Ahad, 26 Februari 2012

Mesyuarat Jiran Usia Emas

AJK Jiran Usia Emas mengadakan mesyuarat kali pertama untuk tahun 2012 pada Ahad 26 Februari 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Seri Intan, Taman Intan mulai jam 5.30 petang.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan disepanjang tahun 2012. Kem kesihatan dicadangakan pada 14 April 2012. Pengerusi akan menulis surat kepada Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk tujuan tersebut.

Penyampaian hadiah untuk pertandigan 'Laman Cantik' akan dibuat pada hari kem kesihatan tersebut.

Selain itu dicadangkan aktiviti untuk kanak kanak diadakan pada tarikh yang sama.
  
 

Jumaat, 24 Februari 2012

Kursus memasak Nasi Bukhari ...

Jiran Wanita KRT Taman Intan sekali lagi menganjurkan kursus memasak untuk ahli ahlinya. Kursus ini kali kedua diadakan pada bulan ini.

Kursus memasak nasi bukhari ini dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani. Kursus diadakan di kolej tersebut. Seramai 15 orang ahli wanita menghadiri kursus tersebut. Kursus bermula mulai jam 09.00 hingga 12.00 tengah hari.


     

Sabtu, 18 Februari 2012

Kursus Penyediaan Makanan Sejukbeku

Seramai 15 orang ahli Jiran Wanita KRT Taman Intan menghadiri Kursus Memasak dan Penyediaan 'Frozen Food'. Kursus sehari yang diadakan pada Sabtu 18 Februari 2012 mulai jam 09.00 pagi dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani dan diadakan di  kolej tersebut.

Ahli jiran wanita diajar untuk menyediakan dan memasak makanaih terutama kueh termasuk doughnut, karipap dan semosat yang sesuai untuk disejukbeku.
   
Berlanjutan dengan sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta, satu lagi kursus dirancang bersama kolej komuniti dalam masa terdekat. Kali ini kolej komuniti akan mengajar penyediaan dan memasak 'nasi bukhari'.
 

Isnin, 13 Februari 2012

Mesyuarat Jiran Wanita 01/2012

Jiran wanita KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat kali pertama untuk tahun 2012 pada Ahad 12 Februari 2012 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan mulai jam 5.30 petang.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun 2012. Diantara aktiviti yang dijalankan untuk Jiran Wanita termasuk :
  • Kursus memasak
  • Belajar Bahasa
 Jiran Wanita juga telah melantik Setiausaha baru untuk tahun ini.
    

Sabtu, 11 Februari 2012

Penyampaian Sijil Kursus Bahasa Arab

Hari penyampaian sijil Belajar Bahasa Arab untuk ahli ahli Jiran Wanita KRT Taman Intan diadakan pada hari Sabtu 11 Feb. 2012. Majlis penyampaian sijil di adakan di Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al Barakah, Kampung Haji Kudung, Kota Kuala Muda. Ia diadakan dipusat ini kerana pengajar yang dilantik oleh Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Ustaz Mat Tormizi Bin Md Arof adalah pengasas pusat ini. Kebetulan ada program yang dianjurkan dan kesempatan ini digunakan untuk penyampaian sijil kursus Bahasa Arab.

Sijil disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani mewakali pengarah kolej tersebut yang tidak dapat hadir.

Jiran Wanita KRT telah menganjurkan kursus Bahasa Arab untuk kaum wanita Taman Intan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani. Kursus diadakan di Masjid Taman Intan dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan hari Selasa. Setiap kuliah berjalan selama dua jam mulai 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pihak Kolej Komuniti Sungai Petani menyediakan tenaga pengajar tetap. Bahan bahan pembelajaran seperti buku teks dan buku latihan juga disediakan secara percuma. Bahan rujukan dan latihan tambahan disediakan dengan kos yang minima.

Kursus Bahasa Arab anjuran KRT Taman Intan dan Kolej Komuniti Sungai Petani telah bermula pada bulan Mac 2011 selama tiga bulan untuk peringkat pertama. Peringkat Kedua telah bermula pada penghujung bulan September 2011.

Peringkat seterusnya iaitu peringkat ketiga akan bermula pada bulan Mac 2012.Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Seramai 36 orang wanita mendaftar. 



Jumaat, 10 Februari 2012

Mesyuarat AJK 01.2012

KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pertama tahun 2012 pada hari Jumaat 10 Februari 2012 mulai 5.40 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan. Seramai 13 orang AJK hadir pada mesyuarat ini.

AJK mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada AJK berbangsa Cina dan juga mengucapkan Thaipusam kepada penganut Hindu sempena dengan perayaan yang baru lalu.

Antara perkara yang dibincangkan :

Kekerapan Mesyuarat

Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan Jiran Remaja diharapkan untuk bermesyuarat lebih kerap sebelum mengadakan aktiviti.

Lawatan Sambil Belajar untuk Remaja

Satu lawatan untuk remaja bawah 12 tahun (sekolah rendah) akan diadakan pada cuti persekolahan Mac 2012. Kanak kanak akan dibawa melawat ke Taiping dan sekitar.

Cadangan Lawatan ke Thailand

AJK bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Thailang selama lima hari. Anggaran perbelanjaan untuk pengangkutan dan penginapan adalah sebanyak RM600.00 sehari tidak termasuk makanan. Tarikh sebenar akan ditetapkan kemudian jika mendapat sambutan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan cara kehidupan komuniti jiran negara kita. Banyak persamaan budaya, pekerjaan dan social mereka dengan rakyat malaysia.