Isnin, 18 November 2013

Mesyuarat Jiran Remaja

Mesyuarat Jiran Remaja KRT Taman Intan diadakan pada Isnin 18 Nobemver 2013 dan diadakan di Dewan Seri Intan pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat ini adalah untuk membincangkan pertandingan bola sepak untuk penduduk Taman Intan serta taman taman bersebelahan

Mesyuarat membincangkan :


1.   Tarikh 

Perlawanan bolasepak akan diadakan pada pertengahan bulan Disember 2013 iaitu musim cuti sekolah.


2.   Lokasi perlawanan

Perlawanan akan diadakan di tapak bersebelahan dengan Dewan orang ramai Seri Intan, Taman Intan


3.  Perlantikan AJK

Mesyuarat telah melantik AJK perlawaan tersebut. AJK kecil ini bertanggungjawap untuk menghebahkan kepada remaja kawasan ini yang berminat untuk menyertai pertandingan. 

AJK yang dilantik akan menyediakan :-

a.  peraturan pertandingan, borang, 

b.  persediaan padang

c.  peralatan termasuk bola, jaring, mengecat 

d.  persediaan makanan dan minuman

e.  hadiah

f.  lain lain


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan bermesyuarat lagi satu minggu sebelum tarikh perlawanan diadakan.

       

Jumaat, 15 November 2013

Mesyuarat AJK Induk

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada hari Jumaat 15 November 2013 mulai jam 5.00 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan Taman Intan. Seramai 16 orang AJK menghadiri mesyuarat ini,

Pengerusi menerangkan bahawa bilangan mesyuarat serta aktiviti sepanjang tahun 2013 berkurangan kerana dewan orang ramai digunakan untuk persedaaan pilihan raya umum PRU 13 yang diadakan pada pertengahan tahun ini. 


Perkara yang dibincangkan pada mesyuarat kali ini termasuk:

1.   Penghargaan Kepada Murid Cemerlang UPSR

Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar tahun enam yang mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan UPSR 2013. Senarai pelajar yang mendapat 5A akan didapati dari sekolah sekolah dan akan menghebahkan kepada penduduk Taman Intan. Jika ada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, satu majlis penyerahan hadiah berupa wang tunai akan diadakan.

Hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50.00 akan diberikan kepada pelajar.


2.  Cadangan Gotong Royong Membersihkan Padang

Ahli mencadangkan untuk membuat gotong royong membersihkan padang Taman Intan Fasa A & B. Padang ini dipenuhi dengan batu dan ini membahayakan kanak kanak yang bermain di padang tersebut. Juga dicadangkan untuk mengutus surat memohon bantuan dari MPSP dan E-Idaman pada gotong royong tersebut.


3.   Lawatan Sambil Belajar

AJK memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Tarikh serta kos masih belum ditetapkan dan akan diberitahu jika mendapat sambutan.


4.  Lawatan Untuk Pelajar

Lawatan untuk pelajar sekolah berumur bawah 15 tahun akan dirancang untuk tahun ini. Lawatan kali ini ialah ke Pulau Pinang pada bulan Disember atau bulan Januari tahun 2014.


5.  Jamuan Akhir Tahun

Seperti yang biasa dilakukan AJK mencadangkan untuk mengadakan jamuan akhir tahun sebagai penghargaan kepada AJK yang memberikan sumbangan serta perkhidmatan kepada KRT Taman Intan. Tarikh dan tempat akan ditetapkan pada mesyuarat akan datang.


6.   Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan mesyuarat akan datang akan diadakan paa bulan Disember 2013.

        

Ahad, 10 November 2013

Penyerahan Peti Maklumat Polis

KRT Taman Intan menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Penyerahan Peti Maklumat Polis yang diadakan pada Ahad 10 November 2013 di Amanjaya Mall bermula pada jam 3.00 petang.