Sabtu, 31 Mac 2012
Mesyuarat AJK
Sebagai persediaan 'Kem Pemeriksaan Kesihatan' yang akan diadakan pada 14 April 2012, semua AJK Induk, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Jiran Remaja mengadakan mesyuarat untuk membincangkan secara terperinci program tersebut.
Mesyuarat diadakan mulai jam 5.30 petang pada Sabtu 31 Mac 2012, di Dewan Orang Ramai Seri Intan.
Mesyuarat mempericikan kos untuk program tersebut dan diluluskan oleh mesyuarat. Tugas tugas diagihkan kepada AJK yang hadir
Persiapan :
1. Surat kepada Klinik Kesihatan
2. Flyer atau pemberitahuan kepada penduduk
3. Banner
4. Persediaan tempat
5. Jamuan ringan
6. Cenderahati kepada kakitangan klinik
7. Edaran pemberitahuan
8. Persediaan tempat
Selain itu penyampian hadiah kepada pemenang untuk 'Laman Cantik' anjuran Jiran Usia Emas yang diadakan baru baru akan disampai pada program tersebut.
Satu aktiviti untuk kanak kanak kecil yang datang menemani ibu bapa untuk membuat pemeriksaan dirancang. Aktiviti tersebut melibat sukan kanak kanak yang mudah sambil mereka menunggu ibu bapa.
Rabu, 14 Mac 2012
Lawatan Jiran Muda - Taiping
Jiran Muda KRT Taman Intan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping Perak pada Rabu 14 Mac 2012. Lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti tahunan anjuran Jiran Remaja bertujuan untuk memberikan pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada remaja di taman ini.
Seramai 34 orang remaja menyertai lawatan ini, terdiri dari 3 remaja Cina, 6 remaja India dan 25 remaja Melayu. Kebanyakkan remaja berusia 12 tahun kebawah dan ada juga yang berusia lebih tiga belas tahun kerana menggantikan remaja yang telah mendaftar tetapi tidak dapat ikut serta atas alasan dan sebab tertentu.
Sabtu, 10 Mac 2012
Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada Sabtu 10 Mac 2012 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Intan untuk membincangkan tentang lawatan kanak ke Taiping pada Rabu 14 Mac 2012. Lawatan anjuran Jiran Remaja KRT Taman Intan.
Mesyuarat meluluskan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00 untuk sewa bas dan makanan dan minuman untuk peserta rombongan.
Lawatan ini adalah salah satu aktiviti tahunan untuk Jiran Muda (remaja) yang dianjurkan KRT Taman Intan. Lawatan bertujuan memupuk keharmonian diantara pelajar dan remaja Taman Intan. Disamping memberikan ilmu pengetahuan, pendedahan dan pengalaman.
Semua peserta akan berkumpul di hadapan masjid Taman Intan pada jam 8.00 pagi. Bertolak sebaik sahaja semua peserta hadir dan dikira. Dijangka akan sampai semula pada jam 9.00 malam.
Syarat dan peraturan :
1. Terbuka kepada kanak kanak lelaki dan perempuan yang bermestautin di bawah KRT Taman Intan. Berusia tidak lebih 12 tahun. Pelajar sekolah rendah. Setiap peserta mesti mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
2. Tambang bas ditanggung oleh KRT Taman Intan. Air mineral dan makanan ringan pagi akan disediakan. Peserta perlu membawa wang secukupnya perbelanjaan makan dan minum tengah hari, petang dan malam, serta wang tiket melawat Zoo Taiping.
3. Peserta mesti berpakaian kemas dan memakai kasut. Digalakkan membawa pakaian tambahan.
4. Tempat adalah terhad. Setiap peserta perlu mengisi borang yang disediakan. Borang hendaklah dikembalikan kepada AJK atau pengerusi sebelum atau pada hari Jumaat 09 Mac 2012.
5. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan ikut serta.
6. Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan AJK KRT Taman Intan atau pengerusi pada talian o124256295.
Langgan:
Catatan (Atom)