Selasa, 1 Disember 2009

Berbasikal di Kawasan Taman

Petang tadi cuaca agak mendong, macam hujan lebat nak turun je.. jadi terpaksa batalkan aktiviti petang yang biasa dilakukan iaitu kayuhan basikal dengan rakan rakan di taman ini. Biasanya kalau cuaca baik, kayuhan petang boleh mencapai jarak lebih kurang 30 km dan mengambil masa lebih dari satu jam.

Jadi ambil kesempatan petang ini untuk meninjau kawasan taman dengan basikal. Kalau hujan turun, boleh pecut balik kerumah.


Mulai kayuhan dari lorong ke lorong. Di taman ini terdapat lebih dari dua puloh lorong perumahan. Semua lorong yang di lalui kelihatan begitu aman dan damai, tiada bunyi bising enjin kereta atau motorsikal. Kebanyakkan penghuni tidak keluar rumah disebabkan cuaca mendong. Sukar nak percaya suasana begini mungkin akan berubah selepas tengah malam apabila individu tertentu mungkin mengambil kesempatan melakukan kerja yang jenayah.

Di suatu lorong sebuah lori surat kabar lama bergerak perlahan lahan dengan suara rakaman yang mendayu dayu memanggil warga taman untuk menjual surat kabar lama.

Dilorong lain terdapat seorang nyonya tua sedang mengumpulkan daun kering yang jatuh dari pokok mangga dihadapan rumahnya. Daun dilonggokkan dan kemudian dibakar. Rasanya asap dari pembakaran tersebut tidaklah menyebabkan pencemaran udara kerana lunggukkan daun tersebut hanya sedikit. Macam satu nostalgia pulak bila melihat kepulan asap naik dari pembakaran sebegini di kampung kampung masa lampau.

Terdapat tiga padang permainan utama ditaman ini. Ketiga tiga taman ini di penuhi oleh remaja yang bermain bolasepak. Agak seronok juga padang ini dimanfaatkan oleh anak warga taman ini. Dua dari padang inni tidak dilengkapi tiang gol yang sempurna. Diharapkan pihak KRT akan dapat memasang tiang gol pada tahun 2010. Yang dikesalkan kumpulan remaja bermain bersama ethnik masing masing. Masih agak sukar untuk menyatukan mereka kecuali bila ada pertandingan.

Lagi satu perkara yang agak menyedihkan apabila melihat kebanyakkan tong pengumpulan sampah telah penuh sehingga sampah dilonggokkan diluar tong dan di atas jalan. Agaknya pihak berkuasa tempatan tidak sempat mengambil sampah sampah tersebut kerana jumlah yang terlalu banyak. Diperhatikan apabila kutipan dibuat disebelah pagi, tong akan penuh menjelang malam. Diharapkan pihak berkuasa menyediakan lebih banyak tong sampah untuk menampung jumlah sampah yang banyak.

Keseluruhannya Taman Intan masih lagi salah satu taman yang selamat di daerah Kuala Muda. Semoga ianya berterusan begini.

bahgian kedua .... menyusul
.