Ahad, 27 Februari 2011

Bantahan Penduduk Taman Intan


Petang ini, jam 5.30 petang 27 Feb 2011, Persatuan Penghuni Taman Intan membuat batahan secara aman membantah pembinaan jalan baru di kawasan lapang / kawasan hijau / padang permainan Taman Intan. Tujuan jalan baru dibina adalah untuk mengalihkan jalan sedia ada bagi membolehkan pembinaan beberapa unit rumah kediaman di tapak yang masih kosong.

Penduduk tidak membantah pembinaan unit kediaman baru tetapi dalam syarat geran tanah termaktub bahawa tiada apa pembinaan boleh dilakukan sehingga jalan kekal. Pembinaan jalan baru tersebut juga telah mengambil sebahagian dari tanah lapang / padang permainan sedia ada. Keluasan padang permainan semakin mengecil.

Bantahan dihadiri lebih dari 40 orang penduduk yang prihatin tentang situasi yang berlaku. Beberapa pemberita dari akbar juga hadir membuat liputan. Kebanyakkan penduduk melahirkan rasa tidak puas hati dengan pemaju dan juga majlis perbandaran yang meluluskan projek tersebut. Ada yang berpendapat jika perkara ini dibiarkan, mungkin pada suatu hari kelak anak-anak di Taman Intan tiada lagi tempat untuk  beriyadah dan bermain kerana kawasan lapang akan diambil dan didirikan dengan bangunan.

Ini adalah bantahan beramai ramai oleh penduduk Taman Intan. Kali pertama adalah pada 12 Ogos 2010. Penduduk berkata akan terus membuat bantahan dimasa akan datang sekiranya tiada tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawap.





Selasa, 15 Februari 2011

Maulidul Rasul 1431H

KRT Taman Intan mengucapkan 'Salam Maulidul Rasul - Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W' kepada semua warga Taman Intan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Marilah kita hayati dan semarakkan kemuliaan Rasullullah dengan mencontohi nilai-nilai hidup dan keperibadiaan mulia dan ajaranNya agar kita mendapat hidayah keredhaan daripada Yang Maha Kuasa.

Maulidur Rasul (bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari keputeraan Nabi Muhammad  S.A.W. Hari kelahiran Nabi  jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. 

Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"
.
.

Sabtu, 12 Februari 2011

Mesyuarat AJK 01/2011

.
Mesyuarat AJK Induk KRT diadakan pada Sabtu 12 Feb 2011 jam 5.30 petang di Dewan Sri Intan. Beberapa AJK yang dilantik untuk sessi 2011 ~ 2012 hadir buat pertama kali pada mesyuarat ini.

Mesyuarat membincangkan tentang Kem Kesihatan yang dijadualkan pada bulan April 2011. Aktiviti ini diadakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk :
  1.   Senamrobik
  2.   Demonstrasi Penjagaan Gigi untuk kanak kanak
  3.   Ceramah Kesihatan 
  4.   Pemeriksaan Kesihatan
Beberapa AJK kecil akan ditubuhkan untuk melicinkan persiapan aktiviti tersebut.

Mesyuarat bersetuju untuk memberikan cenderahati kehadiran kepada pengunjung yang berdaftar. Dua atau tiga mesyuarat akan diadakan sebelum tarikh aktiviti dijalankan.
.

Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

.
"Gong Xi Fa Cai"
Xin Nian Kuai Le.
KRT Taman Intan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada penduduk kaum Cina Taman Intan khas dan kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina amnya. Semoga kedatangan tahun 'arnab' ini akan membawa lebih kemeriahan dan kemewahan.


Sedikit sejarah tentang Ang Pow (atau Hong Bao dalam Bahasa Mandarin).

Semasa pemerintahan Dinasti Qing, orang tua-tua akan mengikat duit siling dengan benang merah bermaksud duit untuk menghalau hantu dan untuk melindungi dari penyakit dan kematian. Kemudian ia digantikan dengan kertas/sampul merah bila mesin cetak mula digunakan.

Warna merah pada sampul melambangkan nasib yang baik dan untuk menghindari dari roh jahat. Jumlah wang dalam sampul adalah dalam nombor genap kerana nombor ganjil dikaitkan dengan kematian. Juga angka empat (4) yang bermaksud 'mati' tidak diberikan dalam ang pow tersebut contohnya RM4.00, RM 44.00 atau RM404.00.

Ang pow selalunya diberikan kepada orang yang belum berkahwin.