Khamis, 30 Disember 2010

Ucapan Takziah

.
Al Fatihah
KRT Taman Intan serta seluruh warga Taman Intan mengucapkan Takziah kepada Cikgu Ahmad Mokhtar keatas pemergian isteri beliau Cikgu Cek Mahani Binti Haji Hashim ke Rahmatullah pada petang Rabu 29 Disember 2010. Allahyarmah dimasukkan ke hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada pagi 29 Disember tersebut.

Cikgu Mahani, 65 tahun, adalah seorang AJK KRT Taman Intan sejak penubuhan sehinggalah beliau mengalami sakit dua tahun yang lepas. Beliau amat aktif menjalankan kerja kerja sosial dan sentiasa memberikan sumbangan berbentuk idea dan kerjasama disepanjang pebabitannya di dalam rukun tetangga taman ini.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA..... ALFATIHAH.
.

Jumaat, 24 Disember 2010

Selamat Hari Natal

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL' dan 'MERRY CHRISTMAS' kepada semua penduduk Taman Intan Sungai Petani yang beragama Christian. Semoga semua bergembira pada musim perayaan ini.

May .....
Your Christmas be merry
Your heart be light
Your New Year happy
Your future be bright

Isnin, 20 Disember 2010

Penangguhan Majlis Makan Malam 2010

.
KRT Taman Intan memaklumkan kepada semua AJK Induk, AJK Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan Jiran Remaja bahawa majlis makan malam yang dirancang pada Selasa 21hb Disember 2010 di Pulau Sayak terpaksa ditangguhkan atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh baru majlis tersebut akan di beritahu kelak. AJK KRT Taman Intan memohon maaf kepada semua yang terlibat.
.

Jumaat, 10 Disember 2010

Mesyuarat AJK Induk - 6/2010

.
Mesyuarat kali terakhir untuk AJK KRT Taman Intan bagi sessi 2009 ~ 2010 diadakan pada 10 Disember 2010 pada jam 5.30 petang bertempat di Dewan Sri Intan, Taman Intan.  Selepas ini AJK yang baru dilantik untuk sessi 2011 ~ 2012 akan mengambil alih,  walaupun dua pertiga AJK lama masih kekal berkhidmat.

Senarai cadangan AJK baru  untuk sessi 2011 ~ 2012 telah dimajukan ke pejabat JPNIN Kuala Muda pada 21 November yang lalu. Keputusan atau pengesahan akan dikeluarkan oleh Pejabat JPNIN.

Lapuran aktiviti KRT pula akan dimajukan sebelum 05 Januari 2011 untuk mendapatkan geran tahunan.

Mesyuarat bersetuju :

1.    Perlantikan AJK Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Remaja dan Tunas Jiran. Permohonan oleh AJK untuk memberikan elaun kehadiran sebagai insentif menjadi AJK dan menghadiri mesyuarat ditolak kerana melibatkan perbelanjaan yang besar.

2.    Uniform KRT akan ditempah pada bulan Januari 2011 selepas semua senarai AJK Jiran dimajukan kepada AJK Induk.

3.    Semua Jiran juga diminta mengemukakan senarai aktiviti untuk tahun 2011. Aktiviti kesihatan akan dianjurkan pada bulan April atau Mei.

4.    Jamuan makan malam untuk AJK dipersetujui pada 21 Desember 2010 di Pulau Sayak Kuala Muda. Semua AJK dijemput hadir dan mengatur kenderaan sendiri. Kad jemputan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

5.     Permohonan untuk menganjurkan kursus komputer kepada AJK. Semakan akan dibuat dengan Kolej Komuniti Sungai Petani. Sebagai alternatif kursus boleh dibuat di Dewan Sri Intan menggunakan tenaga pelajar dalaman dan jemputan.

.

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah 1432

.
KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimah warga Taman Intan dan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah 1432 ini akan memberikan dan membawakan iltizam yang lebih baik dari tahun yang baru berlalu. Kepada semua AJK Induk, AJK Jiran Warga Emas, AJK Jiran Wanita, AJK Jiran Remaja teruskan usaha murni menyumbangkan khidmat kepada masyarakat setempat terutama warga Taman Intan,  Taman Sinar Intan dan Taman Pekan Baru secara sukarela tanpa mengharapkan apa apa ganjaran atau balasan. Ibaratkan  khidmat dan kerja sukarela tersebut sebagai ibadat yang akan dibawa ke akhirat nanti.

KRT Taman Intan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih keatas segala usaha, sokongan, kerjasama serta idea untuk aktiviti KRT. Diharapkan ianya berterusan dimasa masa mendatang. Juga diharapkan semua ahli dan AJK akan dapat memberikan sumbangan berbentuk galakan, pandangan, pendapat dan cadangan bernas untuk memajukan dan menambahbaik aktiviti kemasyaratan KRT Taman Intan.

Ahad, 5 Disember 2010

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

.
Klinik Kesihatan Bakar Arang menganjurkan kursus penyusuan ibu untuk NGO Daerah Kuala Muda pada 05 Disember 2010 bertempat di bilik mesyuarat Klinik Kesihatan mulai jam 09.00 pagi hingga 2.00 petang. Peserta kursus adalah kaum ibu/wanita dari beberapa taman perumahan di bawah klinik kesihatan Bakar Arang. Tujuan kursus adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu ibu tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi.

KRT Taman Intan pada mula menghantar senarai peserta seramai 15 orang, tetapi cuma 6 orang yang dapat hadir untuk kursus tersebut. Pelbagai alasan dan masalah yang diberikan. Ini kerana sekarang adalah musim cuti sekolah.

Para peserta berpendapat kursus tersebut sangat berguna dan berharap akan dapat menyebarkan kepada orang lain terutama kepada ibu yang baru melahirkan anak tentang kebaikkan penyusuan ibu. Juga berharap lebih ramai lagi wanita yang akan menyertai kursus seperti ini dimasa akan datang.

Kesemua ahli KRT Taman Intan yang menghadiri kursus juga mendaftar untuk menjadi ahli NGO Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Kuala Muda, Kedah. KRT Taman Intan akan membantu membiayai yuran masuk dan yuran tahunan ahli kumpulan tersebut. 

    Yuran masuk ahli        : RM 5.00
    Yuran tahunan             : RM 5.00
    Yuran seumur hidup   : RM 50.00

Peserta akan diberikan Sijil Penyertaan.

Kepada ahli wanita KRT Taman Intan yang berminat untuk menjadi ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu ini diminta menghubungi AJK Jiran Wanita. Difahamkan sebagai ahli kumpulan, ahli akan dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan diperingkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.


.

Sabtu, 4 Disember 2010

Gotong Royong - Masjid Taman Intan

.
Ahli KRT Taman Intan yang beragama Islam menyertai gotong royong membersihkan masjid taman Intan yang diadakan pada 04 Disember 2010 mulai jam 8.30 pagi. Gotong royong ini adalah usaha berterusan AJK Masjid dan KRT Taman Intan memberikan sokongan dan kerjasama.Gotong royong diadakan setiap bulan.

Masjid Taman Intan yang siap dibina pada April 2010

Gotong royong kali ini membersihkan bahagian dalaman masjid kerana sambutan tahun baru  Hijrah  1432  pada 07 Disember 2010.
.

Sabtu, 27 November 2010

Kursus Pengurusan Jenazah

.
Jiran Wanita KRT Taman Intan menganjurkan 'Kursus Pengurusan Jenazah Wanita' yang diadakan pada Sabtu 27 November 2010 mulai jam 8.30 pagi di Masjid Taman Intan. Sambutan dari ahli sangatlah menggalakkan. Seramai 34 orang muslimath Taman Intan, Taman Sinar Intan dan Taman Pekan Baru menghadiri kursus tersebut yang disampaikan oleh Uztazah Jamaliah.

Kursus setengah hari bertujuan memberikan pendedahan, pelajaran dan tunjuk ajar  kepada peserta cara cara mengendalikan jenazah wanita termasuk :
  1. Adab dan peraturan semasa menziarah
  2. Adab semasa meniarah orang sakit
  3. Adab semasa menziarah mayat
  4. Kelengkapan diperlukan untuk menguruskan jenazah
  5. Penyediaan mandian dan menyediakan kain kapan
  6. Memandikan mayat
  7. Mengenakan kain kapan
Kursus tamat pada jam 12.00 tengahari. Makanan disediakan untuk peserta. Nota tambahan juga disediakan kepada peserta dengan sedikit bayaran.

Kursus akan dianjurkan secara berterusan untuk memberi peluang kepada orang lain yang tidak berkesempatan untuk menghadiri kursus kali ini.


Memandikan mayat.                                                                  Mengenakan kain kafan

 .

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha' kepada semua muslimin dan muslimat warga Taman Intan dan seluruh rakyat Malaysia.

Untuk maklumat, Masjid Taman Intan akan mengadakan ibadah korban pada pagi hari raya kedua iaitu  Khamis 18 November 2010. Mengikut perancangan sebanyak enam ekor lembu akan disembelih. Hanya setengah ekor akan dimasak untuk jamuan makan tengahari, manakala yang lain akan diagihkan kepada orang orang yang memerlukan.

Semua anak qariah dijemput datang ke masjid Taman Intan untuk bersama melaksanakan ibadah qorban.

Tempat menyembelih yang bersih dan lengkap
Melapah kulit lembu. Sebanyak tujuh ekor lembu yang disembelih tahun ini.
Daging dipotong, di timbang dan dibungkus untuk diagih sebagai sedekah dan hadiah
Memotong tulang dan kepala lembu

Sabtu, 13 November 2010

Program Mesra Indah Water Bersama Pelanggan

.

Program bermula pada jam 0700 dengan senamrobik untuk penduduk Taman Nilam.


Senamrobik mendapat sambutan hangat dari penduduk
Lagi gambar senamrobik di sertai oleh gulongan muda dan tua
Sebahagian hadiah untuk pertandingan sukan dan cabutan bertuah
Persediaan sarapan dan minuman pagi untuk peserta
Sebahagian AJK KRT Taman Intan
Pendaftaran untuk penyertaan sukan serta untuk cabutan bertuah
Demostrasi Silat Gayong dari kumpulan silat gayong Taman Nilam
Pertunjukkan senamam 'Tai Chi' dari KRT Taman Intan
Pertandingan Ping Pong
Pemeriksaan Kesihatan untuk pengunjung oleh Klinik Kesihatan Bakar Arang
Pegawai dari Indah Water Konsortium mengadakan cabutan bertuah
DJ memainkan peranan penting untuk perjalanan program
Pertandingan Tarik Tali wanita
Larian dalam guni
Sukan membawa bola ping pong dalam sudu

Khamis, 11 November 2010

Mesyuarat IWK/4 - Program Mesra IWK

Mesyuarat kali terakhir untuk program 'Mesra Bersama Pelanggan' anjuran Indah Water Konsortium sebelum tarikh program pada Sabtu 13 November 2010. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 malam dan diadakan di Dewan Taman Nilam. Selain dari AJK Taman Nilam, wakil dari KRT Taman Intan, Taman Emas Suria dan Taman Delima, pihak Indah Water Konsortium menghantar empat orang wakil.

Mesyuarat ini menyemakkan semua persiapan secara terperinci supaya semua yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang.
  • Kebersihan padang oleh E-Idaman
  • Persediaan khemah utama, khemah untuk pameran, pentas, khemah pelawat dan peserta yang disediakan oleh MPSPK
  • Bilik untuk pemeriksaan kesihatan dibangunan tadika
  • Tempat makan VVIP di dewan
  • Penyediaan makanan dan minuman untuk sessi pagi, tengahari dan malam
  • Kelengkapan sukan termasuk haiah
  • Ceramah agama yang akan diadakan di surau Taman Nilam
  • Bantuan Pasukan Bulan Sabit Merah dari Sekolah Menengah Tunku Ismail
  • Kumpulan keselamatan tempat
  • Pasukan Silat, Tai Chi dan Silambam akan akan mengadakan demostrasi
  • serta lain lain keperluan
Pihak Indah Water turut membahagikan T-Shirt berwarna merah untuk dipakai oleh AJK yang akan bertugas pada program tersebut. Sebanyak 5 helai T shirt diperuntukkan kepada KRT Taman Intan dan 5 helai lagi untuk kumpulan Tai Chi.


Selasa, 9 November 2010

Mesyuarat Jiran Wanita

.
AJK Jiran Wanita KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada 09 Nov 2010 di rumah Pengerusi Jiran Wanita No.68, Lorong Intan B/6, Taman Intan mulai jam 5.00 petang. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 12 orang AJK.

Kursus Pengendalian Jenazah

      Kursus akan diadakan di masjid taman intan. Peserta kursus akan dihadkan kepada hanya 30 orang kerana bilik yang agak kecil. KRT Taman Intan telah memperuntukkan perbelanjaan kursus sebanyak RM250.00 termasuk bahan yang akan digunakan, makan dan upah tenaga pengajar.

Cadangan AJK 
    
     Mesyuarat mencadangkan AJK Jiran Wanita sedia ada disambung untuk sessi 2011 ~ 2012. Beberapa nama tambahan dicadangkan terutama dari kaum Cina.

Aktiviti 2011

i.     Lawatan

       AJK akan mencadangkan tempat dan tarikh untuk lawatan jiran wanita untuk tahun 2011.

ii.    Kursus untuk ahli - Kolej Komuniti

        AJK akan meneliti kursus yang sesuai yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti Sungai Petani untuk ahli.

iii.   Agama

       Beberapa kegiatan agama untuk muslimah jiran wanita akan dicadangkan

iv.   Jamuan Tahun Baru Cina

       Jamuan kecil sempena Tahun Baru Cina yang akan datang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu di tapak senaman Tai Chi dan di tapak senaman Wai Tan Kung.

       Jamuan hanya anggota yang menyertai senaman tersebut serta AJK Krt Taman Intan akan dijemput.


Program IWK Taman Nilam

      Mesyuarat telah megagihkan senarai peserta yang akan mengambil bahagian pada program yang akan diadakan di Taman Nilam pada Sabtu 13 Nov. 2010
.

Sabtu, 6 November 2010

Mesyuarat AJK Induk - 5/2010

.
Mesyuarat AJK Induk KRT Taman Intan diadakan berturut  turut dengan mesyuarat Jiran Usia Mas pada Sabtu 06 Nov 2010 mulai jam 0500 petang di dewan Sri Intan.

Apabila semua yang hadir memasuki dewan, satu kejutan menunggu. Pintu sebelah belakang dewan didapati telah dipecahkan. Pemeriksaan mendapati kesan dewan dimasuki orang dan menggunakan tempat tersebut untuk tujuan yang tidak sihat. Beberapa cermin tingkap dipecahkan. Walau bagaimanapun kebanyakkan barang barang masih ada ditempat asal kecuali kabinet yang dipecahkan.

 Mesyuarat menbicangkan beberapa isu penting untuk tindakan AJK.

1.     Hari Kesihatan

        Hari kesihatan yang dirancang dan dicadangkan oleh Jiran Usia Emas pada akhir tahun terpaksa dibatalkan kerana pihak Klinik Kesihatan mempunyai jadual dan program yang agak sibuk menjelang hujung tahun. Juga bajet untuk sesetengah ujian seperti 'pep smear' juga hampir kehabisan dan mungkin tidak dapat diadakan pada program Hari Kesihatan

        Dicadangkan agar rancangan hari kesihatan dimasa depan diadakan lebih awal  sebelum pertengahan tahun untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

       Seramai 8 orang jiran wanita KRT Taman Intan telah melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010 yang telah diadakan pada 04 Nov 2010 di Klinik Kesihatan Bakar Arang. Bagi mereka yang tidak berpeluang dan berkesempatan, mereka boleh  membuat pemeriksaan pada satu lagi kem kesihatan yang dianjurkan bersama oleh IWK (Indah Water Konsortium) dan KRT. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu 13 Nov 2010 di Dewan Taman Nilam, Sungai Petani. KRT Taman Intan terlibat sebagai penganjur bersama.


2.      Uniform

        Mesyuarat bersetuju untuk membuat uniform baru untuk AJK mengantikan uniform lama yang telah berusia lebih 6 tahun. Walaubagaimanapun ia ditangguhkan sehingga perlantikan AJK baru untuk sessi 2011 dan  2012.


3.     Lawatan Sambil Belajar

       Program lawatan untuk ahli KRT yang di rancang pada bulan November ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca iaitu musim hujan dan banjir yang melanda negara sekarang ini. Mesyuarat bersetuju untuk menangguhkan laatan tersebut hingga keawal tahun 2011.

       Lawatan anjuran JPNIN ke Sabah sedang dirancang untuk tahun 2011. KRT Taman Intan memohon untuk diberi peruntukkan kepada 10 orang ahli menyertai lawatan tersebut.


4.    Pelantikan AJK Rukun Tetangga

      Pihak JPNIN telah menghantar surat untuk mengemukakan Cadangan Senarai Nama Perlantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk menggantikan AJK yang akan tamat tempoh pada 31 Disember 2010.

       Cadangan senarai tersebut hendaklah dihantar ke pejabat JPNIN Kuala Muda dengan mengisi borang B pada atau sebelum 21 November 2010.

        Semua AJK diminta mengemukakan senarai tersebut kepada pengerusi secepat mungkin dan membuat cadangan senarai individu yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Rukun Tetangga.


5.      Borang Penilaian Prestasi

        Juga pihak JPNIN menghantar Borang Penilaian Prestasi KRT bagi Tahun 2010 yang mesti diisi dan dikembalikan semual sebelum 05 Januari 2011.


 6.     Program Majlis Bersama Penduduk Taman Nilam dan Taman Taman Sekitar

        Program ini adalah program tahunan  IWK sebagai salah satu khidmat sosial masyarakat. Pada tahun ini IWK memilih Taman Nilam untuk bahagian selatan Negeri Kedah. Program dianjurkan oleh KRT Taman Nilam dengan kerjasama KRT Taman Taman sekitar iaitu Taman Delima 1, Taman Delima 2,  Taman Semarak, Taman Arked, Taman Emas Suria dan Taman Intan.

       Antara program yang akan dilakukan termasuk Demostrasi Senamrobik, Tai Chi, Sukaneka, Pameran, Pemeriksaan Kesihatan dan Ceramah Agama. KRT Taman Intan akan mengambil bahagian dalam persembahan Tai Chi. AJK diminta memberikan sokongan sepenuhnya pada program ini dan menghebahkan kepada jiran dan rakan untuk bersama hadir pada hari tersebut.

       Mesyuarat juga diberitahu bahawa KRT telah mengeluar perbelanjaan sebanyak RM150.00 sebagai subsidi baju ahli kumpulan Tai Chi yang akan mengambil bahagian persembahan senaman Tai Chi pada program tersebut.


AJK diingatkan bahawa mesyuarat selanjutnya akan diadakan pada 10 Disember 2010 jam 5.00 petang bertempat di Dewan Sri Inntan.


Jumaat, 5 November 2010

Happy Deepavali

.
KRT Taman Intan mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali' kepada warga Taman Intan dan juga kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu.


KRT juga mengharapkan lebih ramai lagi penduduk/warga India Taman Intan untuk bersama dalam aktiviti rukun tetangga KRT Taman Intan untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum dan mencapai hasrat kerajaan menuju 1 Malaysia.

.

Khamis, 4 November 2010

Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010

.
KRT Taman Intan menghantar beberapa orang wakil dari Jiran Wanita untuk mengambil bahagian pada 'Program Pendidikan Kesihatan Jiran Wanita 2010' yang diadakan :

   Tarikh :         04 November 2010
   Masa :           9.00 pagi ~ 3.00 petang
   Tempat :       Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai
                          Petani

Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Daerah Kuala Muda/Yan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, LPPKN Sungai Petani dan Hospital Metro. Peserta adalah terdiri darei ahli Jiran Wanita dari semua KRT Daerah Kuala Muda.

Objektif program ini adalah :

1.   Memberi kesedaran awal kepada semua wanita bahawa pendidikan kesihatan amat penting

2.  Mengajar asas pengesanan awal kanser pada wanita seperti kanser payudara, kanser pangkal rahim, dan kanser servik.

3.  Menanamkan sikap keutamaan menjaga kesihatan bagi melahirkan generasi wanita sihat masa kini.

Ceramah diberikan oleh doktor yang bertugas di klinik tersebut diikuti dengan pemeriksaan kesihatan kepada semua peserta dari Jiran Wanita. Pemeriksaan kesihatan termasuk :

  -   Pemeriksaan Tekanan Darah
  -   BMI (Body Mass Index)
  -   Ujian Gula Dalam Darah
  -   Pap Smear

Juga diadakan demostrasi penyediaan makanan dan minuman makanan seimbang.

Pameran statik yang memberi penerangan beserta gambar kanser payu dara juga diadakan.

Sebagian Jiran Wanita dari KRT Daerah Kuala Muda yang hadir pada program

Jumaat, 22 Oktober 2010

Mesyuarat IWK/3 Program Bersama Penduduk

Mesyuarat hari ini 19 Oct 2010 mulai jam 9.30 malam adalah lanjutan dari mesyuarat yang diadakan pada 13 Oct 2010 yang lalu.

KRT Taman Intan telah menetapkan untuk menghantar Kumpulan Senaman Tai Chi untuk membuat persembahan pada hari program tersebut. Persembahan akan diadakan selama 20 minit dan dibahagikan kepada dua perngkat. Peringkat pertama adalah demostrasi oleh ahli ahli Tai Chi sahaja manaakala peringkat kedua ialah senaman ringkas dimana semua yang hadir boleh turut serta mengambil bahagian.

Pengedaran Borang

Wakil KRT dari taman berdekatan di serahkan dengan senarai sukan dan borang mengambil bahagian untuk diisi dan diserahkan pada pagi program tersebut.


Rabu, 13 Oktober 2010

Mesyuarat IWK/2 - Taman Nilam

Berlanjutan dengan mesyuarat yang diadakan pada hari Ahad 10 Oct 2010, mesyuarat selanjutnya diadakan di dewan orang ramai Taman Nilam pada 13 Oct 2010 mulai jam 9.30 malam.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memperincikan senarai program yang akan diadakan nanti. 

Sambutan dari KRT yang dijemput amatlah mendukacitakan. KRT Taman Arked, Taman Delima Fasa 2 dan KRT Taman Semarak tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

KRT Taman Intan diberikan tugas tugas berikut :

1.      Persembahan Senaman Tai Chi

2.      Menguruskan Pemeriksaan Kesihatan

3.      Mengambil Foto


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam dan akan bermesyuarat semula pada 19 Oct 2010 untuk memuktamatkan segala yang dibincangkan.


Ahad, 10 Oktober 2010

Mesyuarat IWK/1- Majlis Mesra Bersama Penduduk

Pihak Indah Water merancang untuk mengadakan program bersama penduduk setempat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat keperluan pengosongan tangki septik secara berkala demi memastikan tangki septik sentiasa beroperasi dengan efisien dan tidak mencemarkan alam sekitar.

Satu mesyuarat telah dijadualkan :

   Tarikh                                  : Ahad 10 Oct 2010
   Masa                                    : 9.45 pagi
   Tempat                                 : Bilik Mesyuarat Jabatan Perpaduan Negara, Kuala Muda
   
Program tersebut akan diadakan di Taman Nilam, Sungai Petani pada Sabtu 13 November 2010 dan dianjurkan bersama oleh pihak KRT Taman Nilam. Penglibatan bersama dari penduduk taman persekitaran diperlukan dan AJK KRT Taman Delima, Taman Arked, Taman Emas Suria, Taman Semak dan Taman Intan dijemput untuk menjayakan program tersebut.

Diantara aturcara yang dirancang termasuk :
  1.    Senamrobik
  2.    Pertandingan Mewarna untuk kanak kanak
  3.    Sukanika
  4.    Pemeriksaan kesihatan
  5.    Program anjuran AADK termasuk quiz
  6.    Pertunjukkan silat gayung
  7.    Ceramah Agama
 Disamping itu penerangan oleh pihak IWK akan diberikan. Pameran Statik juga disediakan.

Mesyuarat selanjutnya akan diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Nilam pada hari Rabu 13hb October 2010 mulai jam 9.00 malam.

Sabtu, 25 September 2010

Jamuan Perpaduan Aidil Fitri 1431/2010 - KRT Taman Emas Suria


KRT Taman Emas Suria bersama-sama Kumpulan Wanita Islam (WI)  dan UMNO Taman Emas Suria menjemput ke majlis jamuan perpaduan Aidil Fitri pada :

 Tarikh :          25 Sept 2010
 Hari :              Sabtu
 Masa :             2.00 petang hingga 5.00 petang
 Tempat :         Padang permainan, Lorong  Emas 14, Taman Emas Suria

Jemputan disampaikan sendiri oleh  Pengerusi KRT Taman Emas Suria kepada AJK dan ahli KRT Taman Intan.


Beberapa acara sukan rakyat juga diadakan untuk menyerikan lagi dan menggalakkan orang ramai menghadiri jamuan hari raya tersebut.


Sabtu, 18 September 2010

Jamuan Perpaduan dan Jamuan Hari Raya 2010

KRT Taman Intan menganjurkan jamuan perpaduan dan jamuan terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang diadakan di Taman Awam (tapak pasar malam). Berbeza dengan lokasi jamuan raya pada tahun tahun sebelumnya yang diadakan di padang Dewan Sri Intan, Lorong C Taman Intan, lokasi ini lebih terbuka dan ditepi laluan umum. Tiga khemah didirikan untuk menempatkan makanan dan meja makan. Bekalan elektrik dan air diperolehi dari rumah jiran berdekatan iaitu dari rumah Chikgu Ariffin.

Jamuan dimulakan pada jam 09.00 pagi dan dijangka tamat pada jam 12.00 tengahhari.

Selain dari jamuan, aktiviti untuk kanak kanak juga dijalankan.




Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

AJK KRT Taman Intan mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI'
kepada semua warga dan penduduk Taman Intan yang beragama Islam.


Warga Islam Taman Intan  beruntung kerana dapat menunaikan Sembayang Sunat Hari Raya di masjid baru pada tahun ini. Sebelum ini sembayang sunat hari raya dibuat pada surau yang agak sempit hinggakan ada yang terpaksa bersembahyang di tempat letak kereta. Kali ini semua dapat bersembahyang didalam masjid yagn serba baru. Oleh kerana sambutan yang diluar jangkaan ramai juga yang terpaksa bersembahyang di ruang legar masjid.

AJK KRT mengambil kesempatan menjemput semua warga Taman Intan termasuk warga Cina, India dan lain lain untuk menghadiri jamuan 'Perayaan 1 Malaysia' yang akan diadakan pada hari Sabtu 18 September 2010 di Padang Taman Intan (Lorong A) mulai jam 0900 pagi hingga 1200 tengah hari.


Sabtu, 4 September 2010

Mesyuarat AJK Induk - 4/2010

Mesyuarat AJK Induk diadakan pada Sabtu 04 Sept 2010 mulai jam 2.30 petang untuk membincangakan program sambutan dan jamuan hari raya yang akan diadakan pada Sabtu 18 September 2010 mulai jam 0900 pagi. Lokasi majlis diadakan ialah Padang Awam Taman Intan Fasa A & B.

Rational pertukaran venue majlis ialah lokasi Dewan Sri Intan agak tersorok dari jalan utama Taman Intan. Lokasi yang disyorkan adalah lebih mudak diakses oleh penduduk dan adalah dijangkakan akan mendapat sambutan dari warga taman ini.

Mesyuarat telah bersetuju untuk dengan senarai tugas, jenis makanan, minuman dan jumlah perbelanjaan seperti berikut :

  •    Surat Jemputan
  •    Sepanduk
  •    Flyer
  •    PA System
  •    Bekalan air dan elektrik
  •    Tiga unit khemah
  •    Lemang
  •    Rendang Ayam
  •    Ketupat Pulut
  •    Laksa
  •    Bihun
  •    Ice Kacang
  •    Muruku
  •    Minuman Sejuk
  •    Minuman Panas (Kopi dan Teh O)
  •    Pinggan, mangkuk, cawan dan sudu pakai buang
  •    Tissue mulut
  •    Aktiviti Jiran kanak kanak (sukan serta hadiah)
  •    Upah mesin rumput
      JUMLAH PERBELANJAAN : RM 3,500-00 (Tiga Ribu Lima Ratus)

Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke 53

KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dan kepada semua warga Taman Intan, Sungai Petani Kedah.


Walaupun tiada sambutan seperti tahun tahun terdahulu disebabkan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, diharapkan warga taman ini masih dapat menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi selama ini.


Jumaat, 20 Ogos 2010

Penyerahan Sumbangan/Derma Kepada Balu Ismail Hashim

KRT Taman Intan yang diwakili oleh Pengerusi, Bendahari dan seorang Jiran Wanita menyerahkan sumbangan dan derma dari KRT Taman Intan kepada Arwah Ismail Bin Hashim seorang AJK KRT Taman Intan yang meninggal dunia  pada bulan lepas.

Sumbangan dan derma sebanyak RM100.00 adalah sebagai penghargaan kepada khidmat bakti Ismail Bin Hashim yang diberikan oleh beliau sejak penubuhan KRT taman ini.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bantahan Pembinaan Jalan


Pada Khamis 12 Ogos 2010 beberapa penduduk Taman Intan berkumpul dihadapan deretan kedai  di Lorong A Taman Intan untuk membantah pembinaan jalan di atas kawasan hijau taman.

Satu syarikat pemaju akan membina beberapa unit rumah kediaman  diatas tapak  yang masih kosong. Jalan sedia ada melalui tapak tersebut. Oleh itu syarikat tersebut mengalihkan jalan sedia ada dan menggantikan jalan tersebut diatas kawasan hijau tersebut. 

Bantahan secara aman dilakukan oleh penduduk pelbagai kaum iaitu Cina, Melayu dan India. Beberapa wakil media juga hadir dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Intan memberi 'press statement' berkenaan hal tersebut.

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Berpuasa

KRT Taman Intan mengucapkan selamat bepuasa kepada semua warga taman yang beragama Islam. Disamping beribadat janganlah lupa untuk menhayati erti puasa dan jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.

Aktiviti senaman 'Wai Tan Kung' diteruskan seperti biasa. Ahli yang beragama Islam digalakkan terus melakukan senaman ini kerana ia tidak menjejaskan ibadah puasa dan senaman yang diadakan pada awal pagi tidak begitu memenatkan atau meletihkan.

Bagitu juga dengan senaman 'Tai Chi'. Walaupun bilangan warga Islam dalam aktiviti ini amat sedikit, tetapi eloklah diteruskan seperti biasa.

Kepada warga muslimah Jiran Wanita yang terlibat dalam gotong royong membersihkan masjid setiap dua minggu, aktiviti ini amat sesuai diteruskan memandangkan ramai penduduk kegunaan masjid pada bulan Ramadhan.


Ahad, 8 Ogos 2010

Mesyuarat AJK Induk - 3/2010

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada 08 Ogos 2010 mulai jam 5.30 petang di Dewan Sri Intan, Taman Intan Sungai Petani.

Mesyuarat bersetuju :
1.    Mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada hari Sabtu 18hb. September 2010 dan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM3000.00. Jamuan terbuka Hari Raya akan diadakan di Padang Taman Intan, Lorong A. 
Persediaan:
         Sewa Khemah - Sebanyak tiga unit khemah akan disewa. Tempahan dibuat awal

Menu:
        Lemang
        Laksa
        Mee Goreng
        Ketupat Pulut
        Nasi Himpit
        Kueh raya (AJK atau ahli yang berminat boleh membawa kueh raya sendiri)

Jemputan
       Kad/surat jemputan
       Banner

Aktiviti Tambahan
      Tunas Jiran. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Pengerusi Tunas Jiran.

     Akan menjemput kumpulan Tai Chi dan Wai Tan Kung untuk mengadakan latihan harian di Padang sebelum jamuan.

2.    Sumbangan Iklas 
       AJK bersetuju KRT Taman Intan membuat sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham Ismail Hashim yang kembali ke Rahmatullah pada 14 Julai 2010 sebanyak RM100.00 sebagai mengenang jasa baik beliau dan sumbangan beliau sebagai AJK KRT Taman Intan.

3.   Sumbangan Dewan
      KRT membayar RM90.00 sebagai  sumbangan kegunaan Dewan Sri Intan untuk kegunaan letrik dan air. Kali terakhir sumbangan diberikan adalah pada April 2009.

4.    Senggaraan Dewan
      KRT akan membiayai 50% kos senggaraan dewan seperti memotong rumput, meracun dan senggaraan am.

5.   Saguhati Penertaan Pertandingan Bacaan Al Qur'an
      Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan membaca AlQur'an peringkat remaja anjuran KRT Taman Delima diberi sumbangan wang tunai sebanyak RM15.00 setiap orang sebagai penghargaan dan galakan. Mereka juga akan diberi Sijil Penyertaan.

Sabtu, 31 Julai 2010

Penyertaan Pertandingan Membaca Al Qur'an

KRT Taman Intan menghantar dua wakil untuk pertandingan membaca Al Qur'an peringkat remaja anjuran KRT Taman Delima, Sungai Petani pada hari Jumaat 30 Julai 2010 mulai jam 0900 malam.

Pertandingan diadakan di Padang Taman Delima di panggil 'Malam Gema Al Qur'an  bermula lewat  satu jam dari masa yang dirancang dan berakhir pada jam 12.30 tengah malam. Beberapa AJK KRT  termasuk Pengerusi Jiran Wanita Taman Intan turut hadir untuk memberi sokongan.

Walaupun wakil dari Taman Intan gagal memenangi pertandingan tersebut, KRT mengucapkan terima kasih dan tahniah diatas penyertaan tersebut. Diharapkan lebih ramai lagi remaja remaja taman ini tampil untuk melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini dan juga kegiatan lain lain, KRT akan mengeluarkan sijil penyertaan dan saguhati sebanyak RM15.00 sebagai penghargaan dan galakkan.

.

Rabu, 14 Julai 2010

AJK KRT Taman Intan Pulang ke Rahmatullah

En. Ismail Bin Hashim, seorang AJK KRT Taman Intan kembali ke Rahmatullah pagi tadi Rabu 14 Julai 2010 akibat sakit. Beliau menghidap colon cancer telah beberapa lama menghidap penyakit ini. Beberapa bulan lalu penyakitnya bertambah teruk dan menjalani rawatan kimo therapy di hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Beliau berumur 67 tahun.

Arwah Ismail Bin Hashim bergiat dalam Rukun Tetangga Taman Intan sejak dari mula penubuhan pada tahun 2002 hinggalah keakhir hayatnya. Beliau banyak memberikan sumbangan tenaga dalam aktiviti rukun tetangga yang dijalankan dan juga selalu memberikan pandangan dan idea pada pergerakkan aktiviti KRT Taman Intan.

Semoga roh beliau dicucuri Rahmat Allah.

.

Isnin, 14 Jun 2010

Gotong Royong

Gotong royong untuk membuat penutup man-hole jalan yang dicuri.

Lokasi : Lorong Intan B/6, Taman Intan

Penutup man-hole longkang yang berada ditengah jalan telah dicuri sejak dua bulan yang lepas. Walaupu aduan telah dibuat kepada Majlis Perbandaran tetapi tiada tindakan yang diambil. Ketiadaan penutup man-hole longkang tersebut amat merbahaya kepada kenderaan terutama motorsikal yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku kerana tayar akan masuk kedalam lubang tersebut. Bagi kereta kemalangan tidaklah begitu serius.

KRT mengambil keputusan untuk membuat penutup lubang sementara menggunakan kayu bersaiz 2 x 5 inci dipotong mengikut saiz lubang.Kayu yang dipasang kuat supaya ia tidak terapung dan dibawa air apabila hujan lebat.

Beberapa orang jiran disekitar lokasi tersebut bersama dalam gotong royong tersebut.

.

Sabtu, 5 Jun 2010

Kenaikkan Elaun KRT

Elaun bulanan KRT

HARI KEPUTRAAN YANG DIPERTUAN AGONG


KRT Taman Intan mengucapkan :
.