Sabtu, 23 Ogos 2014

Majlis Jamuan Hari Raya

Majlis jamuan sempena dengan Hari Raya AIdilfitri anjuran KRT Taman Intan diadakan pada hari Sabtu 23 Ogos 2014 bermula pada jam 10.00. Buat pertama kali jamuan hari raya tidak dibuat di dewan tetapi diadakan di sebuah 'homestay' yang terletak di lokasi yang agak strategik.
Walau terpaksa menyewa khemah untuk tempat jamuan tetapi sambutan dari penduduk taman amatlah menggalakkan. Hampir 151 orang terdiri dari 56 orang Cina, 80 orang Melayu dan 15 orang India dari berbagai peringkat umur menghadiri majlis. Antara makanan yang disediakan termasuk satay, laksa, koey teow kerang, lemang dan ais kacang.
Kemuncak majlis jamuan tersebut adalah kehadiran pegawai dari JPNIN Kuala Muda, CIk Hazyyah.











KRT Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang memberikan sumbangan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.



Selasa, 12 Ogos 2014

Sabtu, 9 Ogos 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK  diadakan pada Jumaat 8 Ogos 2014 di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan bermula pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Jamuan Hari Raya pada Sabtu 23 Ogos dan akan dimulakan pada jam 10.00 pagi. Jamuan akan diadakan di tempat yang sama.

Menu yang dicadangkan adalah :
  • Satay
  • Kueh Teow Goreng
  • Laksa
  • Ice Kacang
  • Buah Tembikai
  • Lemang, Ketupat dan rendang
Anggaran penduduk yang akan datang adalah seperti tahun tahun sebelumnya iaitu 200 orang.

Sebuah khemah lengkap dengan kerusi dan meja perlu disewa untuk tujuan ini kerana kesempitan tempat.


N.B. Dewan orang ramai Taman Intan sedang dalam proses penambahbaikan dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu.

Jumaat, 18 April 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada hari Jumaat 18 April 2014 pada jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Sri Intan Taman Intan

Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan program Kem Kesihatan yang diadakan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakar Arang. Program kem kesihatan ini memberi peluang kepada penduduk taman untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang diberikan percuma.

Kali ini pemeriksaan gigi juga akan diadakan.

Jumaat, 28 Februari 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan kali kedua diadakan pada Jumaat 28 Feb 2014 bermula pada jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Sri Intan, Taman Intan.

Mesyuarat membincangakan aktiviti yang akan diadakan disepanjang tahun 2014:

1.   Kem Kesihatan

      Sebagaimana biasa KRT akan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma pada setiap tahun. Pada tahun ini tarikh yang dicadangkan ialah pada bulan April jika tiada apa halangan. Perbincangan lanjut akan diadakan.

2.   Jamuan Hari Raya

      Jamuan hari raya Puasa akan diadakan seperti tahun tahun sebelumnya. Jamuan kali ini juga akan diadakan di Dewan Sri Intan melainkan ada cadangan lain. Ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan seperti sewa khemah serta kerusi meja. Peruntukkan lebih akan diberikan memandangkan sambuatan yang amat menggalakkan di kalangan penduduk.

3.   Lawatan Sambil Belajar

      Lawatan sambil belajar untuk kanak kanak Taman Intan akan diadakan pada cuti sekolah pertama tahun ini. Dicadangkan lawatan ke Pulau Pinang. Hanya kanak kanak berusia antara 12 hingga 16 tahun yang dijemput menyertai lawatan ini. 

4.    Lawatan 

       Permintaan untuk megadakan lawatan untuk ahli ke Melaka pada penghujung tahun ini. Lawatan dijangka diadakan pada bulan November.

5.    Futsal Remaja 

       Aktiviti untuk remaja akan diadakan pada musim cuti sekolah iaitu pada bulan December 2014.

6.    Berbasikal

       Terdapat cadangan untuk mengadakan aktiviti berbasikal untuk remaja serta warga Taman Intan ke tempat peranginan. Juga dicadangkan aktiviti ini melibatkan KRT taman taman berhampiran termasuk Taman Mewah, Taman Arked, Taman Emas Suria, Taman Nilam dan Taman Delima.

7.    Bowling

       Satu aktiviti untuk bowling akan dianjurkan pada masa yang sesuai untuk ahli KRT.





Jumaat, 10 Januari 2014

Anugerah Pelajar Cemerlang 2013

KRT Taman Intan menganjurkan program 'Anugerah Pelajar Cemerlang Tahun 2013' untuk pelajar warga Taman Intan yang mendapat keputusan penuh pada peperiksaan mereka. Program diadakan pada hari Jumaat 10hb. Januari 2013 mulai jam 5.30 petang di Dewan Seri Intan, terlewat sedikit dari tarikh dan jadual asal atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.

Program ini turut dihadiri oleh ibu bapa atau penjaga pelajar.

Anugerah ini diadakan sebagai penghargaan serta ganjaran kepada pelajar yang cemerlang pada peperiksaan UPSR dan peperiksaan PMR untuk Tahun 2013. Diharapkan dengan anugerah seperti ini akan dijadikan contoh dan pemankin kepada pelajar lain dari taman ini untuk berusaha lebih gigih dan berjaya dalam pelajaran sekolah.

Tahun ini tiga pelajar berjaya menerima anugerah KRT Taman Intan. Mereka ialah :
Nama  : MUHAMMAD FARIS BIN HARIS PADZILLAH
No. K/P  : 981231-08-6827
Angka Giliran  : KL 205R063
Sekolah  : SMA YAYASAN KHAIRIAH
Alamat Rumah  : 94, Jalan Intan, Taman Intan
No. Tel  : 019-4252799
PEPERIKSAAN : Penilaian Menengah Rendah  PMR 2013
PENCAPAIAN  : 8  A
Nama  : CHEAH JO YEN
No. K/P  : 980909-02-5618
Angka Giliran  : KJ305K100
Sekolah  : SMJK SIN MIN
Alamat Rumah  : 503A, Lorong A/8, Taman Intan
No. Tel  : 04-4234670,   016-4755229
PEPERIKSAAN : Penilaian Menengah Rendah  PMR 2013
PENCAPAIAN  : 8  A
Nama  : OOI XIAO YA
No. K/P  : 010828-02-0116
Angka Giliran  : KF6233148
Sekolah  : SJK © SIN KWANG
Alamat Rumah  : 503B, Lorong Intan A/8, Taman Intan
No. Tel  : 04-4222195
PEPERIKSAAN : UPSR
PENCAPAIAN  : 7 A