Sabtu, 29 Disember 2012

Jamuan Akhir Tahun

KRT Taman Intan mengadakan jamuan akhir tahun untuk AJK. 

Jamuan diadakan disebuah restoren berhampiran Taman Intan pada hari Jumaat 28 Disember 2012 pada jam 8.00 malam.

Jamuan ini diadakan setiap tahun untuk menghargai jasa dan sumbangan AJK KRT Taman Intan. Juga untuk menggalakkan ahli AJK terus memberikan kerjasama dan sumbangan terhadap kelancaran aktiviti dan program yang diadakan disepanjang tahun.   


Selasa, 25 Disember 2012

Program Mesra Rukun Tetangga

Program Mesra Rukun Tetangga Sungai Petani bersama Ketua Polis Negeri Kedah diadakan pada hari Selasa 25 Disember 2012 bermula pada jam 8.00 malam. Program diadakan di Kompleks Penyayang Sungai Petani. Program ini dianjurkan untuk memberi penerangan perkembangan terkini tentang keadaan yang terjadi di Sungai Petani

Program ini dihadiri oleh hampir 300 orang terdiri dari wakil dari KRT di kawasan Sungai Petani.

Penerangan diberikan oleh Ketua Polis Kedah tentang rintitan yang membawa kepada kejadian yang berlaku supaya semua faham apa yang sebenarnya berlaku. Kejadian bermula pada 16 Disember lalu disebabkan pergaduhan kumpulan mat rempit dan melarat kepada kumpulan kongsi gelap dan samseng. Beberapa kejadian lain yang tiada bersangkut paut kemudian dihebahkan menjadi seolah olah berlaku pergaduhan kaum.

Kedatangan beberapa kumpulan dari kawasan luar Sungai Petani memburukkan keadaan. Berita ini disebarkan melalui internet.



Selasa, 18 Disember 2012

Kem Memperkasa Kendiri

KRT Taman Intan menghantar 4 orang peserta remaja untuk menghadiri Kem Memperkasa Kendiri kepimpinan Jiran Muda 2012 (Program RIMUP Daerah Kuala Muda Yan) yang diadakan pada :

Tarikh :           16, 17 dan 18 Disember 2012
bertempat di :  Kem D'Omland Teluk Bayu, Tikam Batu

Seramai 52 remaja lelaki dan perempuan berumur diantara 14 hingga 17 tahun dari KRT di Daerah Kuala Muda penyertai kem ini.



Antara Objektif Program ini termasuk :
  • Memupuk dan memperkasa semangat kepimpinan dalam diri remaja
  • membentuk sekumpulan remaja yang dinamik, efisyen dan berkarisma dalam pelbagaiu aspek terutamanya dari aspek kepimpinan dan sahsiah diri
  • Menanam nilai nilai murni dan positif dikalangan remaja agar lebih bersemangat dan berdaya saing untuk menghadapi cabaran global
  • Mencungkil bakat kepimpinan dan mengasah ideologi dikalangan remaja untuk menjadi individu berkredibiliti tinggi.

Remaja yang menghadiri kem ini didedahkan dengan pelbagai program termasuk
  • Flying Fox
  • Kuliah Agama
  • Night Self Tracking
  • Senaman Pagi
  • Water Confident / Kayak
  • Rentas Bakau
  • Pengurusan Diri
  • Solat
  • Ceramah
Remaja yang menyertai kem ini amat berpuas hati dan menyifatkan satu pengalaman yang amat berharga. Mereka berjaya mengatasi segala cabaran, kesulitan dan aktiviti didalam program tersebut. Walaupun pada mulanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain tetapi diakhir program mereka dapat bergaul dan berinteraksi dengan begitu baik sekali. 

Ibu bapa yang dijemput menghadiri majlis penutup kem remaja tersebut berasa amat berbangga anak anak mereka dapat melalui semua program yang diadakan dengan jayanya dan bergembira anak mereka dipilih menjadi peserta.



Sabtu, 8 Disember 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK kali terakhir untuk tahun 2012 diadakan pada Sabtu 08 Disember 2012 pada jam 5.00 petang di dewan Sri Intan Taman Intan.

Mesyuarat meluluskan perkara perkara berikut :

1.      Penyertaan Kem Memperkasa Kendiri

JPNIN Kuala Muda mempelawa penyertaan dari remaja yang berusia 14 hingga 17 tahun untuk menyertai 'Kem Memperkasa Kendiri Kepimpinan 2012 (Program RIMUP Daerah Kuala Muda) yang akan diadakan pada 16, 17 dan 18 Dismeber 2012 di Kem D'Omland, Teluk Bayu, Tikam Batu.

Setiap KRT diperlukan menghantar 4 orang peserta terdiri dari 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari pelbagai kaum.

2.     Jamuan AJK Akhir Tahun

Jamuan akhir tahun untuk AJK KRT Taman Intan akan diadakan pada hari Jumaat 28 Disember 2012. Tempat dan lokasi akan diberitahu kelak

3.    Lawatan sambil Belajar

Oleh kerana kesuntukkan masa, lawatan untuk ahli dirancang pada pertengahan bulan Januari 2013. Dicadangkan lawatan ke Betong Selatan Thailand untuk melawat tempat tempat menarik dan bersejarah termasuk terowong komunis dan kolam air panas.

Kos setiap peserta akan diberitahu kelak.

4.     Pemilihan AJK untuk Tahun 2013 ~ 2014

Semua AJK dikehendaki mengemukakan dan menyerahkan nama calon AJK untuk tahun 2013 ~ 2014 kepada setiausaha pada atau sebelum Ahad 23 Disember 2012.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.15 petang.
    

Rabu, 14 November 2012

Sabtu, 10 November 2012

Ahad, 2 September 2012

Jamuan Hari Raya 2012

KRT Taman Intan mengadakan majlis sambutan Hari Raya untuk tahun 2012 secara kecil kecilan sahaja. Majlis diadakan di Dewan Sri Intan pada Ahad 02 Sept 2012 sempena cuti umum sebagai gantian kepada cuti Hari Kemerdekaan yang jatuh pada hari Jumaat yang lepas.

Majlis dimulakan pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.Walau ketpun majlis dibuat kecil kecilan tetapi mendapat sambutan dari ketiga tiga kaum utama penduduk Taman Intan. Orang dewasa serta kanak kanak datang menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Diantara menu ialah laksa, mee hoon dan ketupat.





Khamis, 30 Ogos 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRTTaman Intan diadakan pada Khamis 30 Ogos 2012 mulai jam 5.00 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Sri Intan.

Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan majlis jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Majlis dijangka akan diadakan pada Ahad 02 September 2012. Majlis jamuan hari raya tersebut juga sebagai sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

Majlis akan diadakan berskala lebih kecil dari sebelumnya dan akan diadakan di Dewan Sri Intan berbanding dengan di lokasi padang Taman Intan sejak beberapa tahun kebelakangan. Ini adalah kerana jumlah bajet yang berkurangan. Mesyuarat hanya menjemput lebih kurang 150 orang untuk majlis ini.


Sabtu, 14 April 2012

Kem Kesihatan Taman Intan 2012

KRT Taman Intan sekali lagi menanjurkan aktiviti tahunan berupa 'Saringan Kesihatan' untuk penduduk taman tersebut. Saringan kesihatan ini dianjurkan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani.

Program ini diadakan pada hari Sabtu 14 April 2012 mulai jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lakasi program adalah di Dewan Seri Intan.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk :
  • Ukuran ketinggian
  • Berat badan
  • BMI atau Jisim Berat Badan
  • Pemeriksaan Gula dalam Darah (Diabetes)
  • Tekanan Darah
  • Pap Smear
Disamping itu, khidmat nasihat dan kaunseling diberikan oleh kakitangan klinik kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan. Mereka dinasihatkan datang ke klinik untuk mendapatkan ujian atau rawatan lanjut.

Berbeza dengan tahun tahun sebelumnya, program saringan kesihatan tahun ini di tambah dengan pemeriksaan mata yang disediakan oleh syarikat swasta bertujuan memeriksa tahap penglihatan penduduk Taman Intan. KRT Taman Intan menjemput sebuah syarikat swasta menyediakan perkhidmatan 'pemeriksaan mata'. Ini adalah satu tambahan perkhidmatan baru yang mana dapat memberi satu kelainan dari program yang pernah diadakan selama ini. Mereka yang menjalani pemeriksaan mata boleh terus menempah kaca (cermin) mata dari syarikat tersebut sekiranya perlu. Perkhidmatan ini mendapat sambutan luarbiasa dan mereka terpaksa menunggu lama untuk pemeriksaan.

Satu lagi tambahan adalah menjemput wakil dari produk makanan tambahan 'exfuse' mempamirkan produk mereka. Produk ini adalah 'extract' tujuh jenis buah buahan yang diambil dari merata negara di dunia. Extract ini amat sesuai untuk mengurangkan masalah darah tinggi dan kencing manis, disamping banyak lagi kebaikan. Orang ramai diberi taklimat produk melalui penerangan, brochure dan tayangan video. Sampel produk juga diberikan secara percuma. Mereka yang berminat boleh mendapatkan produk makanan kesihatan tersebut dari wakil syarikat.

Untuk memeriahkan lagi kem kesihatan yang dilangsung, satu program sukaneka untuk kanak kanak dibawah enam tahun di jalankan serentak. Tujuan sukaneka diadakan adalah memberikan kanak yang datang menemani ibu bapa ke program menghabiskan masa mereka dengan sukan yang dijalankan.

Sambutan yang diberikan oleh penduduk sangatlah menggalakkan. Penduduk yang ingin menjalani ujian dan pemeriksaan datang awal pagi. Mereka terdiri dari lelaki dan wanita yang kebanyakkan pada peringkat umur usia emas. Pemeriksaan tambahan untuk wanita dilakukan iaitu ujian Pap Smear.

Hampir 140 orang menjalani pemeriksaan dan 30 orang wanita menjalani ujian 'pap smear'. Rata rata orang ramai yang menjalani pemeriksaan menyatakan amat berpuas hati tentang perkhidmatan yang disediakan. Kakitangan klinik kesihatan dan panel penasihat amat mesra dan memberikan khidmat yang amat baik dan memuaskan.

KRT Taman Intan juga mengambil kesempatan program ini untuk menyampaikan hadiah peraduan 'Laman Cantik' yang dianjurkan oleh Jiran Usia Emas yang diadakan pada awal tahun. Peraduan Laman Cantik diadakan untuk menggalakkan penduduk menghiaskan halaman rumah masing masing.

Jamuan ringan disediakan untuk orang ramai yang datang menjalankan pemeriksaan.

Pendaftaran
Ukur tinggi dan berat
Ujian Pap Smear
ikut giliran
Tekanan darah
Ujian Kandungan gula
Alright ...
Pemeriksaan mata
Sukaneka untuk kanak kanak
Pemenang pertama peraduan Laman Cantik
Naib johan
Hadiah ketiga Laman Cantik
Penyampaian hadiah sukaneka kanak kanak

Pengerusi KRT Taman Intan mewakili semua Ahli Jawatankuasa dan penduduk Taman Intan mengucapkan ribuan terima kasih kepada panel penasihat dan kakitangan Klinik Kesihatan Bakar Arang Sungai Petani keatas sumbangan perkhidmatan yang di berikan.

Juga pihak KRT Taman Intan memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan disepanjang program tersebut. Dewan tidak dapat menyediakan bilik air kepada pengunjung dan kakitangan kerana bekalan air telah ditamatkan.


Rabu, 11 April 2012

Gotong Royong - Dewan Seri Intan

Satu program gotong royong diadakan pada hari Rabu 11 April 2012 mulai jam 5.30 petang. Program dihadiri oleh beberapa AJK dan penduduk Taman Intan untuk membersihkan dewan sempena dengan program Kem Kesihatan yang akan diadakan pada Sabtu 14 April nanti.

Kerja kerja yang dilakukan :
  • Mesin rumput disekeliling banguna dewan
  • Memotong dahan pokok
  • Membersihan longkang 
  • Menyapu lantai luar dewan
Sebahagian mereka melakukan kerja kerja pembersihan dan menyusun di dalam dewan
  • Membersihkan bilik untuk pemeriksaan 
  • Menyusun perabot termasuk kerusi dan meja
  • Menyediakan tempat untuk pemeriksaan kesihatan
  • Membaiki kerosakkan kecil
  • Mengecat bahagian yang rosak
  • Mengantung sepanduk 
 KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam gotong royong ini.
    

Khamis, 5 April 2012

Sabtu, 31 Mac 2012

Mesyuarat AJK

Sebagai persediaan 'Kem Pemeriksaan Kesihatan' yang akan diadakan pada 14 April 2012, semua AJK Induk, Jiran Wanita, Jiran Usia Emas dan Jiran Remaja mengadakan mesyuarat untuk membincangkan secara terperinci program tersebut.

Mesyuarat diadakan mulai jam 5.30 petang pada Sabtu 31 Mac 2012, di Dewan Orang Ramai Seri Intan.


Mesyuarat mempericikan kos untuk program tersebut dan diluluskan oleh mesyuarat. Tugas tugas diagihkan kepada AJK yang hadir

Persiapan :

1.   Surat kepada Klinik Kesihatan
2.   Flyer atau pemberitahuan kepada penduduk
3.   Banner
4.   Persediaan tempat
5.   Jamuan ringan
6.   Cenderahati kepada kakitangan klinik
7.   Edaran pemberitahuan 
8.   Persediaan tempat

Selain itu penyampian hadiah kepada pemenang untuk 'Laman Cantik' anjuran Jiran Usia Emas yang diadakan baru baru akan disampai pada program tersebut.

Satu aktiviti untuk kanak kanak kecil yang datang menemani ibu bapa untuk membuat pemeriksaan dirancang. Aktiviti tersebut melibat sukan kanak kanak yang mudah sambil mereka menunggu ibu bapa.
          

Rabu, 14 Mac 2012

Lawatan Jiran Muda - Taiping

Jiran Muda KRT Taman Intan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping Perak pada Rabu 14 Mac 2012. Lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti tahunan anjuran Jiran Remaja bertujuan untuk memberikan pendedahan serta ilmu pengetahuan kepada remaja di taman ini.

Seramai 34 orang remaja menyertai lawatan ini, terdiri dari 3 remaja Cina, 6 remaja India dan 25 remaja Melayu. Kebanyakkan remaja berusia 12 tahun kebawah dan ada juga yang berusia lebih tiga belas tahun kerana menggantikan remaja yang telah mendaftar tetapi tidak dapat ikut serta atas alasan dan sebab tertentu.

Peserta berkumpul di Masjid Taman Intan dan rombongan bertolak jam 08.30 pagi.




Sabtu, 10 Mac 2012

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan diadakan pada Sabtu 10 Mac 2012 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Intan untuk membincangkan tentang lawatan kanak ke Taiping pada Rabu 14 Mac 2012. Lawatan anjuran Jiran Remaja KRT Taman Intan.

Mesyuarat meluluskan perbelanjaan sebanyak RM1,000.00 untuk sewa bas dan makanan dan minuman untuk peserta rombongan.

Lawatan ini adalah salah satu aktiviti tahunan untuk Jiran Muda (remaja)  yang dianjurkan KRT Taman Intan. Lawatan bertujuan memupuk keharmonian diantara pelajar dan remaja  Taman Intan. Disamping memberikan ilmu pengetahuan, pendedahan dan pengalaman.

Semua peserta akan berkumpul di hadapan masjid Taman Intan pada jam 8.00 pagi. Bertolak sebaik sahaja semua peserta hadir dan dikira. Dijangka akan sampai semula pada jam 9.00 malam.


Syarat dan peraturan :

1.  Terbuka kepada kanak kanak lelaki dan perempuan yang bermestautin di bawah KRT Taman Intan. Berusia tidak lebih 12 tahun. Pelajar sekolah rendah. Setiap peserta mesti mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.

2.  Tambang bas ditanggung oleh KRT Taman Intan. Air mineral dan makanan ringan pagi akan disediakan. Peserta perlu membawa wang secukupnya perbelanjaan makan dan minum tengah hari, petang dan malam, serta wang tiket melawat Zoo Taiping.

3.  Peserta mesti berpakaian kemas dan memakai kasut. Digalakkan membawa pakaian tambahan.

4.  Tempat adalah terhad. Setiap peserta perlu mengisi borang yang disediakan. Borang hendaklah dikembalikan kepada AJK atau pengerusi sebelum atau pada hari Jumaat 09 Mac 2012.

5.  Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan ikut serta.

6.  Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan AJK KRT Taman Intan atau pengerusi pada talian o124256295.
  

Ahad, 26 Februari 2012

Mesyuarat Jiran Usia Emas

AJK Jiran Usia Emas mengadakan mesyuarat kali pertama untuk tahun 2012 pada Ahad 26 Februari 2012. Mesyuarat diadakan di Dewan Orang Ramai Seri Intan, Taman Intan mulai jam 5.30 petang.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan disepanjang tahun 2012. Kem kesihatan dicadangakan pada 14 April 2012. Pengerusi akan menulis surat kepada Klinik Kesihatan Bakar Arang untuk tujuan tersebut.

Penyampaian hadiah untuk pertandigan 'Laman Cantik' akan dibuat pada hari kem kesihatan tersebut.

Selain itu dicadangkan aktiviti untuk kanak kanak diadakan pada tarikh yang sama.
  
 

Jumaat, 24 Februari 2012

Kursus memasak Nasi Bukhari ...

Jiran Wanita KRT Taman Intan sekali lagi menganjurkan kursus memasak untuk ahli ahlinya. Kursus ini kali kedua diadakan pada bulan ini.

Kursus memasak nasi bukhari ini dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani. Kursus diadakan di kolej tersebut. Seramai 15 orang ahli wanita menghadiri kursus tersebut. Kursus bermula mulai jam 09.00 hingga 12.00 tengah hari.


     

Sabtu, 18 Februari 2012

Kursus Penyediaan Makanan Sejukbeku

Seramai 15 orang ahli Jiran Wanita KRT Taman Intan menghadiri Kursus Memasak dan Penyediaan 'Frozen Food'. Kursus sehari yang diadakan pada Sabtu 18 Februari 2012 mulai jam 09.00 pagi dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani dan diadakan di  kolej tersebut.

Ahli jiran wanita diajar untuk menyediakan dan memasak makanaih terutama kueh termasuk doughnut, karipap dan semosat yang sesuai untuk disejukbeku.
   
Berlanjutan dengan sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta, satu lagi kursus dirancang bersama kolej komuniti dalam masa terdekat. Kali ini kolej komuniti akan mengajar penyediaan dan memasak 'nasi bukhari'.
 

Isnin, 13 Februari 2012

Mesyuarat Jiran Wanita 01/2012

Jiran wanita KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat kali pertama untuk tahun 2012 pada Ahad 12 Februari 2012 mulai jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan mulai jam 5.30 petang.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun 2012. Diantara aktiviti yang dijalankan untuk Jiran Wanita termasuk :
  • Kursus memasak
  • Belajar Bahasa
 Jiran Wanita juga telah melantik Setiausaha baru untuk tahun ini.
    

Sabtu, 11 Februari 2012

Penyampaian Sijil Kursus Bahasa Arab

Hari penyampaian sijil Belajar Bahasa Arab untuk ahli ahli Jiran Wanita KRT Taman Intan diadakan pada hari Sabtu 11 Feb. 2012. Majlis penyampaian sijil di adakan di Pusat Rawatan dan Pemulihan Nur Al Barakah, Kampung Haji Kudung, Kota Kuala Muda. Ia diadakan dipusat ini kerana pengajar yang dilantik oleh Kolej Komuniti Sungai Petani iaitu Ustaz Mat Tormizi Bin Md Arof adalah pengasas pusat ini. Kebetulan ada program yang dianjurkan dan kesempatan ini digunakan untuk penyampaian sijil kursus Bahasa Arab.

Sijil disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani mewakali pengarah kolej tersebut yang tidak dapat hadir.

Jiran Wanita KRT telah menganjurkan kursus Bahasa Arab untuk kaum wanita Taman Intan dengan kerjasama Kolej Komuniti Sungai Petani. Kursus diadakan di Masjid Taman Intan dua kali seminggu iaitu pada hari Ahad dan hari Selasa. Setiap kuliah berjalan selama dua jam mulai 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pihak Kolej Komuniti Sungai Petani menyediakan tenaga pengajar tetap. Bahan bahan pembelajaran seperti buku teks dan buku latihan juga disediakan secara percuma. Bahan rujukan dan latihan tambahan disediakan dengan kos yang minima.

Kursus Bahasa Arab anjuran KRT Taman Intan dan Kolej Komuniti Sungai Petani telah bermula pada bulan Mac 2011 selama tiga bulan untuk peringkat pertama. Peringkat Kedua telah bermula pada penghujung bulan September 2011.

Peringkat seterusnya iaitu peringkat ketiga akan bermula pada bulan Mac 2012.Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan. Seramai 36 orang wanita mendaftar. 



Jumaat, 10 Februari 2012

Mesyuarat AJK 01.2012

KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pertama tahun 2012 pada hari Jumaat 10 Februari 2012 mulai 5.40 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Seri Intan. Seramai 13 orang AJK hadir pada mesyuarat ini.

AJK mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada AJK berbangsa Cina dan juga mengucapkan Thaipusam kepada penganut Hindu sempena dengan perayaan yang baru lalu.

Antara perkara yang dibincangkan :

Kekerapan Mesyuarat

Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan Jiran Remaja diharapkan untuk bermesyuarat lebih kerap sebelum mengadakan aktiviti.

Lawatan Sambil Belajar untuk Remaja

Satu lawatan untuk remaja bawah 12 tahun (sekolah rendah) akan diadakan pada cuti persekolahan Mac 2012. Kanak kanak akan dibawa melawat ke Taiping dan sekitar.

Cadangan Lawatan ke Thailand

AJK bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Thailang selama lima hari. Anggaran perbelanjaan untuk pengangkutan dan penginapan adalah sebanyak RM600.00 sehari tidak termasuk makanan. Tarikh sebenar akan ditetapkan kemudian jika mendapat sambutan.

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan cara kehidupan komuniti jiran negara kita. Banyak persamaan budaya, pekerjaan dan social mereka dengan rakyat malaysia.


Isnin, 23 Januari 2012

Season Greeting

KRT Taman Intan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk dan warga Cina Taman Intan dan juga kepada semua kaum Cina di seluruh Malaysia.