Sabtu, 9 Ogos 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK  diadakan pada Jumaat 8 Ogos 2014 di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan bermula pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Jamuan Hari Raya pada Sabtu 23 Ogos dan akan dimulakan pada jam 10.00 pagi. Jamuan akan diadakan di tempat yang sama.

Menu yang dicadangkan adalah :
  • Satay
  • Kueh Teow Goreng
  • Laksa
  • Ice Kacang
  • Buah Tembikai
  • Lemang, Ketupat dan rendang
Anggaran penduduk yang akan datang adalah seperti tahun tahun sebelumnya iaitu 200 orang.

Sebuah khemah lengkap dengan kerusi dan meja perlu disewa untuk tujuan ini kerana kesempitan tempat.


N.B. Dewan orang ramai Taman Intan sedang dalam proses penambahbaikan dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu.