Jumaat, 28 Februari 2014

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK KRT Taman Intan kali kedua diadakan pada Jumaat 28 Feb 2014 bermula pada jam 5.30 petang. Mesyuarat diadakan di Dewan Sri Intan, Taman Intan.

Mesyuarat membincangakan aktiviti yang akan diadakan disepanjang tahun 2014:

1.   Kem Kesihatan

      Sebagaimana biasa KRT akan mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma pada setiap tahun. Pada tahun ini tarikh yang dicadangkan ialah pada bulan April jika tiada apa halangan. Perbincangan lanjut akan diadakan.

2.   Jamuan Hari Raya

      Jamuan hari raya Puasa akan diadakan seperti tahun tahun sebelumnya. Jamuan kali ini juga akan diadakan di Dewan Sri Intan melainkan ada cadangan lain. Ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan seperti sewa khemah serta kerusi meja. Peruntukkan lebih akan diberikan memandangkan sambuatan yang amat menggalakkan di kalangan penduduk.

3.   Lawatan Sambil Belajar

      Lawatan sambil belajar untuk kanak kanak Taman Intan akan diadakan pada cuti sekolah pertama tahun ini. Dicadangkan lawatan ke Pulau Pinang. Hanya kanak kanak berusia antara 12 hingga 16 tahun yang dijemput menyertai lawatan ini. 

4.    Lawatan 

       Permintaan untuk megadakan lawatan untuk ahli ke Melaka pada penghujung tahun ini. Lawatan dijangka diadakan pada bulan November.

5.    Futsal Remaja 

       Aktiviti untuk remaja akan diadakan pada musim cuti sekolah iaitu pada bulan December 2014.

6.    Berbasikal

       Terdapat cadangan untuk mengadakan aktiviti berbasikal untuk remaja serta warga Taman Intan ke tempat peranginan. Juga dicadangkan aktiviti ini melibatkan KRT taman taman berhampiran termasuk Taman Mewah, Taman Arked, Taman Emas Suria, Taman Nilam dan Taman Delima.

7.    Bowling

       Satu aktiviti untuk bowling akan dianjurkan pada masa yang sesuai untuk ahli KRT.