Isnin, 26 April 2010

Ribut di Taman Intan

Petang ini Taman Intan dilanda hujan lebat yang disertai oleh angin ribut yang amat luar biasa bagi penduduk Taman Intan. Hujan lebat bermula pada jam 3.30 petang selama satu jam. Angin yang kuat menyebabkan banyak pokok tumbang dan dahan patah.

Tinjauan yang dilakukan apabila hujan reda mendapati banyak tempat yang mengalami pohon yang tumbang. Beberapa jalan tidak boleh dilalui kerana pokok yang tumbang masih belum dibersihkan. Dikebanyakkan lorong dan jalan dipenuhi dengan sampah sarap yang dibawa oleh air yang melimpah dari longkang.

Tempat yang paling teruk mengalami kerosakkan ialah di Lorong B8, iaitu di tapak padang dimana aktiviti KRT termasuk Tai Chi, Senaman Aerobik dan latihan Lion Dance diadakan pada setiap pagi. Beberapa pokok tumbang dan satu batang tiang elektrik TNB patah. Dijangkakan aktiviti tersebut tidak boleh diadakan dalam temouh terdekat ini.

Masjid Taman Intan yang baru siap juga mengalami kerosakkan pada bumbung dan pintu 'sliding door' utama yang pecah akibat tiupan angin. Beberapa keping atap surau lama juga diterbangkan angin. Tiada kerosakkan harta benda yang teruk dialami oleh penduduk taman ini dan tiada sesiapa yang mengalami kecederaan akibat ribut tersebut.

KRT tidak berkesempatan untuk memanggil ahli-ahli untuk mengadakan gotong royong membantu membersihkan pokok yang tumbng dan patah.

Difahamkan banyak tempat dan taman perumahan disekitar Sungai Petani mengalami bencana ribut tersebut dan banyak kerosakkan harta benda yang dialami.