Sabtu, 10 Mac 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada Sabtu 10 Mac 2012 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Intan untuk membincangkan tentang lawatan kanak ke Taiping pada Rabu 14 Mac 2012. Lawatan anjuran Jiran Remaja KRT Taman Intan.

Mesyuarat meluluskan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00 untuk sewa bas dan makanan dan minuman untuk peserta rombongan.

Lawatan ini adalah salah satu aktiviti tahunan untuk Jiran Muda (remaja)  yang dianjurkan KRT Taman Intan. Lawatan bertujuan memupuk keharmonian diantara pelajar dan remaja  Taman Intan. Disamping memberikan ilmu pengetahuan, pendedahan dan pengalaman.

Semua peserta akan berkumpul di hadapan masjid Taman Intan pada jam 8.00 pagi. Bertolak sebaik sahaja semua peserta hadir dan dikira. Dijangka akan sampai semula pada jam 9.00 malam.


Syarat dan peraturan :

1.  Terbuka kepada kanak kanak lelaki dan perempuan yang bermestautin di bawah KRT Taman Intan. Berusia tidak lebih 12 tahun. Pelajar sekolah rendah. Setiap peserta mesti mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2.  Tambang bas ditanggung oleh KRT Taman Intan. Air mineral dan makanan ringan pagi akan disediakan. Peserta perlu membawa wang secukupnya perbelanjaan makan dan minum tengah hari, petang dan malam, serta wang tiket melawat Zoo Taiping.

3.  Peserta mesti berpakaian kemas dan memakai kasut. Digalakkan membawa pakaian tambahan.

4.  Tempat adalah terhad. Setiap peserta perlu mengisi borang yang disediakan. Borang hendaklah dikembalikan kepada AJK atau pengerusi sebelum atau pada hari Jumaat 09 Mac 2012.

5.  Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan ikut serta.

6.  Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan AJK KRT Taman Intan atau pengerusi pada talian o124256295.