Khamis, 19 September 2013

Program Penjagaan Kesihatan Diri

KRT Taman Intan telah menganjurkan program penjagaan kesihatan dan penjagaan diri pada Khamis 19 September 2013 mulai jam 08.30 pagi. Program ini diadakan di Dewan Sri Intan, Taman Intan.

Program ini diadakan dengan kerjasama Pegawai Perubatan serta kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani. Antara aturcara pada program ini termasuk :
  • Ceramah Kesihatan bertajuk 'Etika Batuk' yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bakar, Dr. Shahid Pervez Ahmad
  • Demonstrasi mencuci tangan oleh jururawat pelatih Klinik Kesihatan Bakar Arang
  • Agihan kit penjagaan kesihatan dan pamplet kesihatan kepada AJK KRT Taman Intan.

Seramai 24 orang penduduk dan ahli KRT Taman intan hadir pada program ini. 







KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan klinik kerana menjayakan program ini dan juga kepada penduduk yang hadir.
            

Rabu, 11 September 2013

Mesyuarat AJK

Satu mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada hari Rabu 11 September 2013 jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan, Taman Intan.

Pada mesyuarat ini diterangkan kenapa Jamuan sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini tidak dapat diadakan diatas alasan tiada tarikh sesuai. Ramai penduduk yang mengerjakan kenduri kahwin dan jamuan rumah terbuka. Ada cadangan diterima untuk mengadakan jamuan selepas hari raya Aidil Adha dan jamuan Deepavali pada bulan November nanti.

Mesyuarat menetapkan tarikh untuk mengadakan program kesihatan bersama dengan Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani. Perbincangan telah diadakan dengan pihak klinik dan telah dipersetujui untuk mengadakan ceramah pendek mengenai kesihatan dan demonstrasi pencucian tangan.