Khamis, 23 Mei 2013

Ceramah Cegah NCD Melalui Pemakanan Sihat

KRT Taman Intan mengadakan program ceramah kesihatan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakar Arang. Program diadakan di Dewan Seri Intan Taman Intan pada 

Tarikh :  Khamis 23 Mei 2013
Masa   :  08.30 pagi

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Sain Pemakanan dari Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Seramai hampir 30 orang warga Taman Intan hadir mendengar ceramah tersebut terdiri dari lelaki dan perempuan. Beberapa orang yang hadir adalah ahli kumpulan Wai Tan Kung yang baru sahaja menamatkan senaman di kawasam bersebelahan dewan.

Antara kandungan ceramah yang diberikan adalah
  • Kandungan lemak dan kolesterol dalam makanan
  • kandungan Gula
  • Kandungan Garam (natrium)

Response dan soalan yang di ajukan oleh peserta amatlah menggalakkan dan program ini berjaya memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada warga taman ini.








KRT Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan klinik kesihatan Bakar Arang terutama kepada Dr Shahid Pervez Ahmad yang merancang dan mengatur program ini, kepada MA Jong Jut yang menyediakan peralatan ceramah dan Pegawai Sain Pemakanan yang memberikan ceramah yang amat berguna kepada warga Taman Intan

Isnin, 20 Mei 2013

Selasa, 14 Mei 2013

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK telah diadakan pada Selasa 14 Mei 2013 di Dewan Seri Intan. Mesyuarat dimulakan pada jam 5.30 petang.

Agenda utama mesyuarat adalah untuk membincangkan tentang anjuran program Komuniti Sihat bersama  klinik kesihatan Bakar Arang Sungai Petani. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut dan menetapkan tarikh pada Khamis 23 Mei 2013. Tarikh yang dicadangkan tertakluk kepada persetujuan pihak klinik.

Program tersebut akan memberikan ceramah berkaitan dengan pemakanan untuk kesihatan.

Mesyuarat juga mengenalpasti golongan sasaran yang akan dijemput hadir untuk program tersebut. Sasaran utama adalah golongan warga emas dan kaum wanita. Juga dijemput ahli kumpulan Wai Tan Kung yang mengadakan senaman harian bersebelahan dengan dewan.