Selasa, 31 Ogos 2010

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke 53

KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dan kepada semua warga Taman Intan, Sungai Petani Kedah.


Walaupun tiada sambutan seperti tahun tahun terdahulu disebabkan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, diharapkan warga taman ini masih dapat menghayati erti kemerdekaan yang dikecapi selama ini.


Jumaat, 20 Ogos 2010

Penyerahan Sumbangan/Derma Kepada Balu Ismail Hashim

KRT Taman Intan yang diwakili oleh Pengerusi, Bendahari dan seorang Jiran Wanita menyerahkan sumbangan dan derma dari KRT Taman Intan kepada Arwah Ismail Bin Hashim seorang AJK KRT Taman Intan yang meninggal dunia  pada bulan lepas.

Sumbangan dan derma sebanyak RM100.00 adalah sebagai penghargaan kepada khidmat bakti Ismail Bin Hashim yang diberikan oleh beliau sejak penubuhan KRT taman ini.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bantahan Pembinaan Jalan


Pada Khamis 12 Ogos 2010 beberapa penduduk Taman Intan berkumpul dihadapan deretan kedai  di Lorong A Taman Intan untuk membantah pembinaan jalan di atas kawasan hijau taman.

Satu syarikat pemaju akan membina beberapa unit rumah kediaman  diatas tapak  yang masih kosong. Jalan sedia ada melalui tapak tersebut. Oleh itu syarikat tersebut mengalihkan jalan sedia ada dan menggantikan jalan tersebut diatas kawasan hijau tersebut. 

Bantahan secara aman dilakukan oleh penduduk pelbagai kaum iaitu Cina, Melayu dan India. Beberapa wakil media juga hadir dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Intan memberi 'press statement' berkenaan hal tersebut.

Selasa, 10 Ogos 2010

Selamat Berpuasa

KRT Taman Intan mengucapkan selamat bepuasa kepada semua warga taman yang beragama Islam. Disamping beribadat janganlah lupa untuk menhayati erti puasa dan jangan pula membazir dengan makanan yang berlebihan semasa berbuka.

Aktiviti senaman 'Wai Tan Kung' diteruskan seperti biasa. Ahli yang beragama Islam digalakkan terus melakukan senaman ini kerana ia tidak menjejaskan ibadah puasa dan senaman yang diadakan pada awal pagi tidak begitu memenatkan atau meletihkan.

Bagitu juga dengan senaman 'Tai Chi'. Walaupun bilangan warga Islam dalam aktiviti ini amat sedikit, tetapi eloklah diteruskan seperti biasa.

Kepada warga muslimah Jiran Wanita yang terlibat dalam gotong royong membersihkan masjid setiap dua minggu, aktiviti ini amat sesuai diteruskan memandangkan ramai penduduk kegunaan masjid pada bulan Ramadhan.


Ahad, 8 Ogos 2010

Mesyuarat AJK Induk - 3/2010

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada 08 Ogos 2010 mulai jam 5.30 petang di Dewan Sri Intan, Taman Intan Sungai Petani.

Mesyuarat bersetuju :
1.    Mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada hari Sabtu 18hb. September 2010 dan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM3000.00. Jamuan terbuka Hari Raya akan diadakan di Padang Taman Intan, Lorong A. 
Persediaan:
         Sewa Khemah - Sebanyak tiga unit khemah akan disewa. Tempahan dibuat awal

Menu:
        Lemang
        Laksa
        Mee Goreng
        Ketupat Pulut
        Nasi Himpit
        Kueh raya (AJK atau ahli yang berminat boleh membawa kueh raya sendiri)

Jemputan
       Kad/surat jemputan
       Banner

Aktiviti Tambahan
      Tunas Jiran. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Pengerusi Tunas Jiran.

     Akan menjemput kumpulan Tai Chi dan Wai Tan Kung untuk mengadakan latihan harian di Padang sebelum jamuan.

2.    Sumbangan Iklas 
       AJK bersetuju KRT Taman Intan membuat sumbangan ikhlas kepada keluarga Allahyarham Ismail Hashim yang kembali ke Rahmatullah pada 14 Julai 2010 sebanyak RM100.00 sebagai mengenang jasa baik beliau dan sumbangan beliau sebagai AJK KRT Taman Intan.

3.   Sumbangan Dewan
      KRT membayar RM90.00 sebagai  sumbangan kegunaan Dewan Sri Intan untuk kegunaan letrik dan air. Kali terakhir sumbangan diberikan adalah pada April 2009.

4.    Senggaraan Dewan
      KRT akan membiayai 50% kos senggaraan dewan seperti memotong rumput, meracun dan senggaraan am.

5.   Saguhati Penertaan Pertandingan Bacaan Al Qur'an
      Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan membaca AlQur'an peringkat remaja anjuran KRT Taman Delima diberi sumbangan wang tunai sebanyak RM15.00 setiap orang sebagai penghargaan dan galakan. Mereka juga akan diberi Sijil Penyertaan.