Ahad, 27 Februari 2011

Bantahan Penduduk Taman Intan


Petang ini, jam 5.30 petang 27 Feb 2011, Persatuan Penghuni Taman Intan membuat batahan secara aman membantah pembinaan jalan baru di kawasan lapang / kawasan hijau / padang permainan Taman Intan. Tujuan jalan baru dibina adalah untuk mengalihkan jalan sedia ada bagi membolehkan pembinaan beberapa unit rumah kediaman di tapak yang masih kosong.

Penduduk tidak membantah pembinaan unit kediaman baru tetapi dalam syarat geran tanah termaktub bahawa tiada apa pembinaan boleh dilakukan sehingga jalan kekal. Pembinaan jalan baru tersebut juga telah mengambil sebahagian dari tanah lapang / padang permainan sedia ada. Keluasan padang permainan semakin mengecil.

Bantahan dihadiri lebih dari 40 orang penduduk yang prihatin tentang situasi yang berlaku. Beberapa pemberita dari akbar juga hadir membuat liputan. Kebanyakkan penduduk melahirkan rasa tidak puas hati dengan pemaju dan juga majlis perbandaran yang meluluskan projek tersebut. Ada yang berpendapat jika perkara ini dibiarkan, mungkin pada suatu hari kelak anak-anak di Taman Intan tiada lagi tempat untuk  beriyadah dan bermain kerana kawasan lapang akan diambil dan didirikan dengan bangunan.

Ini adalah bantahan beramai ramai oleh penduduk Taman Intan. Kali pertama adalah pada 12 Ogos 2010. Penduduk berkata akan terus membuat bantahan dimasa akan datang sekiranya tiada tindakan diambil oleh pihak yang bertanggungjawap.