Sabtu, 25 September 2010

Jamuan Perpaduan Aidil Fitri 1431/2010 - KRT Taman Emas Suria


KRT Taman Emas Suria bersama-sama Kumpulan Wanita Islam (WI)  dan UMNO Taman Emas Suria menjemput ke majlis jamuan perpaduan Aidil Fitri pada :

 Tarikh :          25 Sept 2010
 Hari :              Sabtu
 Masa :             2.00 petang hingga 5.00 petang
 Tempat :         Padang permainan, Lorong  Emas 14, Taman Emas Suria

Jemputan disampaikan sendiri oleh  Pengerusi KRT Taman Emas Suria kepada AJK dan ahli KRT Taman Intan.


Beberapa acara sukan rakyat juga diadakan untuk menyerikan lagi dan menggalakkan orang ramai menghadiri jamuan hari raya tersebut.


Sabtu, 18 September 2010

Jamuan Perpaduan dan Jamuan Hari Raya 2010

KRT Taman Intan menganjurkan jamuan perpaduan dan jamuan terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang diadakan di Taman Awam (tapak pasar malam). Berbeza dengan lokasi jamuan raya pada tahun tahun sebelumnya yang diadakan di padang Dewan Sri Intan, Lorong C Taman Intan, lokasi ini lebih terbuka dan ditepi laluan umum. Tiga khemah didirikan untuk menempatkan makanan dan meja makan. Bekalan elektrik dan air diperolehi dari rumah jiran berdekatan iaitu dari rumah Chikgu Ariffin.

Jamuan dimulakan pada jam 09.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.00 tengahhari.

Selain dari jamuan, aktiviti untuk kanak kanak juga dijalankan.




Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

AJK KRT Taman Intan mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'
kepada semua warga dan penduduk Taman Intan yang beragama Islam.


Warga Islam Taman Intan  beruntung kerana dapat menunaikan Sembayang Sunat Hari Raya di masjid baru pada tahun ini. Sebelum ini sembayang sunat hari raya dibuat pada surau yang agak sempit hinggakan ada yang terpaksa bersembahyang di tempat letak kereta. Kali ini semua dapat bersembahyang didalam masjid yagn serba baru. Oleh kerana sambutan yang diluar jangkaan ramai juga yang terpaksa bersembahyang di ruang legar masjid.

AJK KRT mengambil kesempatan menjemput semua warga Taman Intan termasuk warga Cina, India dan lain lain untuk menghadiri jamuan 'Perayaan 1 Malaysia' yang akan diadakan pada hari Sabtu 18 September 2010 di Padang Taman Intan (Lorong A) mulai jam 0900 pagi hingga 1200 tengah hari.


Sabtu, 4 September 2010

Mesyuarat AJK Induk - 4/2010

Mesyuarat AJK Induk diadakan pada Sabtu 04 Sept 2010 mulai jam 2.30 petang untuk membincangakan program sambutan dan jamuan hari raya yang akan diadakan pada Sabtu 18 September 2010 mulai jam 0900 pagi. Lokasi majlis diadakan ialah Padang Awam Taman Intan Fasa A & B.

Rational pertukaran venue majlis ialah lokasi Dewan Sri Intan agak tersorok dari jalan utama Taman Intan. Lokasi yang disyorkan adalah lebih mudak diakses oleh penduduk dan adalah dijangkakan akan mendapat sambutan dari warga taman ini.

Mesyuarat telah bersetuju untuk dengan senarai tugas, jenis makanan, minuman dan jumlah perbelanjaan seperti berikut :

  •    Surat Jemputan
  •    Sepanduk
  •    Flyer
  •    PA System
  •    Bekalan air dan elektrik
  •    Tiga unit khemah
  •    Lemang
  •    Rendang Ayam
  •    Ketupat Pulut
  •    Laksa
  •    Bihun
  •    Ice Kacang
  •    Muruku
  •    Minuman Sejuk
  •    Minuman Panas (Kopi dan Teh O)
  •    Pinggan, mangkuk, cawan dan sudu pakai buang
  •    Tissue mulut
  •    Aktiviti Jiran kanak kanak (sukan serta hadiah)
  •    Upah mesin rumput
      JUMLAH PERBELANJAAN : RM 3,500-00 (Tiga Ribu Lima Ratus)