Ahad, 26 Jun 2011

Mesyuarat AJK 03/2011

Sambutan untuk mesyuarat AJK kali ini amatlah menggalakkan. Kehadiran berjumlah 16 orang kerana kehadiran dua ahli baru. Mesyuarat seperti biasa di Dewan Sri Intan pada Ahad 26 Jun 2011 mulai jam 5.30 petang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada AJK yang memberikan kerjasama dan menyumbangkan tenaga pada program Kem Kesihatan yang di adakan pada 26 April 2011 yang lalu. Semua bersetuju untuk menjadikan ini sebagai program dan aktiviti tahunan. Cadangan membuat pengubahsuaian pada program iaitu menngasingkan ceramah dan pemeriksaan kesihatan.

Sambutan hari kebangsaan dan jamuan hari hari tahun 2011 akan diadakan serentak. Memandangkan sambutan menggalakkan jamuan akan diadakan pada lokasi seperti tahun lepas iaitu padang Fasa 1 Taman Intan. Sebagai langkah menjimatkan kos, semua AJK bersetuju untuk memasak sendiri. Cara ini juga akan merapatkan lagi hubungan antara penduduk.

Lawatan untuk ahli KRT diputuskan pada bulan Oktober 2011 dan akan pergi ke Melaka. Lawatan dijangka untuk dua hari tiga malam. Ahli akan dikenakan bayaran.