Mesyuarat dihadiri oleh 15 orang ahli jawatankuasa.
Mesyuarat membincangkan dan meluluskan perkara berikut :
1. Pertandingan Futsal Remaja 2013
Salah satu aktiviti jiran muda KRT Taman Intan ialah bermain futsal setiap petang dipadang simen bersebelahan Dewan Seri Intan. Setiap penghujung tahun satu program pertandingan futsal diadakan sebagai galakan untuk aktiviti riyadah yang menyihatkan dan berfaedah kepada remaja.
Pertandingan futsal remaja untuk tahun 2013 akan diadakan di padang Dewan Seri Intan pada hari Ahad 15 Disember 2013. Pertandingan akan disertai oleh remaja dibawah 18 tahun dari Taman Intan. Jemputan juga dibuat kepada beberapa taman perumahan disekitar Taman Intan sebagai langkah untuk mengeratkan persahabatan dan persefahaman.
Adalah digalakkan agar lebih banyak pasukan berbangsa cina dan india mengambil bahagian pada pertandingan ini. Ahli AJK serta AJK Jiran Muda akan berusaha kearah ini.
Mesyuarat bersetuju meluluskan peruntukan yang dipohon untuk pertandingan ini serta jumlah yang diperuntukkan untuk persiapan, jamuan serta hadiah.
2. Menaiktaraf Padang Permainan
Mesyuarat bersetuju bahawa padang sedia ada tidak mengikut saiz sebenar padang futsal. Usaha akan dibuat untuk mendapatkan sumbangan dari penduduk taman untuk meluaskan padang tersebut.
Untuk pengetahuan, padang ini juga digunakan pada setiap pagi dan malam untuk senaman 'Wai Tan Kung', sejenis senaman kesihatan badan yang banyak disertai oleh kaum Cina. Beberapa orang kaum Melayu juga turut serta mengikuti senaman ini.
Keselamatan pemain juga menjadi isu pada mesyuarat ini kerana tiada penahan jaring dan bola sering keluar ke jalan raya. Remaja terdedah kepada kemalangan apabila berlari keluar ke jalan untuk mengambil bola. Setakat ini jaring telah dipasang dan dapat mengurangkan boleh terlepas kearah jalan dan jatuh kedalam longkang.
Jika ada wang lebihan akaun KRT Taman Intan pada akhir tahun, sebahagian akan digunakan untuk membuat pemasangan jaring atau penghadang bola. Anggaran perbelanjaan sekitar RM 400.00 sahaja. Gotong royong pemasangan tiang dan jaring akan diadakan.
Kedudukan jalanraya dan padang futsal |
3. Jamuan Akhir Tahun
Cadangan untuk mengadakan jamuan untuk AJK KRT Taman Intan diterima dan diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM20.00 seorang. Jamuan ini adalah sebagai penghargaan, penghormatan dan insentif kepada usaha dan kerja yang dilakukan secara sukarela oleh ahli jawatankuasa pada disepanjang tahun.
Jamuan dicadangkan pada hari Selasa 24 Disember 2013 dan dicadangkan diadakan di Restoren Berangan Padang Temusu Sungai Petani. AJK yang berminat menyertai jamuan ini dikehendaki pergi sendiri (lebihkurang 5 km dari Taman Intan).
4. Lawatan Sambil Belajar
Permintaan oleh ahli untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Walaubagaimana pun ini tertakluk kepada bilangan ahli yang berminat. Kos akan ditanggung oleh ahli dan subsidi makanan akan dikeluarkan oleh KRT.
Tarikh dan masa akan ditetapkan jika mendapatr sambutan dari penduduk Taman Intan.
5. Penangguhan Mesyuarat
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.