Khamis, 30 Disember 2010

Ucapan Takziah

.
Al Fatihah
KRT Taman Intan serta seluruh warga Taman Intan mengucapkan Takziah kepada Cikgu Ahmad Mokhtar keatas pemergian isteri beliau Cikgu Cek Mahani Binti Haji Hashim ke Rahmatullah pada petang Rabu 29 Disember 2010. Allahyarmah dimasukkan ke hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada pagi 29 Disember tersebut.

Cikgu Mahani, 65 tahun, adalah seorang AJK KRT Taman Intan sejak penubuhan sehinggalah beliau mengalami sakit dua tahun yang lepas. Beliau amat aktif menjalankan kerja kerja sosial dan sentiasa memberikan sumbangan berbentuk idea dan kerjasama disepanjang pebabitannya di dalam rukun tetangga taman ini.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA..... ALFATIHAH.
.

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat Hari Natal

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL' dan 'MERRY CHRISTMAS' kepada semua penduduk Taman Intan Sungai Petani yang beragama Christian. Semoga semua bergembira pada musim perayaan ini.

May .....
Your Christmas be merry
Your heart be light
Your New Year happy
Your future be bright

Isnin, 20 Disember 2010

Penangguhan Majlis Makan Malam 2010

.
KRT Taman Intan memaklumkan kepada semua AJK Induk, AJK Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan Jiran Remaja bahawa majlis makan malam yang dirancang pada Selasa 21hb Disember 2010 di Pulau Sayak terpaksa ditangguhkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh baru majlis tersebut akan di beritahu kelak. AJK KRT Taman Intan memohon maaf kepada semua yang terlibat.
.

Jumaat, 10 Disember 2010

Mesyuarat AJK Induk - 6/2010

.
Mesyuarat kali terakhir untuk AJK KRT Taman Intan bagi sessi 2009 ~ 2010 diadakan pada 10 Disember 2010 pada jam 5.30 petang bertempat di Dewan Sri Intan, Taman Intan.  Selepas ini AJK yang baru dilantik untuk sessi 2011 ~ 2012 akan mengambil alih,  walaupun dua pertiga AJK lama masih kekal berkhidmat.

Senarai cadangan AJK baru  untuk sessi 2011 ~ 2012 telah dimajukan ke pejabat JPNIN Kuala Muda pada 21 November yang lalu. Keputusan atau pengesahan akan dikeluarkan oleh Pejabat JPNIN.

Lapuran aktiviti KRT pula akan dimajukan sebelum 05 Januari 2011 untuk mendapatkan geran tahunan.

Mesyuarat bersetuju :

1.    Perlantikan AJK Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Remaja dan Tunas Jiran. Permohonan oleh AJK untuk memberikan elaun kehadiran sebagai insentif menjadi AJK dan menghadiri mesyuarat ditolak kerana melibatkan perbelanjaan yang besar.

2.    Uniform KRT akan ditempah pada bulan Januari 2011 selepas semua senarai AJK Jiran dimajukan kepada AJK Induk.

3.    Semua Jiran juga diminta mengemukakan senarai aktiviti untuk tahun 2011. Aktiviti kesihatan akan dianjurkan pada bulan April atau Mei.

4.    Jamuan makan malam untuk AJK dipersetujui pada 21 Desember 2010 di Pulau Sayak Kuala Muda. Semua AJK dijemput hadir dan mengatur kenderaan sendiri. Kad jemputan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

5.     Permohonan untuk menganjurkan kursus komputer kepada AJK. Semakan akan dibuat dengan Kolej Komuniti Sungai Petani. Sebagai alternatif kursus boleh dibuat di Dewan Sri Intan menggunakan tenaga pelajar dalaman dan jemputan.

.

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432

.
KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimah warga Taman Intan dan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1432 ini akan memberikan dan membawakan iltizam yang lebih baik dari tahun yang baru berlalu. Kepada semua AJK Induk, AJK Jiran Warga Emas, AJK Jiran Wanita, AJK Jiran Remaja teruskan usaha murni menyumbangkan khidmat kepada masyarakat setempat terutama warga Taman Intan,  Taman Sinar Intan dan Taman Pekan Baru secara sukarela tanpa mengharapkan apa apa ganjaran atau balasan. Ibaratkan  khidmat dan kerja sukarela tersebut sebagai ibadat yang akan dibawa ke akhirat nanti.

KRT Taman Intan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih keatas segala usaha, sokongan, kerjasama serta idea untuk aktiviti KRT. Diharapkan ianya berterusan dimasa masa mendatang. Juga diharapkan semua ahli dan AJK akan dapat memberikan sumbangan berbentuk galakan, pandangan, pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan dan menambahbaik aktiviti kemasyaratan KRT Taman Intan.

Ahad, 5 Disember 2010

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

.
Klinik Kesihatan Bakar Arang menganjurkan kursus penyusuan ibu untuk NGO Daerah Kuala Muda pada 05 Disember 2010 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan mulai jam 09.00 pagi hingga 2.00 petang. Peserta kursus adalah kaum ibu/wanita dari beberapa taman perumahan di bawah klinik kesihatan Bakar Arang. Tujuan kursus adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu ibu tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi.

KRT Taman Intan pada mula menghantar senarai peserta seramai 15 orang, tetapi cuma 6 orang yang dapat hadir untuk kursus tersebut. Pelbagai alasan dan masalah yang diberikan. Ini kerana sekarang adalah musim cuti sekolah.

Para peserta berpendapat kursus tersebut sangat berguna dan berharap akan dapat menyebarkan kepada orang lain terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak tentang kebaikkan penyusuan ibu. Juga berharap lebih ramai lagi wanita yang akan menyertai kursus seperti ini dimasa akan datang.

Kesemua ahli KRT Taman Intan yang menghadiri kursus juga mendaftar untuk menjadi ahli NGO Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Kuala Muda, Kedah. KRT Taman Intan akan membantu membiayai yuran masuk dan yuran tahunan ahli kumpulan tersebut. 

    Yuran masuk ahli        : RM 5.00
    Yuran tahunan             : RM 5.00
    Yuran seumur hidup   : RM 50.00

Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan.

Kepada ahli wanita KRT Taman Intan yang berminat untuk menjadi ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu ini diminta menghubungi AJK Jiran Wanita. Difahamkan sebagai ahli kumpulan, ahli akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan diperingkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.


.

Sabtu, 4 Disember 2010

Gotong Royong - Masjid Taman Intan

.
Ahli KRT Taman Intan yang beragama Islam menyertai gotong royong membersihkan masjid taman Intan yang diadakan pada 04 Disember 2010 mulai jam 8.30 pagi. Gotong royong ini adalah usaha berterusan AJK Masjid dan KRT Taman Intan memberikan sokongan dan kerjasama.Gotong royong diadakan setiap bulan.

Masjid Taman Intan yang siap dibina pada April 2010

Gotong royong kali ini membersihkan bahagian dalaman masjid kerana sambutan tahun baru  Hijrah  1432  pada 07 Disember 2010.
.