Isnin, 25 Februari 2013

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK diadakan pada Isnin 25 Feb 2013 mulai jam 5.30 petang di dewan Seri Intan. Seramai 16 orang AJK hadir pada mesyuarat kali ini. 

Sebelum mesyuarat AJK diadakan, satu perjumpaan dan perbincangan diantara pengerusi KRT dengan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah diadakan pada jam 3.30 petang. Seramai 112 orang kakitangan jabatan dari seluruh daerah Negeri Kedah ingin maklumat penduduk di taman ini. Dari perbincangan yang diadakan adalah dipersetujui untuk menubuhkan satu kumpulan Komuniti Sihat.



Rancangan Penubuhan Komuniti Sihat      

Klinik Kesihatan Bakar Arang mencadangkan mengwujudkan program 'Komuniti Sihat' di Taman Intan. Diantara tujuan program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada penduduk tentang penjagaan diri.



Jamuan Tahun Baru Cina

AJK bersetuju untuk mengadakan jamuan untuk penduduk Taman Intan sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2013. Jamuan tersebut di jadualkan pada hari Sabtu 02 Mac 2013 bermula dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Jamuan tersebut akan diadakan di perkarangan Dewan Seri Intan.

Antara yang dibincangakan termasuk :
  • Makanan
  • Minuman
  • Kos
  • Jemputan
  • lain lain tugas