Penduduk kedua dua taman ini amat akrab, mesra, mengenali antara satu sama yang lain dan saling berkerjasama. Apa aktiviti kemasyarakatan dilakukan bersama terutama semasa mengadakan kenduri, aktiviti agama dan lain-lain. Pergaulan masyarakat kedua dua taman amatlah baik seolah olah hanya dipisahkan oleh nama taman.
Kedua dua taman mempunyai sekolah rendah dan menengah yang sama, berbelanja di pasar pagi dan pasar minggu yang sama dan membeli di kedai-kedai yang sama. Lebih penting kedua dua taman adalah dalam qariah masjid yang sama. Warga kedua dua taman yang beragama Islam bersama-sama menunggu masjid baru yang akan siap pada penghujung tahun ini.
Semasa penubuhan KRT Taman Intan pada 2003 adalah dicadangkan supaya penduduk Taman Emas Suria juga menubuhkan KRT. Ini akan dapat memaksimakan segala sumber dan tenaga untuk menjalankan apa apa aktiviti yang akan memberi manafaat kepada semua penduduk dikawasan ini. Amatlah diharapkan kerjasama ini akan menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat ini.
Kepada ahli KRT Taman Emas yang sebelum ini bersama dengan KRT Taman Intan, diucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan samada dari tenaga, pandangan, idea dan kerjasama yang telah diberikan.
Adalah difahamkan dari pihak JPN bahawa apabila sesabuah taman mempunyai KRT sendiri, secara atomatik ahlinya tidak lagi boleh bergiat atau memjgang apa apa jawatan dalam KRT lain.
.