Sabtu, 13 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

KRT Taman Intan mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua  penduduk berbangsa Cina di Taman Intan khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang menyambut Tahun Baru Cina.


KRT Taman Intan mengambil kesempatan untuk mengingatkan penduduk sekitar supaya mengambil langkah perlu jika ada penduduk yang akan meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama supaya jiran jiran diberitahu dan jika perlu beritahu pihak polis. Dalam masa perayaan ini kadar jenayah terutama kecuriaan, pecah rumah dan rompakan selalunya meningkat.
Begitu juga langklah keselamatan ketika memandu dijalan jalan raya. Jangan minum minuman keras dan memandu, kerana ia adalah penyebab utama kemalangan.
KRT Taman Intan bercadang untuk mengadakan jamuan Tahun Baru Cina dalam masa terdekat. Mengikut pandangan penduduk berbangsa cina, jamuan seeloknya diadakan selepas perayaan Chap Goh Meh iaitu pada akhir minggu kedua perayaan.
Sekali lagi KRT Taman Intan mengucapkan A Happy and Prosperous Chinese New Year.