Sabtu, 2 Mac 2013

Jamuan Tahun Baru Cina 2013

KRT Taman Intan menganjurkan Jamuan Tahun baru Cina pada Sabtu 02 Mac 2013. Jamuan diadakan di perkarangan Dewan Orang raman Taman Intan mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua warga Taman Intan dijemput hadir. Jemputan dibuat melalui kad jemputan yang diagihkan kepada penduduk dua hari sebelum majlis diadakan.

Kehadiran penduduk agak memuaskan dan seperti yang dijangkakan. Hampir 150 orang dari pelbagai peringkat umur datang ke jamuan tersebut. Lebih dari setengah yang hadir terdiri dari kaum Cina.

Beberapa jenis makanan termasuk mee hoon, laksa dan kuih muih disediakan. Makanan disediakan sendiri oleh AJK KRT.

KRT mengucapkan terima kasih diatas kehadiran Pegawai JPNIN Kuala Muda Puan Hanita Ahmad pada majlis ini.














KRT mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK yang memberikan kerjasama dan sumbangan tenaga menjayakan  majlis ini.