Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

.
"Gong Xi Fa Cai"
Xin Nian Kuai Le.
KRT Taman Intan mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada penduduk kaum Cina Taman Intan khas dan kepada seluruh rakyat Malaysia berbangsa Cina amnya. Semoga kedatangan tahun 'arnab' ini akan membawa lebih kemeriahan dan kemewahan.


Sedikit sejarah tentang Ang Pow (atau Hong Bao dalam Bahasa Mandarin).

Semasa pemerintahan Dinasti Qing, orang tua-tua akan mengikat duit siling dengan benang merah bermaksud duit untuk menghalau hantu dan untuk melindungi dari penyakit dan kematian. Kemudian ia digantikan dengan kertas/sampul merah bila mesin cetak mula digunakan.

Warna merah pada sampul melambangkan nasib yang baik dan untuk menghindari dari roh jahat. Jumlah wang dalam sampul adalah dalam nombor genap kerana nombor ganjil dikaitkan dengan kematian. Juga angka empat (4) yang bermaksud 'mati' tidak diberikan dalam ang pow tersebut contohnya RM4.00, RM 44.00 atau RM404.00.

Ang pow selalunya diberikan kepada orang yang belum berkahwin.