Lapuran aktiviti KRT pula akan dimajukan sebelum 05 Januari 2011 untuk mendapatkan geran tahunan.
Mesyuarat bersetuju :
1. Perlantikan AJK Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Remaja dan Tunas Jiran. Permohonan oleh AJK untuk memberikan elaun kehadiran sebagai insentif menjadi AJK dan menghadiri mesyuarat ditolak kerana melibatkan perbelanjaan yang besar.
2. Uniform KRT akan ditempah pada bulan Januari 2011 selepas semua senarai AJK Jiran dimajukan kepada AJK Induk.
3. Semua Jiran juga diminta mengemukakan senarai aktiviti untuk tahun 2011. Aktiviti kesihatan akan dianjurkan pada bulan April atau Mei.
4. Jamuan makan malam untuk AJK dipersetujui pada 21 Desember 2010 di Pulau Sayak Kuala Muda. Semua AJK dijemput hadir dan mengatur kenderaan sendiri. Kad jemputan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
5. Permohonan untuk menganjurkan kursus komputer kepada AJK. Semakan akan dibuat dengan Kolej Komuniti Sungai Petani. Sebagai alternatif kursus boleh dibuat di Dewan Sri Intan menggunakan tenaga pelajar dalaman dan jemputan.
.