi 2015 ~ 2016. Mesyuarat dimulakan pada jam 5.30 petang.
Agenda Mesyuarat
Ucapan pengerusi sementara
Ucapan Pegawai JPNIN Kuala Muda, Puam Hazziyah Abdul Hamid
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45 petang
Agenda Mesyuarat
Ucapan pengerusi sementara
Ucapan Pegawai JPNIN Kuala Muda, Puam Hazziyah Abdul Hamid
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.45 petang
Langgan:
Catatan (Atom)