Sabtu, 14 April 2012

Kem Kesihatan Taman Intan 2012

KRT Taman Intan sekali lagi menanjurkan aktiviti tahunan berupa 'Saringan Kesihatan' untuk penduduk taman tersebut. Saringan kesihatan ini dianjurkan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Program ini diadakan pada hari Sabtu 14 April 2012 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lakasi program adalah di Dewan Seri Intan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk :
  • Ukuran ketinggian
  • Berat badan
  • BMI atau Jisim Berat Badan
  • Pemeriksaan Gula dalam Darah (Diabetes)
  • Tekanan Darah
  • Pap Smear
Disamping itu, khidmat nasihat dan kaunseling diberikan oleh kakitangan klinik kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Mereka dinasihatkan datang ke klinik untuk mendapatkan ujian atau rawatan lanjut.

Berbeza dengan tahun tahun sebelumnya, program saringan kesihatan tahun ini di tambah dengan pemeriksaan mata yang disediakan oleh syarikat swasta bertujuan memeriksa tahap penglihatan penduduk Taman Intan. KRT Taman Intan menjemput sebuah syarikat swasta menyediakan perkhidmatan 'pemeriksaan mata'. Ini adalah satu tambahan perkhidmatan baru yang mana dapat memberi satu kelainan dari program yang pernah diadakan selama ini. Mereka yang menjalani pemeriksaan mata boleh terus menempah kaca (cermin) mata dari syarikat tersebut sekiranya perlu. Perkhidmatan ini mendapat sambutan luarbiasa dan mereka terpaksa menunggu lama untuk pemeriksaan.

Satu lagi tambahan adalah menjemput wakil dari produk makanan tambahan 'exfuse' mempamirkan produk mereka. Produk ini adalah 'extract' tujuh jenis buah buahan yang diambil dari merata negara di dunia. Extract ini amat sesuai untuk mengurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis, disamping banyak lagi kebaikan. Orang ramai diberi taklimat produk melalui penerangan, brochure dan tayangan video. Sampel produk juga diberikan secara percuma. Mereka yang berminat boleh mendapatkan produk makanan kesihatan tersebut dari wakil syarikat.

Untuk memeriahkan lagi kem kesihatan yang dilangsung, satu program sukaneka untuk kanak kanak dibawah enam tahun di jalankan serentak. Tujuan sukaneka diadakan adalah memberikan kanak yang datang menemani ibu bapa ke program menghabiskan masa mereka dengan sukan yang dijalankan.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk sangatlah menggalakkan. Penduduk yang ingin menjalani ujian dan pemeriksaan datang awal pagi. Mereka terdiri dari lelaki dan wanita yang kebanyakkan pada peringkat umur usia emas. Pemeriksaan tambahan untuk wanita dilakukan iaitu ujian Pap Smear.

Hampir 140 orang menjalani pemeriksaan dan 30 orang wanita menjalani ujian 'pap smear'. Rata rata orang ramai yang menjalani pemeriksaan menyatakan amat berpuas hati tentang perkhidmatan yang disediakan. Kakitangan klinik kesihatan dan panel penasihat amat mesra dan memberikan khidmat yang amat baik dan memuaskan.

KRT Taman Intan juga mengambil kesempatan program ini untuk menyampaikan hadiah peraduan 'Laman Cantik' yang dianjurkan oleh Jiran Usia Emas yang diadakan pada awal tahun. Peraduan Laman Cantik diadakan untuk menggalakkan penduduk menghiaskan halaman rumah masing masing.

Jamuan ringan disediakan untuk orang ramai yang datang menjalankan pemeriksaan.

Pendaftaran
Ukur tinggi dan berat
Ujian Pap Smear
ikut giliran
Tekanan darah
Ujian Kandungan gula
Alright ...
Pemeriksaan mata
Sukaneka untuk kanak kanak
Pemenang pertama peraduan Laman Cantik
Naib johan
Hadiah ketiga Laman Cantik
Penyampaian hadiah sukaneka kanak kanak

Pengerusi KRT Taman Intan mewakili semua Ahli Jawatankuasa dan penduduk Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat dan kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani keatas sumbangan perkhidmatan yang di berikan.

Juga pihak KRT Taman Intan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan disepanjang program tersebut. Dewan tidak dapat menyediakan bilik air kepada pengunjung dan kakitangan kerana bekalan air telah ditamatkan.


Rabu, 11 April 2012

Gotong Royong - Dewan Seri Intan

Satu program gotong royong diadakan pada hari Rabu 11 April 2012 mulai jam 5.30 petang. Program dihadiri oleh beberapa AJK dan penduduk Taman Intan untuk membersihkan dewan sempena dengan program Kem Kesihatan yang akan diadakan pada Sabtu 14 April nanti.

Kerja kerja yang dilakukan :
  • Mesin rumput disekeliling banguna dewan
  • Memotong dahan pokok
  • Membersihan longkang 
  • Menyapu lantai luar dewan
Sebahagian mereka melakukan kerja kerja pembersihan dan menyusun di dalam dewan
  • Membersihkan bilik untuk pemeriksaan 
  • Menyusun perabot termasuk kerusi dan meja
  • Menyediakan tempat untuk pemeriksaan kesihatan
  • Membaiki kerosakkan kecil
  • Mengecat bahagian yang rosak
  • Mengantung sepanduk 
 KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam gotong royong ini.
    

Khamis, 5 April 2012