Sabtu, 11 April 2015

Kem Kesihatan 2015

KRT Taman Intan menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma pada hari Sabtu 11 April 2015 mulai jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Program tersebut diadakan di N0 68 Lorong Intan B/6 Taman Intan.

Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan termasuk :

  • Tekanan Darah
  • RBS
  • BMI dan
  • Pap Smear
Sambutan diberikan amatlah menggalakkan dan lebih 60 orang membuat pemeriksaan kesihatan dan 20 wanita melakukan ujian 'pap smear'. 












KRT Taman Intan mengucapkan terima kasih kepada ahli panel klinik kesihatan Taman Intan serta kakitangan klinik yang memberikan perkhidmatan percuma tersebut. Juga diucapkan terima kasih kepada AJK KRT serta penduduk yang memberikan sokongan kepada program tersebut.

Jumaat, 3 April 2015

Mesyuarat AJK - Kem Kesihatan

AJK KRT Taman Intan mengadakan mesyuarat pada hari Jumaat 03 April jam 5.30 petang untuk membincangkan meluluskan peruntukkan program Kem Kesihatan - pemeriksaan kesihatan percuma untuk warga Taman Intan.

Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 11hb April 2015 mulai jam 8.30 pagi. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti banner dibawah.

Mesyuarat bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dibentangkan untuk program kesihatan tersebut. Perbelanjaan melibatkan :

1.     Jamuan ringan untuk kakitangan klinik kesihatan, peserta dan AJK KRT
2.     Cenderahati kepada petugas kesihatan
3.     Sewaan lokasi
4.     Sewaan kerusi dan meja
5.     lain lain.




Semua penduduk Taman Intan dijemput untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma.