Ahad, 3 Februari 2013

Lawatan ke BETONG, Thailand

Atas permintaan ahli ahli KRT Taman Intan, satu lawatan sambil belajar ke Betong Thailand telah diadakan pada Jumaat 01 Feb 2013. Lawatan disertai oleh 10 orang India, 4 orang Cina dan 30 orang Melayu.

Rombongan berkumpul di Masjid Taman Intan dan bertolak pada jam 09.00 pagi. Berhenti untuk sarapan pagi di R&R Gunung Inas, Pengkalan Hulu pada jam 10.40 pagi. Makanan disediakan oleh KRT Taman Intan.

Rombongan sampai di Pekan Betong pada jam 12.30 tengah hari dan 'check-in' di Modern Thai Hotel ditengah pekan Betong. Setelah menyimpan barangan didalam hotel, kaum lelaki pergi sembahyang Jumaat di Masjid Betong. Manakala yang bukan beragama Islam melakukan aktiviti bebas melawat bandar.

Pada sebelah petang adalah acara bebas untuk peserta lawatan bersiar siar melawat pekan. Disebelah malam kebanyakkan peserta pergi ke pasar malam atau 'up town'. Ramai yang menaiki tut-tut untuk berpusing pusing melawat kawasan pekan dan membeli belah.

Sebahagian Peserta Lawatan
Berhenti Rehat Untuk Sarapan - R&R Gunung Inas
Imigresen Malaysia
Di Pejabat CIQ (Imigresen) Thailand
Modern Thai Hotel di Tengah Bandar Betong
Up Town


Hari Kedua

Peserta dibawa ke Piyamit Tunnel untuk melawat torowong yang dibina oleh anggota Parti komunis Malaya untuk menggelakkan dari di serang oleh tentera keselamatan. Setiap pelawat di kenakan bayaran RM5.00 (dewasa) dan RM2.00 (kanak). Terowong terletak lebih kurang 30 kilometer dari pekan Betong.

Pelawat diberi taklimat tentang pembinaan torowong dan aktiviti yang dilakukan oleh anggota komunis sebelum memasuki torowong.

Pelawat dibawa melawat ke 'Betong Hot Spring' dalam  perjalanan pulang iaitu kolam air panas yang terletak lebih kurang 15 km dari Pekan Betong.

Taklimat Oleh Salah Seorang Bekas Anggota Parti Komunis
Pintu Masuk ke Torowong
Diluar Muzium Parti Komunis Malaysia
Didalam Torowong
Kolam Air Panas, Betong

Peserta lawatan bertolak pulang ke tanah air selepas berhenti makan tengah hari.