Isnin, 26 April 2010

Masjid Taman Intan

Walaupun masjid baru taman intan masih belum siap sepenuhnya tetapi ianya mula digunakan pada Jumaat 23 April 2010. Selepas sembahyang Jumaat, kenduri diadakan sempena dengan pembukaan masjid tersebut. Kenduri tersebut di taja sepenuhnya oleh warga Taman Intan yang menjalankan perniagaan 'katering'.

Diantara perkara yang masih belum siap adalah :
1.    Halaman masjid yang belum diturap tar
2.    Pagar Masjid
3.    Persekitaran
4.    Parking

Semasa mesyuarat agung Bakti (Badan Amal dan Kebajikkan Taman Intan) pada awal bulan yang lepas, ahli diminta mengemukakan cadangan apa yang perlu dilakukan pada madrasah lama Taman Intan, samada dikekalkan atau dirobohkan.

Ahli KRT yang beragama Islam menyertai gotong royong membersihkan masjid pada 22, 23 dan 24 April bersama penduduk taman lain bermula dari jam 0800 pagi.

.