Khamis, 26 November 2009

Selamat Meyambut Hari Raya AidilAdha

KRT Taman Intan mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji yang jatuh pada hari Jumaat 27 Nov 2009, kepada semua penghuni yang beragama Islam di taman ini khasnya dan seluruh umat Islam amnya.

Seperti tahun lepas qariah Taman Intan tidak dapat mengadakan ibadah qorban pada tahun ini kerana ketiadaan kawaasan untuk melakukan sembelihan, melapah, memasak dan khemah makan. Ini kerana pembinaan masjid baru yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini. Walaupun tiada qorban dilakukan diharapkan ia tidak mengurangkan sambutan hari raya qorban ini. Insyallah tahun hadapan qariah ini akan dapat mengadakan ibadah qorban seperti biasa. Masjid baru yang masih dalam pembinaan akan menjadi mercu tanda yang prominent bagi taman ini dan juga bagi bandar Sungai Petani, Difahamkan pembinaan masjid ini menelan belanja hampir RM2.5 juta.

Kepada warga taman yang mempunyai waris yang sedang mengerjakan ibadah haji, pihak KRT mendoakan mereka dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur. Semoga sihat dan selamat kembali ketanah air.

Bagi mereka yang akan membuat perjalan jauh, diingatkan agar berhati hati di jalan raya. Semoga sampai kedestinasi yang dituju dengan selamat.

.