Sabtu, 13 Februari 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA

KRT Taman Intan mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Gong Xi Fa Cai' kepada semua  penduduk berbangsa Cina di Taman Intan khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang menyambut Tahun Baru Cina.


KRT Taman Intan mengambil kesempatan untuk mengingatkan penduduk sekitar supaya mengambil langkah perlu jika ada penduduk yang akan meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama supaya jiran jiran diberitahu dan jika perlu beritahu pihak polis. Dalam masa perayaan ini kadar jenayah terutama kecuriaan, pecah rumah dan rompakan selalunya meningkat.
Begitu juga langklah keselamatan ketika memandu dijalan jalan raya. Jangan minum minuman keras dan memandu, kerana ia adalah penyebab utama kemalangan.
KRT Taman Intan bercadang untuk mengadakan jamuan Tahun Baru Cina dalam masa terdekat. Mengikut pandangan penduduk berbangsa cina, jamuan seeloknya diadakan selepas perayaan Chap Goh Meh iaitu pada akhir minggu kedua perayaan.
Sekali lagi KRT Taman Intan mengucapkan A Happy and Prosperous Chinese New Year.

Ahad, 7 Februari 2010

Kemalangan di Persimpangan Taman Emas Suria

Sebentar tadi lebih kurang jam 7.45 malam berlaku lagi satu kemalangan di persimpangan Taman Intan-Taman Emas Suria. Sebuah kereta dari Lencongan Barat melanggar sebuah kereta lain dipersimpangan tersebut. Kemalangan tersebut tidaklah teruk kerana semua yang terbabit didalam kedua keduia kenderaan tidak mengalami kecederaan.



Dilokasi ini kerap berlaku kemalangan terutaman pada sebelah malam. Punca utama mungkin disebabkan
1.    Pemandu yang datang dari arah Lencongan Barat dan jarang melalui kawasan ini menganggap jalan tersebut laluan terus memasuki Lorong Intan B/6, walhal kenderaan sepatutnya membelok kekanan untuk ke Pekan atau ke kiri untuk ke Taman Arked. Jalan terus kehadapan adalah jalan mati.
2.    Tanda berhenti (stop sign) terlindung oleh pekok yang besar dan tidak kelihatan oleh kenderaan yang datang dari arah Lencongan barat.
3.    Garisan putih pembahagi jalan dan garisan putih merintangi jalan tanda berhenti tiada atau telah pudar.
Cadangan
1.    Pokok besar ditepi persimpangan jalan dibuang untuk menyenangkan penglihatan pemandu
2.    Mengcat jalan dengan cat kuning agar pemandu memperlahankan kenderaan.
3.    Memasang tanda amaran lima puloh meter sebelum persimpangan untuk memberitahu pemandu adanya simpang dihadapan.
4.    Memasang lamu jalan pada persimpangan tersebut
5.    Memasang lampu amaran sebelum persimpangan
Diharapkan pihak bertangggung jawap mengambil tindakan kemalangan dipersimpangan tersebut dapat dielakkan.