Selasa, 14 Mei 2013
Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK telah diadakan pada Selasa 14 Mei 2013 di Dewan Seri Intan. Mesyuarat dimulakan pada jam 5.30 petang.
Agenda utama mesyuarat adalah untuk membincangkan tentang anjuran program Komuniti Sihat bersama klinik kesihatan Bakar Arang Sungai Petani. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengadakan majlis tersebut dan menetapkan tarikh pada Khamis 23 Mei 2013. Tarikh yang dicadangkan tertakluk kepada persetujuan pihak klinik.
Program tersebut akan memberikan ceramah berkaitan dengan pemakanan untuk kesihatan.
Mesyuarat juga mengenalpasti golongan sasaran yang akan dijemput hadir untuk program tersebut. Sasaran utama adalah golongan warga emas dan kaum wanita. Juga dijemput ahli kumpulan Wai Tan Kung yang mengadakan senaman harian bersebelahan dengan dewan.