- Jumlah Penduduk
- Jumlah Wanita
- Jumlah Remaja
- Jumlah Usia Emas
- Jumlah kanak kanak antara 6 hingga 12 tahun
- Jumlah peronda SRS terkini ... jika ada
Rabu, 27 Februari 2013
Maklumat penduduk dibawah KRT
Pejabat JPNIN Kuala Muda menghantar SMS kepada Pengerusi KRT untuk menyediakan maklumat penduduk didalam kawasan RT. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :
Jumlah yang diperlukan hanya anggaran kerana memang tidak mampu untuk memberikan angka sebenarnya. Lebih lagi masa yang diberikan tidak sampai 24 jam.
Isnin, 25 Februari 2013
Mesyuarat AJK
Mesyuarat AJK diadakan pada Isnin 25 Feb 2013 mulai jam 5.30 petang di dewan Seri Intan. Seramai 16 orang AJK hadir pada mesyuarat kali ini.
Sebelum mesyuarat AJK diadakan, satu perjumpaan dan perbincangan diantara pengerusi KRT dengan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah diadakan pada jam 3.30 petang. Seramai 112 orang kakitangan jabatan dari seluruh daerah Negeri Kedah ingin maklumat penduduk di taman ini. Dari perbincangan yang diadakan adalah dipersetujui untuk menubuhkan satu kumpulan Komuniti Sihat.
Rancangan Penubuhan Komuniti Sihat
Klinik Kesihatan Bakar Arang mencadangkan mengwujudkan program 'Komuniti Sihat' di Taman Intan. Diantara tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk tentang penjagaan diri.
Jamuan Tahun Baru Cina
AJK bersetuju untuk mengadakan jamuan untuk penduduk Taman Intan sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2013. Jamuan tersebut di jadualkan pada hari Sabtu 02 Mac 2013 bermula dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jamuan tersebut akan diadakan di perkarangan Dewan Seri Intan.
Antara yang dibincangakan termasuk :
- Makanan
- Minuman
- Kos
- Jemputan
- lain lain tugas
Sabtu, 23 Februari 2013
Penukaran Kad Pengenalan Baru
KRT Taman Intan menerima surat jemputan dari Pejabat JPNIN Kuala Muda untuk program penukaran kepada kad pengenalan baru. KRT Bakar Kapor Sungai Petani menganjurkan program ini untuk memudahkan penduduk terutama mereka yang berusia lebih dari 50 tahun untuk membuat penukaran kad pengenalan kepada jenis baru.
Jemputan ini telah dihebahkan kepada penduduk Taman Intan dan meminta kepada yang berminat untuk hadir di Dewan KRT Bakar Kapor pada Sabtu 23 Februari mulai jam 8.30 pagi. Program ini dijangkan berakhir pada jam 4.00 petang.
Pihak Jabatan Pendaftar bergerak dari Alor Setar datang untuk menjayakan program ini. Program diadakan bertujuan memudahkan warga emas membuat pertukaran ini. Mereka tidak perlu ke pejabat JPN di Wisma Keladi dan beratur lama.
Isnin, 18 Februari 2013
Ceramah Maulidur Rasul
Jiran Wanita berkerjasama dengan kumpulan wanita lain dari Taman Intan telah menganjurkan 'Ceramah Sempena Maulidur Rasul' khas untuk muslimah Taman Intan. Ceramah diadakan di Masjid Taman Intan Sungai Petani pada hari Sabtu 16 Feb 2013 bermula pada jam 10.00 pagi.
Ahad, 3 Februari 2013
Lawatan ke BETONG, Thailand
Atas permintaan ahli ahli KRT Taman Intan, satu lawatan sambil belajar ke Betong Thailand telah diadakan pada Jumaat 01 Feb 2013. Lawatan disertai oleh 10 orang India, 4 orang Cina dan 30 orang Melayu.
Rombongan berkumpul di Masjid Taman Intan dan bertolak pada jam 09.00 pagi. Berhenti untuk sarapan pagi di R&R Gunung Inas, Pengkalan Hulu pada jam 10.40 pagi. Makanan disediakan oleh KRT Taman Intan.
Rombongan sampai di Pekan Betong pada jam 12.30 tengah hari dan 'check-in' di Modern Thai Hotel ditengah pekan Betong. Setelah menyimpan barangan didalam hotel, kaum lelaki pergi sembahyang Jumaat di Masjid Betong. Manakala yang bukan beragama Islam melakukan aktiviti bebas melawat bandar.
Pada sebelah petang adalah acara bebas untuk peserta lawatan bersiar siar melawat pekan. Disebelah malam kebanyakkan peserta pergi ke pasar malam atau 'up town'. Ramai yang menaiki tut-tut untuk berpusing pusing melawat kawasan pekan dan membeli belah.
Pelawat diberi taklimat tentang pembinaan torowong dan aktiviti yang dilakukan oleh anggota komunis sebelum memasuki torowong.
Pelawat dibawa melawat ke 'Betong Hot Spring' dalam perjalanan pulang iaitu kolam air panas yang terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Betong.
Peserta lawatan bertolak pulang ke tanah air selepas berhenti makan tengah hari.
Rombongan sampai di Pekan Betong pada jam 12.30 tengah hari dan 'check-in' di Modern Thai Hotel ditengah pekan Betong. Setelah menyimpan barangan didalam hotel, kaum lelaki pergi sembahyang Jumaat di Masjid Betong. Manakala yang bukan beragama Islam melakukan aktiviti bebas melawat bandar.
Pada sebelah petang adalah acara bebas untuk peserta lawatan bersiar siar melawat pekan. Disebelah malam kebanyakkan peserta pergi ke pasar malam atau 'up town'. Ramai yang menaiki tut-tut untuk berpusing pusing melawat kawasan pekan dan membeli belah.
Sebahagian Peserta Lawatan |
Berhenti Rehat Untuk Sarapan - R&R Gunung Inas |
Imigresen Malaysia |
Di Pejabat CIQ (Imigresen) Thailand |
Modern Thai Hotel di Tengah Bandar Betong |
Up Town |
Hari Kedua
Peserta dibawa ke Piyamit Tunnel untuk melawat torowong yang dibina oleh anggota Parti komunis Malaya untuk menggelakkan dari di serang oleh tentera keselamatan. Setiap pelawat di kenakan bayaran RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (kanak). Terowong terletak lebih kurang 30 kilometer dari pekan Betong.Pelawat diberi taklimat tentang pembinaan torowong dan aktiviti yang dilakukan oleh anggota komunis sebelum memasuki torowong.
Pelawat dibawa melawat ke 'Betong Hot Spring' dalam perjalanan pulang iaitu kolam air panas yang terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Betong.
Taklimat Oleh Salah Seorang Bekas Anggota Parti Komunis |
Pintu Masuk ke Torowong |
Diluar Muzium Parti Komunis Malaysia |
Didalam Torowong |
Kolam Air Panas, Betong |
Peserta lawatan bertolak pulang ke tanah air selepas berhenti makan tengah hari.
Langgan:
Catatan (Atom)