Khamis, 13 Ogos 2015

Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda mengadakan 'Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya dan Program Pintar Kreatif sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Daerah Kuala Muda pada :

Tarikh :         13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa :           0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat :        Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani










Isnin, 10 Ogos 2015

Mesyuarat AJK - Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya

KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 10 Ogos 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.

Mesyuarat membincangkan tentang majlis yang akan dianjurkan oleh JPNIN Kuala Muda dan meluluskan peruntukan menyediakan jamuan yang akan disumbangkan oleh KRT Taman Intan. Mesyuarat juga membincangkan apakah jenis makanan yang akan disumbangkan. Majlis tersebut adalah : 

'Majlis Semarak Perpaduan Merdeka Raya dan Program Pintar Kreatif sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 peringkat Daerah Kuala Muda'

Tarikh :         13 Ogos 2015 (Khamis)
Masa :           0800 pagi hingga 2.30 petang
Tempat :        Tempat Letak Kereta Dataran Zero Kilimeter, Sungai Petani

Seramai 10 orang AJK dijemput dan mereka dikehendaki hadir pada jam 10.30 pagi dengan memakai pakaian seperti diarahkan.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Mesyuarat AJK - Jamuan Makan Malam

KRT mengadakan mesyuarat AJK pada hari Isnin 07Ogos 2015 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di No.68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.

Mesyuarat membincangkan 'Jamuan Makan Malam' sebagai menghargai jasa dan kerja keras yang diberikan oleh beberapa AJK semasa mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri KRT Taman Intan yang telah diadakan pada Sabtu 01 Ogos 2015.

Mesyuarat bersetuju untuk mangadakan jamuan makan tersebut pada hari Jumaat 14 Ogos 2015 pada jam 8.00 malam. Pengerusi diberi kebebasan memilih lokasi dan menu jamuan makan tersebut.


Ahad, 2 Ogos 2015

Majlis Jamuan Hariraya KRT Zone 3 Kuala Muda

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Muda mengadakan 'Majlis Jamuan Hari Raya untuk Zone 3

Tarikh :         Ahad 02 Ogos 2015
Masa :           Mulai 2.30 petang
Tempat :        Taipan Square, Sungai Petani

KRT Taman Intan diwakli oleh dua orang AJK walaupun jumlah yang dijemput hadir adalah seramai 10 orang. Yang lain walaupun telah diarahkan untuk hadir tidak dapat berbuat demikian atsa sebab dan alasan yang tidak dapat dielakkan.


Sabtu, 1 Ogos 2015

Jamuan Hari Raya - KRT TAMAN INTAN 2015

KRT Taman Intan menganjurkan majlis 'Jamuan Hari Raya 2015' pada :

Tarikh :          Sabtu 01 Ogos 2015
Masa :            11.00 pagi
Lokasi :          Lorong B/6, Taman Intan

Antara menu yang dihidangkan :

  • Laksa
  • Lemang, Ketupat dan Rendang
  • Nasi Himpit
  • Soto
  • Lodeh
  • Buah buahan
  • Bubur Kacang
  • Air Batu Campur
  • Kuih raya

Sambutan yang diberikan oleh penduduk dan warga Taman Intan amatlah menggalakkan. Hampir 250 orang hadir pada majlis itu. Sambutan hangat diberikan oleh masyarakat Cina yang melebihi 60 peratus hadir keseluruhan.

KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada AJK yang bekerja keras menjayakan majlis tersebut.