KRT Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang memberikan sumbangan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.
Sabtu, 23 Ogos 2014
Majlis Jamuan Hari Raya
Majlis jamuan sempena dengan Hari Raya AIdilfitri anjuran KRT Taman Intan diadakan pada hari Sabtu 23 Ogos 2014 bermula pada jam 10.00. Buat pertama kali jamuan hari raya tidak dibuat di dewan tetapi diadakan di sebuah 'homestay' yang terletak di lokasi yang agak strategik.
Walau terpaksa menyewa khemah untuk tempat jamuan tetapi sambutan dari penduduk taman amatlah menggalakkan. Hampir 151 orang terdiri dari 56 orang Cina, 80 orang Melayu dan 15 orang India dari berbagai peringkat umur menghadiri majlis. Antara makanan yang disediakan termasuk satay, laksa, koey teow kerang, lemang dan ais kacang.
Kemuncak majlis jamuan tersebut adalah kehadiran pegawai dari JPNIN Kuala Muda, CIk Hazyyah.
KRT Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa yang memberikan sumbangan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan majlis tersebut.