Khamis, 18 Mac 2010

Jemputan ke Bengkel e_IDRT dan e_IDSRS

Terima jemputan dari Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional Daerah Kuala Muda/Yan  melalui surat bertarikh 16 Mac 2010, untuk menghadir bengkel e-IDRT dan e_IDSRS yang akan diadakan pada Sabtu, 27 Mac 2010 di Kolej Komuniti Sungai Petani, No.77, Lengkok Cempaka 1, Pusat Bandar Amanjaya, Sungai Petani.

KRT Taman Intan diminta menghantar dua orang wakil terdiri dari Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari.

'

Rabu, 17 Mac 2010

Lawatan Ke Alor Setar

Burkumpul di hadapan Masjid Taman Intan pada jam 0800 pagi dan bertolak pada jam 0830 pagi.
Rombongan
   Kanak : ....................29 orang
   Dewasa : ..................7 orang
Kanak kanak mula berkumpul seawal 7.30 pagi dan mulai resah apabila bas datang 30 minit lambat. 

Sampai ke Muzium padi pada jam 10.00 pagi. Semua kanak kanak dikenakan bayaran RM1.00 dan dewasa RM3.00. Sayang pelantar pemerhati tidak berputar kerana kerosakkan. 
Menghabiskan masa lebihkurang 30 minit. Kemudian berjalan kaki ke Pusat Sains yang terletak di sebelah muzium padi.
Semua kanak kanak seronok berada disini. Masuk adalah percuma. Mereka mencuba pelbagai peralatan yang disediakan di pusat ini.
Keluar dari pusat sains pada jam 1200 tengahhari dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Menara Alor Setar. Sebelum sampai membeli Nasi Ayam bungkus untuk jamuan tengah hari. Semua rombongan menaiki menara dan menghabiskan masa hampir satu jam. Kebetulan ada pameran tamadun Islam di tingkat TH03.
Destinasi seterusnya ialah melawat rumah kelhiran Dr. Mahathir Mohamad, Jalan Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar.
Kemudian rombongan dibawa ke Muzium Negeri. Mereka menghabiskan lebih satu jam disini.
Destinasi seterusnya ialah melawat Kuala Kedah. Terdapat banyak kenderaan dan pekan Kuala Kedah agak sibuk kerana ramai orang berkunjung ke Langkawi. Kanak kanak juga dibawa menyeberangi sungai melintasi Sungai Tok Pasai pergi ke Kota Kuala Kedah.
Rombongan berhenti untuk menikmati laksa Telok Kecai sebelum bertolak pulang ke Sungai Petani.
Kebanyakkan kanak yang menyertai rombongan sangat seronok dan berpuas hati. Ramai yang menyatakan tidak cukup masa semasa di pusat sain negara.
Mungkin tahun hadapan KRT akan menganjurkan lagi rombangan lawatan seperti ini.

'

Ahad, 14 Mac 2010

Cadangan Lawatan untuk Kanak Kanak

Pada mesyuarat AJK yang diadakan pada 05 Mac 2010, semua bersetuju kepada cadangan untuk mengadakan satu lawatan khas untuk kanak kanak yang berumur dari 11 hingga 14 tahun. Lawatan meliputi Alor Setar akan melawat tempat berikut :
a.   Muzium padi
b.   Pusat Sains
c.   Taman Rekresi Gunung Keriang
d.   Menara Alor Setar
e.   Rumah Kelahiran Dr. Mahathir
e.   Muzium Negeri
f.    Kuala Kedah

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kapada kanak kanak tempat tempat yang menjadi tarikan utama di Kedah
Kos pengangkutan dan makan tengah hari akan ditanggung oleh pihak KRT.
.