Ahad, 29 Disember 2013

Ziarah

AJK Jiran Wanita KRT Taman Intan mengadakan ziarah orang sakit di Taman Intan. Lawatan ini bertujuan memberikan semangat, mengeratkan sirautlrahim serta menunjukkan ke prihatinan kepada warga taman intan yang mengidap sakit.

Lawatan ini bermula pada jam 0900 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Seramai lima rumah pesakit dilawati. Semua pesakit yang dikunjungi amat terharu dengan usaha dan khidmat yang dilakukan oleh Jiran Wanita KRT Taman Intan.

Setiap rumah yang di kunjungi disertai dengan sumbangan barang makanan bernilai RM20.00 setiap satu.

Senarai pesakit yang dikunjungi :-

1. Nama : Puan Zawiyah Binti Abu Bakar
Alamat : D15, Lorong 4/1 Taman Mewah
08000 Sungai Petani
Umur : 60 Tahun
: Sakit sejak 2011
: Bekas AJK KRT Taman Intan
2. Nama : Puan Salmah Binti Jaafar
Alamat : 482, Lorong A/6, Taman Intan
08000 Sungai Petani
Umur : 85 Tahun
: Sakit sejak 2010
3. Nama : Puan Siti Fatimah Binti Lahaman
Alamat : 467, Lorong A/5 Taman Intan
08000 Sungai Petani
Umur : 100 Tahun
: Sakit tua
4. Nama : Puan Doyah Binti Abdul Halim
Alamat : 211 Lorong C/3, Taman Intan
08000 Sungai Petani
Umur : 66 Tahun
: Lumpuh sejak 6 tahun lalu
5. Nama : Mad Saman Bin Mad Salleh
Alamat : 156 Lorong B/3, Taman Intan
08000 Sungai Petani
Umur : 77 Tahun
: Sakit Tulang Belakang












Selasa, 24 Disember 2013

Jamuan Akhir Tahun

KRT Taman Intan mengadakan 'JAMUAN AKHIR TAHUN 2013' untuk Ahli Jawatan Kuasa sessi tahun ini. Jamuan diadakan pada hari Selasa 24 Disember 2013 bermula pada jam 8.00 malam.

Seramai 20 orang AJK Induk, AJK Jiran Wanita dan Jiran Warga Emas hadir pada majlis makan malam ini. Jamuan diadakan di Restoren Berangan Padang Temusu Sungai Petani.

Majlis diadakan bertujuan untuk mengikhtiraf sumbangan serta usaha yang diberikan secara sukarela kepada KRT Taman Intan. Juga sebagai penghargaan dan terima kasih keatas khidmat yang diberikan terhadap aktiviti yang diadakan dan menghadiri setiap mesyuarat yang diadakan.

Semoga dengan majlis ini mereka akan terus memberikan sumbangan dan kerjasama di tahun tahun akan datang.








          

Ahad, 15 Disember 2013

Futsal Remaja 2013

KRT Taman Intan mengadakan 'Pertandingan Futsal Remaja di bawah 18 tahun' pada Ahad 15 Disember 2013. Perlawanan diadakan di padang Dewan Seri Intan Taman Intan bermula pada jam 8.30 pagi.

Pertandingan futsal ini berupa acara tahunan yang dianjurkan oleh KRT Taman Intan sempena dengan cuti persekolahan setiap penghujung tahun. Ia dianjurkan oleh Jiran Muda KRT Taman Intan.

Selain pasukan dari Taman Intan, pasukan remaja dari beberapa taman berhampiran turut dijemput menyertai pertandingan ini untuk memeriahkan dan mengeratkan perpaduan diantara taman di kawasan ini. Pasukan terdiri dari pelbagai kaum sebagai tanda perpaduan remaja dikawasan ini.

Sebanyak lapan pasukan yang terdiri dari tujuh pemain menyertai pertandingan futsal ini. Pasukan yang mengambil bahagian terdiri dari:

1     Taman Intan - 5 pasukan
2     Taman Sinar Intan - 1 pasukan
3     Taman Pekan Baru - 1 pasukan
4      Taman Delima - 1 pasukan

KRT menyediakan tempat dan peralatan pertandingan, sarapan serta minuman.

Hadiah disediakan untuk :

Tempat Pertama : Hamper dan sebiji bola  Futsal       
Tempat Kedua : Hamper
Tempat Ketiga : Hamper
Peserta : Sijil Penyertaan

Pertandingan ini amat berjaya dan dapat mencapai matlamat dan tujuan KRT untuk mengeratkan perpaduan dikalangan penduduk amnya dan remaja khasnya. Semua remaja memberikan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat bekerjasama dalam berpasukan.

Remaja mengharapkan pertandingan ini dapat dianjurkan setiap tahun sempena dengan musim cuti sekolah dan selain itu dapat mengadakan pertandingan sukan lain seperti takraw, kayuhan berbasikal dan bowling.

Juga diharapkan agar padang permainan bersimen dapat diperluaskan mengikut saiz padang futsal sebenar dan jaring menghalang bola dari jatuh kelongkang dan jalan raya dapat diadakan dengan sempurna.














Diucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta pertandingan futsal remaja 2013 dan kepada semua AJK KRT Taman Intan yang memberikan kerjasama dan sumbangan kearah kejayaan pertandingan ini.

      

Jumaat, 13 Disember 2013

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK diadakan pada hari Jumaat 13hb Dis 2013 jam 5.20 petang di Dewan Seri Intan Taman Intan. Ini merupakan mesyuarat terakhir untuk tahun 2013. Diharapkan AJK akan dapat bermesyuarat lebih kerap pada tahun akan datang dan mengadakan lebih banyak aktiviti yang memberi manafaat kepada warga taman.

Mesyuarat dihadiri oleh 15 orang ahli jawatankuasa.

Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :

1.   Pertandingan Futsal Remaja 2013

Salah satu aktiviti jiran muda KRT Taman Intan ialah bermain futsal setiap petang dipadang simen bersebelahan Dewan Seri Intan. Setiap penghujung tahun satu program pertandingan futsal diadakan sebagai galakan untuk aktiviti riyadah yang menyihatkan dan berfaedah kepada remaja.

Pertandingan futsal remaja untuk tahun 2013 akan diadakan di padang Dewan Seri Intan pada hari Ahad 15 Disember 2013. Pertandingan akan disertai oleh remaja dibawah 18 tahun dari Taman Intan. Jemputan juga dibuat kepada beberapa taman perumahan disekitar Taman Intan sebagai langkah untuk mengeratkan persahabatan dan persefahaman.

Adalah digalakkan agar lebih banyak pasukan berbangsa cina dan india mengambil bahagian pada pertandingan ini. Ahli AJK serta AJK Jiran Muda akan berusaha kearah ini.

Mesyuarat bersetuju meluluskan peruntukan yang dipohon untuk pertandingan ini serta jumlah yang diperuntukkan untuk persiapan, jamuan serta hadiah.


2.  Menaiktaraf Padang Permainan

Mesyuarat bersetuju bahawa padang sedia ada tidak mengikut saiz sebenar padang futsal. Usaha akan dibuat untuk mendapatkan sumbangan dari penduduk taman untuk meluaskan padang tersebut.

Untuk pengetahuan, padang ini juga digunakan pada setiap pagi dan malam untuk senaman 'Wai Tan Kung', sejenis senaman kesihatan badan yang banyak disertai oleh kaum Cina. Beberapa orang kaum Melayu juga turut serta mengikuti senaman ini.

Keselamatan pemain juga menjadi isu pada mesyuarat ini kerana tiada penahan jaring dan bola sering keluar ke jalan raya. Remaja terdedah kepada kemalangan apabila berlari keluar ke jalan untuk mengambil bola. Setakat ini jaring telah dipasang dan dapat mengurangkan boleh terlepas kearah jalan dan jatuh kedalam longkang.

Jika ada wang lebihan akaun KRT Taman Intan pada akhir tahun, sebahagian akan digunakan untuk membuat pemasangan jaring atau penghadang bola. Anggaran perbelanjaan sekitar RM 400.00 sahaja. Gotong royong pemasangan tiang dan jaring akan diadakan.

Kedudukan jalanraya dan padang futsal

3.  Jamuan Akhir Tahun

Cadangan untuk mengadakan jamuan untuk AJK KRT Taman Intan diterima dan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM20.00 seorang. Jamuan ini adalah sebagai penghargaan, penghormatan dan insentif kepada usaha dan kerja yang dilakukan secara sukarela oleh ahli jawatankuasa pada disepanjang tahun.

Jamuan dicadangkan pada hari Selasa 24 Disember 2013 dan dicadangkan diadakan di Restoren Berangan Padang Temusu Sungai Petani. AJK yang berminat menyertai jamuan ini dikehendaki pergi sendiri (lebihkurang 5 km dari Taman Intan).


4.  Lawatan Sambil Belajar

Permintaan oleh ahli untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Walaubagaimana pun ini tertakluk kepada bilangan ahli yang berminat. Kos akan ditanggung oleh ahli dan subsidi makanan akan dikeluarkan oleh KRT.

Tarikh dan masa akan ditetapkan jika mendapatr sambutan dari penduduk Taman Intan.


5.  Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.

         

Ahad, 8 Disember 2013

Mesyuarat AJK Jiran Remaja

Mesyuarat dengan AJK Jiran Remaja untuk membincangkan pertandingan bolasepak remaja diadakan pada Ahad 08 Disember 2013 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan Taman Intan.


Pada mesyuarat ini KRT taman Intan telah menyerahkan bola futsal No.4, jaring sepanjang 30 meter untuk menghalang bola keluar ke jalan dan menganggu lalulintas, cat serta berus untuk membuat garisan pada padang bola.

Mesyuarat juga membincangkan :-
  1. persiapan padang
  2. pembelian bola 
  3. aturcara perlawanan 
  4. jenis pertandingan - kalah mati
  5. bilangan pasukan 
  6. pengadil
  7. makanan
  8. minuman
  9. hadiah
  10. sijil penghargaan
  11. keselamatan

Semua pasukan diminta berada dipadang sebelum jam 8.00 pagi.