Jumaat, 15 November 2013

Mesyuarat AJK Induk

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada hari Jumaat 15 November 2013 mulai jam 5.00 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan Taman Intan. Seramai 16 orang AJK menghadiri mesyuarat ini,

Pengerusi menerangkan bahawa bilangan mesyuarat serta aktiviti sepanjang tahun 2013 berkurangan kerana dewan orang ramai digunakan untuk persedaaan pilihan raya umum PRU 13 yang diadakan pada pertengahan tahun ini. 


Perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini termasuk:

1.   Penghargaan Kepada Murid Cemerlang UPSR

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar tahun enam yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR 2013. Senarai pelajar yang mendapat 5A akan didapati dari sekolah sekolah dan akan menghebahkan kepada penduduk Taman Intan. Jika ada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, satu majlis penyerahan hadiah berupa wang tunai akan diadakan.

Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50.00 akan diberikan kepada pelajar.


2.  Cadangan Gotong Royong Membersihkan Padang

Ahli mencadangkan untuk membuat gotong royong membersihkan padang Taman Intan Fasa A & B. Padang ini dipenuhi dengan batu dan ini membahayakan kanak kanak yang bermain di padang tersebut. Juga dicadangkan untuk mengutus surat memohon bantuan dari MPSP dan E-Idaman pada gotong royong tersebut.


3.   Lawatan Sambil Belajar

AJK memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tarikh serta kos masih belum ditetapkan dan akan diberitahu jika mendapat sambutan.


4.  Lawatan Untuk Pelajar

Lawatan untuk pelajar sekolah berumur bawah 15 tahun akan dirancang untuk tahun ini. Lawatan kali ini ialah ke Pulau Pinang pada bulan Disember atau bulan Januari tahun 2014.


5.  Jamuan Akhir Tahun

Seperti yang biasa dilakukan AJK mencadangkan untuk mengadakan jamuan akhir tahun sebagai penghargaan kepada AJK yang memberikan sumbangan serta perkhidmatan kepada KRT Taman Intan. Tarikh dan tempat akan ditetapkan pada mesyuarat akan datang.


6.   Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan mesyuarat akan datang akan diadakan paa bulan Disember 2013.